Wednesday, February 29, 2012

berfikir guna hati

manusia suka bercakap mengikut gerak hati..sedangkan akal itu dikurnia tuhan untuk membimbing ke arah jalan yang betul..aku tahu aku bukan baik sgt..tapi aku masih berfikir untuk kebaikan org lain...
dosa aku, dosa aku..
dosa kamu, dosa kamu..

ok...fine..

aku bukan seorang yg suka berdendam..tapi aku ingat semua tu...

org yang selalu rasa,kita sebagai manusia lain tak pernah amik berat tentang manusia lain memang
hanya tahu menunding jari cuba mencari kekurangan org lain..

"aku susah takde sape pun amik tahu"
"aku malas nak pikir"
"aku malas nak masuk campur"

sekarang siapa yang tak amik tahu pasal siapa...kamu sendiri yang buat kenyataan macam tu
and then kamu tuduh pulak org tak amik tahu pasal kamu..

what the hell!

hello!kamu rasa kamu bagus sgt sampai boleh bercakap macam tu...

kita hidup di dunia ni bukan seorang diri kawan..bukannya kita ni superman ada kuasa...
kita ni bukan doraemon ada saku yang korek2 boleh keluar apa saja..

mulut tu tolong jaga...

kita selagi mampu menolong orang lain,kita tolong..
kamukan baik..nape tak boleh berfikir dengan cara ni
"aku boleh meringan beban org lain"

takkan benda ciput macam tu pun nak kena ajar...

bukan hidup aku-aku,engkau-engkau..

sekali lagi aku nak cakap, balik umah pi bukak kitab baca tentang

"perikemanusiaan dan keadilan"

jangan pikir pasal diri engkau je..pikir pasal org lain yang ada mulut nak kena suap..
yang lagi susah hidupnya pada kamu..yang pakai baju recycle dari kecik hingga ke besar..


tunggu sampai kamu ada harta tak ternilai baru kamu tahu langit tu tinggi atau rendah...
bila kamu sakit macam aku baru kamu tahu mana tanah mana langit...







noktah

Tuesday, February 28, 2012

masak

tiga hari duk umah..main masak2 dengan dapur yang tersumbat buat aku bahagia...
boleh tak esok lusa tak payah kerja..duk umah jadi suri rumah tangga sepenuh masa..
hari2 boleh masak..hari2 kemas umah...hari2 basuh baju tanpa rasa takde mood 
sebab letih balik dari kerja..
alangkah bestnya................


noktah

Monday, February 27, 2012

i won't give up



tuhan sentiasa menyayangi kita sampai bila2...itu yg aku pegang...
oleh itu aku masih mahu berjuang..walau aku tahu aku akan tewas..
dan aku mahu terus hidup berpaksikan cinta dia...
tuhan sentiasa menemani aku... itu yang aku percaya




noktah

Saturday, February 25, 2012

aku budak jahat

sebab aku budak jahat..aku jadi pelarian...aku mahu lari dari mimpi2 kosong...
aku mahu jadi budak baik..aku mahu hidup normal..aku mahu jejak kaki ke bumi merasa
bahannya tanah, basahnya lumpur dan keringnya daun...budak jahat macam aku hanya mendongak ke langit...tak melihat tanah kering dibumi dan sampai satu masa tersungkur terus ke dalam perut bumi..

tapi aku tuhan tu maha adil..tak semalam,esok atau lusa..aku kena lepaskan dan lupa apa yg berlaku..
budak jahat kena buka buku baru...tinggalkan dan cuba jadi budak baik...sebab tu tuhan tolong aku kerana dia sayangkan aku...itu yang aku percaya


aku perlu sokongan dari minda aku sendiri....minda aku perlu kuat..hati aku perlu tabah...setabah air yang menitik pada batu untuk membentuk lekukan...

hati dan minda tolong sedar..dunia ni hanya pinjaman..aku hanya mahu yg kekal..
bukan semua org kenal aku ...tapi tak semua yang tak kenal aku...

aku mahu jadi budak baik yg makan nasi hanya satu lauk..bukan dua tiga lauk...
makan nasi untuk tidak tamak...tapi untuk terus hidup...


noktah...

Wednesday, February 22, 2012

dua hari lagi...

 perpisahan

ok...fine..dua hari lagi..esok khamis dan lusa jumaat...maksudnya dua hari lagi aku berada kat PAP..
sebenarnya aku bukan nak countdown sangat..tapi si Meri hari2 dia tgk muka aku pastu sebut...

"wani...5 hari lagi.."pastu menyanyi lagu salam perpisahan

keesokkan harinya..

"wani.....4 hari lagi"pastu menyanyi lagu salam terakhir..

dia tak tahu aku punya nak tahan sebak dalam hati..tuhan je yang tahu...
kalau ikutkan aku baru je kenal dgn Meri. dalm setahun rasanya...hehehe...manusia paling kelakar dalam dunia aku rasa...ada saje benda yang dia buat untuk mengenakan org lain..

dua hari ini buat aku takde mood nak kerja..walaupun aku masih bersemangat reloc semua barang2 damage masuk system...masih ada mood nak mengajar konkang tentang S.I.K....alamak...en.mi pun belum habis lagi aku ajar tentang report kastam...esok aku mesti ajar..(gila punya ayat..skima)..


cerita-ceriti

dua tiga minggu ni banyak hal berlaku kat warehouse...bagi aku apa yg berlaku tu,aku malas nak masuk campur...bila org tanya,aku cakap je tak tahu pastu aku cakap "entah biasa je"....sebab sekarang ni aku lebih ke arah melayan jiwa lara sambil mintak hadiah perpisahan yang bukan2 dengan sahabat2 kesayangan (bila nak hadiah cepat je jadi sahabat...cit)

satu lagi...biarlah org menilai dengan mata sendiri...semua orang dah besar..mampu buat keputusan dan mampu berfikir dengan bijak...walaupun kita tak buat,tetapi perlakuan kita boleh menjurus untuk dinilai oleh orang lain...sehingga menimbulkan kata2 yg kurang enak..nak2 bila org atasan dah start tanya2...(nasib baik tak tanya aku...)

aku pun bukan bagus sgt..cuma berhati2..bukan apa sebab aku pernah kena benda ni..so aku tahu...manisnya madu pahitnya hempedu...hahahah..(tak boleh blah ayat aku malam ni)..


kawan2..eh..silap sahabat2...(nak hadiah punya pasal)


 mica,k.wani nak teddy bear yang kat belakang tu...
(nampak innocent aku pakai bawal..kikiki)



sahabat2 hidup bersama,makan setalam dan minum seteko..




dari kiri : fizi, najwa,meri dan man


noktah

Saturday, February 11, 2012

selamat tinggal polyplastics.........

alhamdullillah...selepas dua kali interview akhirnya kerja tu milik aku jua...samada aku mampu bertahan atau tidak dengan kerja itu,hanya allah yg tahu...

abed kata:

kerja elok2..jgn nak berenti2 kerja...

mak pesan:

kerja tu biar bersungguh-sungguh...jgn asyik nak berenti kerja je...(eh..apasal pesanan sama macam abed je..mesti dah berpakat nak perli aku ni)

konkang pesan:

saya nak awak kerja kat sana dengan happy tau..kalau ada masalah contact je saya..awak tahukan saya akan sentiasa tolong awak..(mekasih awak...sedihnya nak tinggalkan awak)

boss pesan:

saya sentiasa doakan yang terbaik buat awak.saya dah anggap awak macam adik saya..(masa ni aku tahan sebak)..mekasih boss..

abg ipar aku kata:

wah..tahniah2..gaji berapa?(aku tunjuk jari dua batang)...wah bagus2..malam ni jom pi tanjung lumpur..


banyak lagi pesanan2 dari kawan2 yang menyayangi aku..tapi aku seakan-akan blur sebab, hati aku ni sebak sgt2 nak meninggalkan semua org..

bukan senang untuk memulakan hidup dan kerja di tempat baru..cabaran terlalu banyak...tapi aku yakin tuhan telah buat yg terbaik untuk aku..

suamiku yang tersayang pesan:

nanti beli keta...awak uruskan semua dari a sampai z..saya tgk dari tepi je...

(hampeh tol kenyataan itu)

pagi tadi pi wat medical check-up...tiga kali cucuk nak amik darah sebab aku punya urat tak nampak..tangan sebelah kanan ni sakit jgn cakap la..bengkak..terima kasih nurse sebab buat tangan saya sakit...sob..sob..

perkara paling kelakar ialah buat ECG...damn...first time aku separuh naked depan nurse...waaaa..malu jgn cakapla.....apa punya procedure kena bukak baju....takpelah demi sebuah kerja...

lusa nak kena antar surat resign...kerja2 dan documentation kena settle...dua minngu kena jadi cikgu pada en.mie...ngajar semua benda yang aku kutip hampir setahun kat POLYPLASTICS.........

ok..dah stop...aku tak mampu untuk menulis lagi...air mata dah start mengalir...

esok lusa aku sambung...


damn air mata

noktah

Wednesday, February 1, 2012

sedih

kalau esok tiba2 datang kije mulut aku muncung panjang sedepa tolong lempang aku laju2..
sebab aku sekarang ni tgh bad mood tahap cipan..kenapa?

i just miss someone...sape?

all my love...

sian kat someone tu..aku macam nak nangis bila aku dengar tentang dia...tapi apa mampu aku buat..
kalau aku ni kaya ada harta berjuta macam saudagar kaya sadiq sigaragar, memang confirm aku
tolong semua orang..tapi aku hanya penjual kasut di tepi jalan yang hanya makan gaji hari,tu pun kalau ada OT dapatlah buat tampung makan anak2 ayam dalam reban..kalau tak,hujung bulan makan kerak nasi campur garam kesudahannya..

oh tuhan...dugaan-Mu memang berat..tetapi pesan kawan aku, tuhan bagi dugaan sebab tuhan sayangkan kita...sayang sgt2 sampai tuhan tahu kalau dugaan yang dibagi itu merupakan dugaan yang sebenarnya mampu untuk kita tanggung...tuhan takkan khianati kita kerana kita adalah hambanya yang paling sempurna ciptaannya...

someone,
tolong tabah ok..saya sayangkan awak sgt2...walaupun awak tak tahu saya sentiasa memikirkan apa yang akan terjadi pada awak...


noktah