4 tahun kita bersama untuk berpuasa dan sekali lagi kita masih berdua...
masih lagi seperti pasangan yang baru bercinta..
masih lagi berpimpin tangan menari dan ketawa berdua...
ramadhan kali ini tetap bermakna bagi kita berdua...
setiap kali berbicara kita masih lagi bergurau senda sama seperti dulu
setiap kali kita berbicara tangan kita masih lagi tergenggam erat kukuh dan rapat
ramadhan kali ini saya berjanji akan menjadi tukang masak seperti dulu2...
bila azan telah lama berkumandang kita masih lagi gembira memasak bersama..
terima kasih kerana tidak pernah meninggalkan saya seorang di dapur untuk memasak...
dan sungguh saya hargai masakan kamu yang aneh tetapi teramat sedap..
budak kecik....
puasa kali ni kita masak berdua lagi ya....seperti tahun2 lalu...dan seperti selalu...
noktah
Friday, July 30, 2010
Wednesday, July 28, 2010
...aku...
hidup ini belum pasti penghujungnya
entah kemana hala tuju tidak ada yg pasti
mendekat dan menjauh
mencari dan dicari
kalau diikutkan rasa
mahu saja aku menjerit
melontar kata-kata nista dan mencaci-maki
pada keparat2 yang durjana hatinya
tapi siapa aku untuk mencelah di dunia ini
kadang2 aku ingin dilemaskan oleh kegelapan
supaya aku sedar yang aku ini sebenarnya
kosong dan tidak berguna
yang aku ini hina dan dina
tapi siapa aku untuk berada dilembah itu
sentiasa aku mohon pada tuhan
semoga aku jadi begini dan jadi begitu
tapi pemakbul masih lagi menguji aku
untuk menjadi seperti sekarang
untuk menjadi penebat pada cinta yang kudus
kalau dibiarkan aku bertinta
sampai tua pun takkan habis
tapi siapa mereka untuk menjeling
dan bersuara diatas hak aku
bila melihat ke kalam itu aku menangis sendiri
menyesali segala saki-baki kekotoran pada hati
pada jiwa yang merintih sambil mendakap seribu emosi
mencari cahaya yang diharapnya hakiki
dan
cahaya itu kadang2 jauh dan kadang2 dekat
kadang2 tidak sudi memandang
tapi aku masih juga begini
terbaring kaku memandang jauh keatas langit
memikir bila perlu aku pergi ke sana
menghadap pencipta yang maha agung
kerana aku sudah tewas pada pengharapan yang palsu

Saturday, July 24, 2010
...pasrah...
buat kesekian kalinya saya pasrah dgn kehidupan saya..kenapa?telepon yang saya beli dgn harga yang mahal boleh rosak setelah hampir setahun saya guna...argh...tension giler...celakalah kamu pengeluar handphone....saya rindu pada sony kesayangan saya...takpe kumpul duit beli sony yang baru...yay
benci
benci
Tuesday, July 13, 2010
terima kasih cinta
terima kasih kerana sayangkan saya
terima kasih kerana rindukan saya
terima kasih kerana tersenyum indah diwaktu pagi kepada saya
terima kasih kerana membisikkan kalimah cinta kepada saya
terima kasih kerana sealu menemani saya
terima kasih kerana selalu memuji masakan saya
terima kasih kerana selalu teringatkan saya
terima kasih kerana sudi memilih saya
terima kasih cinta...kerana awak saya bahagia dan kerana awak saya hidup di dalam erti kata sebenar

Monday, July 12, 2010
.....kawanku,ketentuan-Nya adalah kebahagiaan kita.....
bila dilihat semula pada masa2 yang telah berlalu,saya menjadi kaku seketika...mengenang peristiwa2 yang manis di waktu lampau bukan satu kebenciaan buat saya...saya cintakan waktu saya mengenali setiap insan disekeliling saya...saya faham kenapa kita dipertemukan...bukan untuk dikhianati dan bukan pula untuk dijalangkan oleh kata2 nista....kita dipertemukan kerana kita memang ditakdirkan untuk bertemu..saya masih terkenangkan diwaktu saya mengenali rakan2 seperjuangan saya...melihat pada redup wajah2 mereka yang tersenyum membuatkan saya gembira...kami bercakap,kami ketawa,kami menangis,kami bermasam muka dan kami berpisah menjadikan saya manusia pada hari ini...
kelu untuk saya berbicara tatkala melihat kebahagiaan mereka..bukan kerana saya cemburu dan jelek tetapi kerana kedangkalan saya yang terlalu gembira dgn apa yang mereka lalui dan nikmati...saya selalu bercerita kepada arjuna saya yang saya amat merindui mereka2 yang pernah memimpin tangan dan memeluk saya diwaktu dahulu...memceritakan tentang keremajaan kami yang penuh dgn fantasi2 yang indah. mengkhabarkan yang kita dulu melalui musim2 yang membangkitkan pelbagai nostalgia disebalik sebuah tali persahabatan...
kawan,
saya bukan pelipur lara yang terhebat untuk mengenang kembali segala kisah dan cerita hidup kita...tetapi saya cuba untuk menjadi penghibur duka lara sewaktu kita melihat kembali kepada memori itu..setelah sekian lama baru saya sedar apa yang kita perolehi hari ini adalah satu anugerah dari-Nya...kerana ketentuan-Nya adalah kebahagiaan kita....
p/s: buat kawan,sahabat,rakan,teman dan taulan....saya rindukan semua kenangan kita...

Thursday, July 8, 2010
.....antara pantai dan kolam.....
dah lama betul tak mandi kolam nak2 lagi mandi laut...hari tu sehari selepas kenduri kat umah k.long kami pagi2 lagi pi serbu bilik hotel Upa (abang saya) kat De Rhu...Punya seronaok nak mandi kolam..
pepehal sebelum mandi kita berposing dulu ya...
nab2,saya(yang pegang pelampung),iqbal,adik yid dan harith
baru turun kolam..
cute kan budak kecik ni...nama dia eby..anak sedara yang paling manja
saya dan nab2 berebut pelampung
the boys...
ni nama dia ujai...seronok giler main air..sampai tak nak naik...
tapi kitaorg suka usik ujai..bila cakap "jom..jom ..kita balik"...
ujai mesti cakap "oloh...oloh..oloh...oloh"
memang cute sgt2..
yosh...sejuknya...by da way cuba cari perbezaan antara kami berdua..
(bulu kening,mata,warna kulit,hidung)
cacah dan eby..besarnya gigi cacah
lepas mandi kolam kami pi mandi laut plak...best
yang seluar kotak2 tu la namanya UPA(nama gelaran)..hahaha
ujai
eby dan iqbal yang kurus
saya,harith dan iqbal...
dulu harith masa kecik2 takut sangat dgn air..sekarang ni dia plak yang lebih...ai
memang best bila dapat pi mandi-manda macam ni bersama2 keluarga..malangnya hari tu
en.mus takde..pi kerja..kalu tak confirm en.mus kena buli dgn anak2 sedara
dia sebab tak pandai berenang..hahahahah...
\(^ ^)/
happy mode...yay!
noktah
Tuesday, July 6, 2010
kenapa saya?
pelik dan aneh...kadang2 manusia ni sukar untuk diramal apa yang di fikirkannya...saya masih lagi berfikir...kenapa saya yang dipilih?kenapa bukan orang lain...kenapa saya yang merasai semua itu?kenapa bukan org lain?ianya bukan semudah yang disangka.kadang2 kita tidak mintak dia datang,bila kita perlu dia menjauh...hanya pada tuhan saya mampu berdoa..jauhkan dari segala keraguan ini....amin...
titik
titik
Subscribe to:
Posts (Atom)