Friday, May 21, 2010

...kata dan perancangan saya...

saya mahu hidup ini seperti yang saya rancang....
tiada begitu banyak kesenangan dan tiada begitu banyak kesusahan..
tapi saya tahu saya hanya merancang tetapi tuhan yg menentukan segala2nya...
sedangkan perancangan yg dirancang itupun sebenarnya dirancang oleh tuhan...

semalam saya berfikir....banyak benda yg telah saya rancang..ada yg terlaksana dan ada yg tidak terlaksana..
mampukah perkara yg tidak terlaksana itu akan tertunai secara fizikal dan emosinya...?
saya pun tidak pasti kerana saya sendiri tidak yakin dgn rancangan itu...secara emosi mungkin ia terlaksana tetapi secara fizikal mungkin masih tidak lagi menjadi kenyataan...

KATA-KATA PERTAMA SAYA

saya pernah berkata kepada en.mus pada suatu hari :

"seandainya saya tidak mampu melahirkan anak buat awak saya relakan awak berkahwin lagi tetapi dgn syarat awak kena lepaskan saya"

mesti org akan berkata saya seorang perempuan gila..hahahahah..manakan ada perempuan sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain.saya tahu bercakap memang senang, tetapi nak menunaikannya itu adalah amatlah mustahil.tetapi saya percaya pada takdir yg tuhan telah tentukan.

"awak kena lepaskan saya"

mungkin lelaki diluar sana akan berkata:

saya adalah isteri yg tidak tahu diuntung kerana minta dilepaskan.saya tahu dan saya akur dosa seorg isteri minta dilepaskan.sgt2 tahu dan sagt2 mengerti tetapi saya tidak mahu mencipta satu dosa lagi buat suami kesayangan saya.saya takut sekiranya en.mus tidak mampu berlaku adil maka dosa2 itu akan terjatuh bulat2 di atas bahunya.isteri apakah saya ini membiarkan suami sendiri menerima dosa yg tidak sepatutnya dia tanggung?saya sayangkan en.mus lebih dari diri saya sendiri.mana mungkin saya membiarkan org yg saya sayang tersiksa kerana saya.mana mungkin saya biarkan kesayangan saya hidup tidak bahagia dan mana mungkin saya menahan kesakitan hati saya melihat air mata kesayangan menitis kerana kesempurnaan seorg perempuan yg begitu jauh dari saya.

tetapi kata2 en.mus kepada saya:

"saya lebih rela hidup bersama2 awak daripada awak pergi dari saya.biarlah kita tidak bercahaya mata asalkan kita berdua tidak hidup terseksa menahan sakit melihat pada kenangan2 manis kita."

"saya lebih rela memeluk ketidaksempurnaan awak selagi saya masih bernyawa daripada memeluk impian bersama org lain"

"saya lebih mahu menganyam cinta dan kasih kita bersama walaupun suatu hari nanti kita mungkin dipisahkan oleh maut"

dan untuk kesekian kalinya saya menangis menitiskan air mata mendengar pengakuan itu.sungguh saya sayang dan kasih pada suami kesayangan saya.mnaafkan saya kerana menidakkan kasih dan sayang awak.

KATA-KATA KEDUA SAYA

saya berkata lagi kepada en.mus:

"seandainya saya pergi dulu didalam hidup ini pastikan awak berkahwin semula setelah setahun kematian saya"

mesti org akan cakap saya ni tamak kerana dah tiada di dunia ni tapi masih tamakkan kasih sayang en.mus dan tidak mahu melihat kebahagiaan en.mus.

hahahah...saya tidak tamak...saya tidak mungkin menjadi seorang yg begitu pada suami saya.alasan kenapa saya bagi tempoh setahun adalah:

saya tidak mahu org mengutuk suami saya...

"kubur isteri masih merah,dah sibuk nak kawin lain"*ayat tipikal masyarakat sekarang*

saya tidak mahu en.mus akan rasa serba-salah

saya tidak mahu en.mus berkahwin bukan di atas dasar kasih sayang

dan saya tidak mahu perempuan yang bakal menjadi isteri en.mus dibanding2kan dgn saya

tetapi kata en.mus kepada saya:

"awak adalah yg pertama dan terakhir bagi saya"

"siapa yg pergi dulu itu tidak penting kerana kita berdua tahu yg kasih sayang kita adalah keakhirnya"

dan

akhirnya kini saya tahu.perkara yang kita rancang di dalam hidup kita tidak akan terlaksana kalau hanya kita setakat merancang seorang diri.pasangan kita juga berhak merancang bersama2 kita.saya selalu berfikir adakah keputusan saya menjadi seorang perempuan tidak sempurna membuat kita berhak merancang untuk kehidupan orang lain supaya kehidupan org itu menjadi sempurna?

lalu

jawapannya ialah TIDAK...

kehidupan ini akan lebih bagus jika ia dirancang namun ia akan lebih manis jika ianya terjadi secara semula jadi.kemanisan sesebuah kehidupan itu bukan terjadi secara individu tetapi terjadi dengan kombinasi dua manusia malah lebih manis bila dapat berkongsi bersama individu2 yang lain.

dan

saya tahu mulai hari ini dan saat ini,saya hanya perlu kuatkan semangat dan tekadkan azam untuk hidup bahagia dengan org yang saya cintai.biarlah saya tidak sempurna dan biarlah saya tidak bercahaya mata kerana saya yakin Allah s.w.t telah tentukan apa yang terbaik buat kehidupan saya di dunia ini.

malah saya pasti dan yakin en.mus sentiasa bersama susah dan senangnya saya.

p/s:terima kasih buat suami saya yg selama ini selalu buat saya tersenyum diwaktu sakitnya saya,buat saya gembira diwaktu dukanya saya dan saya tahu kamu tahu yg saya cintakan kamu sampai penghujung nyawa kita..



noktah



No comments:

Post a Comment