Thursday, May 27, 2010

...mata tua itu...

bila malam menjelma
bila malam berdendang santai
mata tua itu terus merenung
menusuk jauh ke dalam jantungku
bagai dipanah oleh sang dewa cinta

mata tua itu...
begitu kabur untuk perenungan yang panjang
begitu samar untuk berbicara
melafaz kata "aku bukan orang lain"
tapi siapa yang akan mengerti betapa walangnya mata itu
tatkala pedih dan sakitnya bila berkerdipan

hari ini..
aku tetap melihat ke dalam mata tua itu
merawang bisu dan menahan pilu
pada kebencian makhluk2 si peneroka hati
pengarang jantung dan penghibur lara...
memandang sayu pada kebahagiaan mereka
yang tidak bisa dan mampu dikongsi oleh si mata tua

dan hari ini mata tua itu
tetap memandang sayu kepada aku
merintih simpati menahan galau di hati
yang bisa buat aku menangis..
tapi sayangnya keangkuhan aku
membuat mata itu terus berpinar pada aku sang degil yang durjana

mata tua itu...
akan tertutup jua suatu hari nanti
dan akan tiada lagi si perenung untuk aku melawan
tidak akan ada lagi walau seperca pun sakit dihati tua itu...

tetapi yang pastinya dan yang sakitnya adalah aku
si degil yang menangis sedih
kerana kebodohan diri
kerana ketamakkan hati yang busuk

oh...
mata tua itu mengerdip lagi memandang sepi
mengerdip,mengerdip dan terus mengerdip
sakit hatinya menahan derita lalu
didakap erat di dalam kesejukkan yang kelam

dan mata tua itu akhirnya.....
tersenyum selebar mungkin
pabila aku meraih lalu mengucup kejap,erat dan rapat
tangannya yang kasar dan berbau hapak
pantas kurenung di tubir matanya
titisan2 itu jatuh lembut tepat dikedut pipinya..

lalu aku berkata "saya anak bodoh mak"
dan mata itu tertutup buat selama2nya...
kerana tiada lagi kerdipan yang sakit untuk penghidupan ini...


p/s: bahasa saya tidak cantik,kosa kata saya cacat dan tempang tetapi saya mahu menulis....buat sang ibu yang selalu berduka nestapa kerana degil dan buta hatinya saya tentang kasih sayang ..mak..saya sayang mak seadanya mak...walau saya tidak mampu menghadiahkan mak segunung intan dan selautan emas buat mak tetapi terimalah puisi "mata tua itu" yang saya buat khas untuk mak...


noktah



Wednesday, May 26, 2010

10 org adik-beradik

agak2nya apalah korang rasa bila saya kata yang saya ada 10 org adik-beradik.erm...org zaman sekarang mesti kata:

"huyoo...ramainya adik-beradik ko"

kalau org zaman dulu2 mesti kata:

"bagus adik-beradik ramai ni"

hikhikhikhik

nak gelak pun ada.dulu memang saya rasa adik-beradik saya ni menyemakkan rumah je..pergi situ nampak muka diorg,pergi sana nampak muka diorang dan duduk diam2 pun muka diaorg tetap ada...bila dah namanya ramai mulalah macam2 ragam yg timbul...yang tu suka bergaduh la,yang ni suka cari pasal la,yang tu nangisla,yang ni ketawa la dan macam2 lagi la...tapi sekarang nak jumpa pun susah..nak2 yg duk kat johor...setahun sekali belum tentu..last sekali kitaorg berkumpul dengan erti kata cukup lengkap pabila arwah wan*ayah* kesayangan kami meninggalkan kami untuk selama2nya...

adik beradik saya terdiri daripada 6 orang lelaki yang perasan kacak dan 4 org perempuan yang pikir merekalah perempuan melayu terakhir..

k.long
pendi
karim
ipin
paje
wani *saya*
mat min
ina
idah
payid

cukup 10 nama semuanya..itu tak termasuk nama gelaran yg ntah apa2 lagi..hehehehhe...

persamaan kami 10 org adik-beradik:

berkaca mata
suka membaca
suka bercakap kasar
suka ketawa
suka cari pasal
suka memendam perasaan

dan

suka makan...yummy..

seandainya orang yang tidak mengenali kami mesti diorang akan berkata:

"betul ke korang semua ni adik-beradik?"

kenapa?sebabnya muka kami memang tidak sama...ada yg berkulit putih dan ada yg berkulit gelap...ada yang matanya bulat dan ada yang matanya sepet*macam saya*....ada yang tinggi dan ada yang rendah..ada yang kurus dan ada yang berisi....tetapi masing2 tetap dari darah daging wan husin dan hasniah..bukan dari darah daging org lain....

seandainya diizinkan tuhan ingin saya pastikan kami dapat berkumpul bersama2 sentiasa,biarlah kini wan sudah tiada tetapi saya amat berharap yang kami masih sama2 menyulam memori dan kegembiraan kami pada masa akan datang...


p/s: yay!yang pastinya 30hb mei 2010 ni kami akan berkumpul sekali lagi bersama2 untuk kali pertama bagi tahun ini


noktah




Tuesday, May 25, 2010

sorakan

bersemangat...bertekad dan berazam... tabah buat kesemua2 kesayangan saya....!!


Friday, May 21, 2010

...kata dan perancangan saya...

saya mahu hidup ini seperti yang saya rancang....
tiada begitu banyak kesenangan dan tiada begitu banyak kesusahan..
tapi saya tahu saya hanya merancang tetapi tuhan yg menentukan segala2nya...
sedangkan perancangan yg dirancang itupun sebenarnya dirancang oleh tuhan...

semalam saya berfikir....banyak benda yg telah saya rancang..ada yg terlaksana dan ada yg tidak terlaksana..
mampukah perkara yg tidak terlaksana itu akan tertunai secara fizikal dan emosinya...?
saya pun tidak pasti kerana saya sendiri tidak yakin dgn rancangan itu...secara emosi mungkin ia terlaksana tetapi secara fizikal mungkin masih tidak lagi menjadi kenyataan...

KATA-KATA PERTAMA SAYA

saya pernah berkata kepada en.mus pada suatu hari :

"seandainya saya tidak mampu melahirkan anak buat awak saya relakan awak berkahwin lagi tetapi dgn syarat awak kena lepaskan saya"

mesti org akan berkata saya seorang perempuan gila..hahahahah..manakan ada perempuan sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain.saya tahu bercakap memang senang, tetapi nak menunaikannya itu adalah amatlah mustahil.tetapi saya percaya pada takdir yg tuhan telah tentukan.

"awak kena lepaskan saya"

mungkin lelaki diluar sana akan berkata:

saya adalah isteri yg tidak tahu diuntung kerana minta dilepaskan.saya tahu dan saya akur dosa seorg isteri minta dilepaskan.sgt2 tahu dan sagt2 mengerti tetapi saya tidak mahu mencipta satu dosa lagi buat suami kesayangan saya.saya takut sekiranya en.mus tidak mampu berlaku adil maka dosa2 itu akan terjatuh bulat2 di atas bahunya.isteri apakah saya ini membiarkan suami sendiri menerima dosa yg tidak sepatutnya dia tanggung?saya sayangkan en.mus lebih dari diri saya sendiri.mana mungkin saya membiarkan org yg saya sayang tersiksa kerana saya.mana mungkin saya biarkan kesayangan saya hidup tidak bahagia dan mana mungkin saya menahan kesakitan hati saya melihat air mata kesayangan menitis kerana kesempurnaan seorg perempuan yg begitu jauh dari saya.

tetapi kata2 en.mus kepada saya:

"saya lebih rela hidup bersama2 awak daripada awak pergi dari saya.biarlah kita tidak bercahaya mata asalkan kita berdua tidak hidup terseksa menahan sakit melihat pada kenangan2 manis kita."

"saya lebih rela memeluk ketidaksempurnaan awak selagi saya masih bernyawa daripada memeluk impian bersama org lain"

"saya lebih mahu menganyam cinta dan kasih kita bersama walaupun suatu hari nanti kita mungkin dipisahkan oleh maut"

dan untuk kesekian kalinya saya menangis menitiskan air mata mendengar pengakuan itu.sungguh saya sayang dan kasih pada suami kesayangan saya.mnaafkan saya kerana menidakkan kasih dan sayang awak.

KATA-KATA KEDUA SAYA

saya berkata lagi kepada en.mus:

"seandainya saya pergi dulu didalam hidup ini pastikan awak berkahwin semula setelah setahun kematian saya"

mesti org akan cakap saya ni tamak kerana dah tiada di dunia ni tapi masih tamakkan kasih sayang en.mus dan tidak mahu melihat kebahagiaan en.mus.

hahahah...saya tidak tamak...saya tidak mungkin menjadi seorang yg begitu pada suami saya.alasan kenapa saya bagi tempoh setahun adalah:

saya tidak mahu org mengutuk suami saya...

"kubur isteri masih merah,dah sibuk nak kawin lain"*ayat tipikal masyarakat sekarang*

saya tidak mahu en.mus akan rasa serba-salah

saya tidak mahu en.mus berkahwin bukan di atas dasar kasih sayang

dan saya tidak mahu perempuan yang bakal menjadi isteri en.mus dibanding2kan dgn saya

tetapi kata en.mus kepada saya:

"awak adalah yg pertama dan terakhir bagi saya"

"siapa yg pergi dulu itu tidak penting kerana kita berdua tahu yg kasih sayang kita adalah keakhirnya"

dan

akhirnya kini saya tahu.perkara yang kita rancang di dalam hidup kita tidak akan terlaksana kalau hanya kita setakat merancang seorang diri.pasangan kita juga berhak merancang bersama2 kita.saya selalu berfikir adakah keputusan saya menjadi seorang perempuan tidak sempurna membuat kita berhak merancang untuk kehidupan orang lain supaya kehidupan org itu menjadi sempurna?

lalu

jawapannya ialah TIDAK...

kehidupan ini akan lebih bagus jika ia dirancang namun ia akan lebih manis jika ianya terjadi secara semula jadi.kemanisan sesebuah kehidupan itu bukan terjadi secara individu tetapi terjadi dengan kombinasi dua manusia malah lebih manis bila dapat berkongsi bersama individu2 yang lain.

dan

saya tahu mulai hari ini dan saat ini,saya hanya perlu kuatkan semangat dan tekadkan azam untuk hidup bahagia dengan org yang saya cintai.biarlah saya tidak sempurna dan biarlah saya tidak bercahaya mata kerana saya yakin Allah s.w.t telah tentukan apa yang terbaik buat kehidupan saya di dunia ini.

malah saya pasti dan yakin en.mus sentiasa bersama susah dan senangnya saya.

p/s:terima kasih buat suami saya yg selama ini selalu buat saya tersenyum diwaktu sakitnya saya,buat saya gembira diwaktu dukanya saya dan saya tahu kamu tahu yg saya cintakan kamu sampai penghujung nyawa kita..



noktah



Tuesday, May 18, 2010

...maskulinkah cara saya berjalan?....

saya rasa dah berapa ratus kali org menegur cara saya berjalan...ai...dah sampai naik bosan mulut nak menjawab dan telinga ni nak mendengar...ya..memang cara jalan saya macam lelaki..terkangkang*tak suka guna perkataan ni*..so what?ada masalah ke?atau anda2 yg bising tu cemburu dgn cara saya berjalan...?kalau nak boleh saya tolong ajarkan...

"nape ko tak feminin langsung?"...pertanyaan yang sentiasa ditanya...hahahahha..saya suka macam ni..wat pe pakai feminin kalau kita tak selesa..pakai jela apa2 yg selesa asalkan MASIH MENUTUP AURAT...saya pakai seluar banyak poket ke,pakai baju kartun ke,saya taknak pakai tudung ikut trend ke atau apa2 sajalah saya punya suka la...en.mus tak bising nape korang nak bising..bosan




Wednesday, May 12, 2010

...rindu kamu....

OMG! sungguh2 saya rindukan kamu...biar hari2 bertemu saya tetap rindu pada kamu..saya mahu peluk kemas dan kejap supaya kamu tak mampu pergi dari saya...saya mahu cium pipi kamu supaya tidur saya lena dibuai mimpi...sungguh saya rindu pada kamu...biar org cakap saya gila..biar org cakap saya tolol...biar org cakap saya bongok...biar semua itu...sebab saya tahu gila saya, bongok saya dan tolol saya adalah kerana kamu...dan kamu pun tahu dan kenal saya sejelas yg mungkin yang saya kekasih kamu sampai mati..

noktah



maaf kerana tidak menjadi yg terbaik

saya bingung bila memikirkan apa masalah kita..rendah,tinggi,lebar,panjang,bujur,bulat dan bla bla tentang masalah kita yang tak pernah2 nak selesai...saya menangis bukan kerana saya sedih tapi saya takut saya tak mampu jadi yg terbaik ..saya senyap bukan bermaksud saya marah tetapi saya takut saya menyakiti hati kita...

maafkan saya kerana tidak menjadi yg terbaik untuk kisah kita buat masa sekarang...

noktah

Monday, May 10, 2010

...c.i.n.t.a....

saya mahu lupa tentang penat dan lelah cinta saya.kalau boleh saya hanya mahu duduk,senyap,sepi dan rebah di tilam empuk sambil mendengar lagu2 kegemaran saya...kalau saya punya waktu secukup itu sudah pasti saya akan ada waktu untuk tidak bercinta..saya kaget dan buntu bila saya merasa erti cinta.saya jadi takut pada rasa itu.cinta bagi saya adalah sang penipu yang mempergunakan manusia supaya gembira dan sedih.dan sekarang saya dipergunakan oleh cinta..saya mahu sepi dari cinta.saya mahu sakit tanpa cinta.saya mahu kosong dihati dan pemikiran saya dari cinta.saya hanya mahu sendiri dan tenggelam di dalam lautan tanpa cinta..tapi mampukah saya..saya tidak suka bercinta dan dicintai..cinta buat saya bukan seperti saya.cinta buat saya jadi lain..sebab itu saya mohon cinta itu digari dan dipenjara jauh dari rasa saya.

"cinta itu sungguh mempersonakan"

memang cinta itu begitu.saya boleh memegang apa yang saya mahu adalah kerana cinta..kerana cinta itu begitu indah dan mempersonakan..cinta itu buat saya resah tetapi tetap mempersonakan.cinta itu buat saya lemah dan tetap ia masih lagi mempersonakan..saya jadi letih kerana cinta..saya mahu jauh dari cinta...kalau boleh sejauh yang mungkin..sejauh bintang diangkasa ....tapi saya tak mampu..

kerana cinta itu telah sebati dan tepu dijiwa saya..sakit rasanya bila memikirkan semua ini...pedih bila hati merasa semua ini dan..

saya benci pada cinta ..




noktah


Thursday, May 6, 2010

diam dan senyap

saya mesti diam pada hari ini...

saya malas nak bercakap...

saya dah penat...

saya sakit hati @ hati yg sakit..

saya mahu layan dunia saya sendiri...

saya letih dgn sesiapa yg buat saya letih...

saya mahu termenung dari malam ke siang...

saya mahu senyap sebisu mungkin...

saya malas nak ketawa dan berlucu...

saya mahu sepi terbujur rebah di bumi....

saya mahu lelap memandang kedalam kegelapan....

saya mahu balut kedukaan dgn air mata....

saya benci diri saya yang tidak boleh senyap....

saya benci diri saya yang mahu diam tetapi tidak boleh diam...

saya benci diri saya yang anbil peduli tentang sesiapa tetapi tidak mampu...

tolong...

jangan ganggu kehidupan saya...kerna saya mahu diam dan senyap di waktu ini


noktah



Wednesday, May 5, 2010

...kosong....

ah..celaka...hidup ini terlalu banyak pilihan...

terlalu banyak godaan...

terlalu banyak celakanya...

terlalu banyak kesakitannya...

kalau boleh aku mahu jadi seorang yg sesat dijalanan...

supaya aku tidak banyak mengerti tentang dunia yg bungkam dek kerana kealpaan...


aku benci diriku...

yang terlalu lalai di dalam mengejar erti secebis dunia...

yang terlalu taksub meratah daging2 kemewahan...

sehingga lupa langit di atas dan tanah di bawah...

sehingga sanggup menjadi boneka yg dirantai ketat, disilang rapat...


aku mahu pergi...

dari dunia propa ini..

dari dunia kalut dan haru-biru ini..

dan

aku mahu sendiri..

jauh dari sesiapa yang aku sayang, yang aku benci, yang aku damba, yang aku kasih,yang aku sumpah

kerna aku kosong...tiada erti sebagai manusia, tiada erti sebagai perempuan...


noktah


Tuesday, May 4, 2010

jadi orang yg biasa

aku tak mintak untuk jadi pak menteri memimpin negara atau pendita untuk mentafsir mimpi...

aku tak mintak untuk menjadi adiwara penyelamat dunia atau doktor merawat derita..

aku hanya mahu menjadi orang biasa....orang yang duduk dikelompok biasa dan menjalani hidup yg biasa2...

aku hanya mahu kerja yg biasa2....

aku hanya mahu orang mengenali aku sebagai org yg biasa2....

bukan mahu digelar superstar atau peneroka awan di angkasa..

orang biasa akan buat aku tenang...

orang biasa akan buat aku bahagia...

orang biasa akan buat aku ketawa gembira...

dan

aku kalau boleh ingin jadi org biasa..

tidak perlu sakit pening, sakit hati dan letih seperti org tak biasa..

aku hanya mahu bertendang dan sepak terajang seperti org biasa..

aku hanya jadi org biasa yang dipeluk buku sampai mati..

aku hanya mahu jadi orang biasa yg direnung oleh kekasih sampai ke tua...

aku hanya nak jadi orang biasa..itu saje yg aku pinta....please.....


noktah



Saturday, May 1, 2010

puas hati dapat berwayang

sorry ya kawan2...saya nak bagitau yg saya dah tgk:

IP MAN 2 & IRON MAN 2...

pada hari yang sama tetapi di waktu yg berlainan...*thumb up*

komen dari pengkritik tetap:

kedua2nya best tak hingat...yay! *sambil lompat2 katak*

cadangan dari pengkritik tetap:

hang pi lah tgk..tak rugi...


noktah