Sunday, April 22, 2012

bingkisan buat musfani

terima kasih hanya untuk kamu...
pendokong watak dan penglipur lara dikala aku masih jauh hanyut dibelai dosa..
kamu hadir memeluk daku sambil membisikkan kalimah2 Allah..

kamu yang paling mengerti baik dan jahatku..
kamu yang mahu terus memegang tanganku dikala rebahku..
aku hanya mahu cinta dan kasih sayang kamu..

kamulah suami,kekasih dan teman untuk hidup bersama mati berdua..


noktah

Friday, April 13, 2012

Jangan berputus asa pendosa.

Bukan hendak menyuruh jangan berputus asa dari melakukan dosa.


Tetapi janganlah berputus asa untuk meninggalkan dosa.
Kadangkala kita ini kelemahan banyak, kekurangan banyak, banyak melakukan kesilapan dan kesalahan, banyak tidak mengikut lunas-lunas Islam dan tidak mampu menjadi muslim/muslimah yang baik. Tetapi janganlah dosa-dosa itu membuatkan kita lemah dan ber...putus harap kepadaNya.

Ini bukanlah menandakan keredhaan kita terhadap dosa. Tidak. Jangan berdiam. Jangan tidak berbuat apa-apa. Jangan sesekali merasa redha dengan dosa yang kita sendiri lakukan. Marahlah diri, walau tak mampu meninggalkan. Sentiasalah berulang kali menyesal. Timbulkanlah rasa jijik apabila melakukan dosa, dan geramlah kepada diri apabila mengulanginya. Namun jangan sesekali menyatakan – “Inilah dia takdir aku, jahat, tak mampu jadi baik. Allah dah tak sayang aku.” Jangan.


Walau seluruh manusia mencaci kita bila melihat dosa kita, ketahuilah bahawa Allah SWT mengetahui betapa kerasnya kita berusaha meninggalkannya. Manusia tidak mampu menilai perkara itu. Tetapi Allah mampu. Manusia tidak mampu bersabar dengan itu, tetapi Allah mampu. Allah adalah yang keampunanNya, rahmatNya, melebihi segala sesuatu.

Maka janganlah berputus asa dengan Allah SWT.


Walau diri berpakaian seksi, walau diri tidak bertudung, walau diri merokok, walau diri melakukan maksiat yang besar seperti minum arak, ketagih dadah dan sebagainya, jangan sesekali berputus asa. Jangan tutup pintu antara kita dengan Allah SWT. Jangan. Percayalah kepada Dia, walau percaya kepada manusia itu telah tiada. Teruslah rasa menyesal, teruslah berkali-kali bertaubat. Biar kalau tidak sempat menjadi baik, menjadi muslim/muslimah yang soleh/solehah dalam kehidupan kita, maka biar kita mati dalam keadaan kita berusaha!
Dengarlah firman Allah SWT:
“Katakanlah, Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh,Dialah yang Maha Pengampung, Maha Penyayang.” Surah Az-Zumar ayat 53
Ini bukan lesen untuk terus berdosa.

Tetapi ini adalah larangan berputus asa kepada rahmatNya.

Teruslah mencari keampunan.
Berkali-kalilah bertaubat.
Berulang kali lah menyesal.
Jangan berhenti untuk rasa jijik dengan dosa, jangan sesekali redha dengannya.

Walau selepas itu kita ulang dan ulang dosa kita. Walau selepas itu kita masih tersungkur. Jangan sesekali berputus asa.

Tidakkah kita lihat, betapa luasnya keampunan Allah SWT kepada kita?
Sesungguhnya Dialah yang akan menghitung kita di akhirat, dan bukannya manusia.
Maka apakah pantas bagi kita, untuk berkata: “Aku memang ditakdirkan jahat begini. Allah tidak sayang aku.”


Jangan. Bergeraklah menjadi baik, walau jatuh banyak kali. bergeraklah menjadi hambaNya yang sejati, walau banyak kekurangan diri. Dia adalah yang luas pandanganNya. Dia akan mengira semuanya walau sekecil zarah!


Jangan berputus asa wahai Pendosa!


Mari Menjadi Hamba!


langitilahi
 
 
 
 
noktah

Tuesday, April 10, 2012

kekuatan hati

tuhan bagi dugaan untuk kita tahu yang kita ni adalah hambanya...bukan sesiapa pun untuk mendabik dada..
itulah yang aku rasa sekarang ni...allah bagi aku pregnant dan dlm masa yang sama allah bagi aku dugaan...
dan aku perlu redha kerana itu saja yang perlu aku tahu...demi seorang anak di dalam kandungan aku rela untuk menahan dugaan ini...walaupun aku tidak kuat tapi aku akur,tuhan sudah ada plan untuk masa depan aku...cuma aku sahaja yang tidak tahu..

tolong doakan yg terbaik buat aku..aku kerdil..aku lemah tetapi aku tahu...aku tak boleh mengalah...demi org yg aku syg yang sentiasa ada disisi aku...yang sentiasa lakukan yang terbaik buat aku..

keputusan yang dibuat tak bermakna aku org yg lemah dan tak bermaksud untuk tunduk jatuh rebah menyembah bumi tanpa sebarang pengharapan...aku bukan seperti perempuan yang lain...yang dapat tgk dua line setiap tahun...punya rahim yang kuat untuk menampung....punya kekuatan untuk hidup melangkau batasan..

aku lemah..sgt2 lemah...tapi demi kandungan ini aku kena kuat...bukan mudah untuk menjadi aku..

kupanjatkan doa supaya apa yang ditakdirkan berlaku ini ada hikmahnya...aku mahu kuat...dugaan yang mendatang ni bukanlah satu ketidaksempurnaan tetapi adalah suatu kemanisan di dalam kehidupan ..itu yang aku kena sedar sebenarnya...

minggu depan permulaan untuk fasa kedua...fasa bertemu yang arif menentukan yang aku ni di tahap yg bagaimana...aku hanya mahu harta tak ternilai ini selamat...selamat dunia dan juga selamat diakhirat...amin...........


noktah

Saturday, April 7, 2012

sekeping gambar







saya: awak,kalau saya cium awak depan orang ramai awak bagi tak?
awak: awak berani ke?
saya: la ingat org penakut ke nak wat kije2 romantik mcm ni...ntah2 awak tu yg segan ek..
awak: eh..mana ada..saya sebagai lelaki macho..takde segan2nya...setakat cium apalah sgt..
saya: iya ke?(sambil tgk dgn hujung mata)
awak: iya la...kalau tak caya cuba r cium...cium r..cium r..saya cabar ni..
saya: (dengan rasa tercabar) ok saya cium awak...tapi ingat jangan larikan pulak muka tu..
awak: taknya..percayalah...ke nak saya nyanyi lagu siti...percayalahhhhhhhhhhhhh...
saya: ok saya cium sekarang...
awak: ok..sy tunggu...

(aku terus cium pipi dia..amik ko merah muka tersipu2...hahhahaha)

saya: ha tengok..muka dah merah..hahahahaha
awak: hampeh awak ni..saya main2 jela...
saya: lain kali jangan cabar saya..
awak: apa kata awk kiss mulut saya plak..
saya: dah2..jgn nak mengada2...tak nampak org ramai ni ke?
awak: baru gertak sikit dah takut...hehehehe
saya: (muka merah terus berlalu amik makanan)..


noktah

Thursday, April 5, 2012

mekasih boss

kat tempat kerja baru,tiap2 bulan ada department meeting...department meeting 2 jam setengah..
lepas department meeting ada makan2..maksudnya semua org wajib hadir dan makan sekali..
part yg paling best kitaorg akan diberi pilihan oleh boss nak makan kat mana...so,kitaorg boleh pilih..
nasi kandar ke,nasi sup ke,pak su ke...pendek kata boss dengar cakap kitaorg..

tapi yang paling best sekali boss belanja...terkejut tak..terkejut tak...terkejutkan..kitaorg ada 14 org termasuk boss...cuba bayangkan..

cuba bayangkan tadi pi makan nasi kandar,buat tiga hidangan..setiap hidangan ada kambing,sotong,udang,gulai kari ikan,ikan bawal,telur masin (2 biji) dan ayam seketul (memang untuk aku la tu)..cuba bayangkan berapa kena bayar...banyak duit boss..

pepehal mekasih banyak2 boss...semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki..amin


noktah

Sunday, April 1, 2012

number one for me...

aku rasa aku sihat sedikit hari ni..batuk masih ada,tapi aku malas nak makn ubat..bukan taknak makan tapi kesan mengantuknya sgt hebat..

tgh duk tgk youtube tiba2 terjumpa video maher zain...hati sgt2 tersentuh and then terus menangis..
sgt sensitif diriku sejak kebelakangan ini..pepahal just enjoice k...



noktah..