Sunday, January 29, 2012

bebel

lately aku macam bosan dgn dunia aku..i mean bukan dgn en.mus..cuma aku rasa malas sgt2 nak pi kerja..bukan pasal sesape pun cuma pasal diri aku sendiri...aku rasa hidup aku macam tersekat..macam ada sesuatu yang terbuku dan bila masanya benda yang terbuku tu dapat menjadi helaian2 supaya aku boleh melihat dengan teliti...

dua tiga hari lepas, aku dah janji nak pi lepak umah sepupu en.mus kat sungai karang...kebetulan mak sedara en.mus datang dari kuala terengganu..so,en.mus janji nak balik dalam pukul 9.30 malam dari gym..ok..fine..sebab kalau ikutkan nak pi kol 9 umah sepupu en.mus..aku tunggu...tepat 9.30 malam tak jugak2 balik...kol 9.45 malam masih lagi tak balik...tup2 kol 10.05 malam  barulah en.mus balik...hati mana tak panas dan geram (tak lah geram sgt sebenarnya....sekadar penyedap cerita.hehehe)..membebel sakan aku kat en.mus sebab balik lewat...kalua ikutkan pernah je 2 atau 3 jam aku tunggu dia tak pernah pulak nak membebel....

first ayat keluar dari mulut en.mus ialah : "po pa,po pa, po pa"kemudian dia gelak..apa kejadah haram"po pa" tu...?ceh..rupa2nya en.mus mengusik aku...rupa-rupanya dia gelakkan aku sebab sepanjang hidup aku yang telah berkahwin dengan en.mus selama 6 tahun sepatah haram aku tak pernah membebel dekat dia tiba2 hari tu aku boleh buat perangai membebel...ya allah...maafkan saya awak...saya membebel secara tiba2 sampai terbebel kat awak sayang...ampunkanlah dosa saya...

adakah kerana aku terlalu bosan dengan hidup, aku sekarang ni start nak jadi mak nenek yang suka membebel?.ataupun itu petanda yang tahun depan angka 3 akan memeluk aku selama 10 tahun dan kemudian angka 4,5,6 sudah menjadi guideline supaya aku sedar jgn nak berangan pakai pashimina belit2 macam bebudak lagi?

mampuh aku..facepalm...

noktah

Thursday, January 26, 2012

teruk

aku tak confident dengan interview tadi..tapi aku dah buat yg terbaik (itu yang aku rasa)..dua tahun tinggalkan zaman tak bercakap omputih buat aku perut aku macam kena putar macam baju dalam mesin basuh..aku akui english aku makin teruk(commnication skill)..nak2 kat umah takde tv..nak dengar org bercakap bahasa omputih macam mana...e.g sayang..tolong bagi nasihat kat kawan mung ni supaya rajin2lah guna bahasa omputih..

pepehal wish me luck untuk dapat kije tu..bukan jawatan besar pun tetapi aku ingin memcuba sesuatu yang baru dan menarik..gaji?boleh lah untuk aku yang tak perlu nak bayar keta dan umah (sebab semua tu en.mus yang bayar..ahahahaha...ketawa jahat..lagipun keta dah habis bayar..so umah jela)..elaun dia ok..alamak aku lupa nak tanya medical benefit..tapi takpelah..guna je kad ING en.mus..setakat nak pi 30 kali klinik tu lepas lagi..tenyeh je kad tu kat mesin..habis citer...

tapi bila pikir2 kalau dapat sedihnya nak tinggalkan kawan2 yang memang best tak hingat....

mesti rindu nak makan dgn kilat,gelakkan kening tebal zainal,panggil "abg" kat samso..opss..,borak2 pasal benda gile2 dgn meri,bercerita tentang macam2 dgn en.azmi,buli lias dan ayie,cuci mata tgk zua dan man,dengar celoteh fizi dan pak samad..air teh susu moksu dan dgr cik ma bercerita..lepas ni dah tak boleh panggil miza dgn nama mica lagi..rindu nak makan bekalan makanan yana..hikhikhik...

pahtu sah2 confirm takkan kuar makan tengahari dgn bie-chan,eja,k.lin,k.sue dan k.ct..pahtu dah tak dengar ketawa k.ja dgn fiza..ai..sedih rasa...nak2 lagi sedih dah tak boleh dgr suara lim..sekarang pun lim dah jarang tipon kat belakang...apatah lagi dengan senyuman boss yang kalau tengok,terus rasa nak jatuh cinta seribu kali.(bukan bodek ni tapi betul)...

itu kalau dapat kije tu..kalau tak dapat...yahoo.............semua perkara2 kat atas masih lagi jadi kenyataan..


waaaaaaaaaa...teruknya kerinduan aku (sambil kesat hingus tonton citer friend with benefit)


noktah

Wednesday, January 18, 2012

andai aku pergi

andai aku pergi, aku akan dan pasti merindui kamu semua...

bukan senang untuk melepaskan kamu2 yang telah hadir dalam hidup aku...

kamu yang yang telah menyayangi aku..kamu yang telah menerima aku seadanya aku..

aku sayang kamu sampai mati...



noktah

Thursday, January 12, 2012

fakta yang di copy paste

fakta pertama:

ada seseorang bagi tahu, kalau kita nak tengok kawan yang mana baik atau tak ialah kawan yang boleh tegur kesalahan kita..
tapi ada ke kawan kita itu akan bersangka baik jika kita menegur kesalahan tersebut..
mesti kawan kita rasa yang kita ni nak amik tahu dan jaga tepi kain dia...


fakta kedua:

bila orang bercakap atau berkata2,dengar boleh percaya jangan..


fakta ketiga:

jangan percaya dengan orang yang kita memang dah tahu dia suka menipu..adalah tak mustahil
kita pun akan ditipu..


fakta keempat:

jangan amik tahu hal orang lain selagi hal tersebut tidak bersangkut paut dengan kita..


fakta ke-lima:

jangan menunjukkan kita ni seorang yang beremosi nak2 ketika guna FACEBOOK..ini kerana
apa yang di tulis itu mengambarkan diri kita sendiri..berhati2 di dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur
caci-maki,kutuk-mengutuk,sepak-terajang (ada ke?), sindir-menyindir..secara tak langsung orang akan judge
kita sebagai orang beremosi dan tidak boleh mengawal diri...BEWARE...


fakta ke-enam:

sebelum percaya kepada seseorang, tolong tengok dulu latar belakang orang tersebut..itu yang penting..



noktah

Tuesday, January 10, 2012

hidup

tak berapa nak kisah sgt sejak dua menjak ni..terutamanya dengan keadaan sekeliling..
aku hanya mahu enjoy...aku hanya mahu seronok dengan kehidupan ini..
malas nak fikir masalah org lain..masalah sendiri pun tak selesai2 lagi..
dan tolong jangan nak sabitkan aku dengan org lain..sebab aku hanya mahu hidup seperti biasa..


noktah

Sunday, January 8, 2012

jauh

makinn hilang menjauh sembunyi di balik awan...


noktah

Thursday, January 5, 2012

memang tak sempurna

saya tahu saya tak sempurna...
saya tahu saya hanya seorang yang penuh dengan kekhilafan....
saya sedar saya bukan yang terbaik...
saya sedar saya hanya sekadar di pinggiran..

tapi saya ada perasaan ....
saya hanya mahu berteduh untuk seketika..
saya tahu saya perlu sedar hidup saya bukan sesempurna hidup awak dan awak...
maafkan saya..
izinkan saya menyepikan diri buat selama-lamanya..

noktah

Wednesday, January 4, 2012

just for you sweetheart

you know how much i love you n miss you...i just want be with you..it's sound so stupid but i just wanna hold you till death us a part..




.....