Thursday, April 29, 2010

..ber "Genting" di sini....

tajuk tu propa je lebih...actually di bawah ialah pic yg diambil oleh saya pada selasa,27hb april 2010..
taman perumahan saya diseliputi oleh kabus yg tebal..ini disebabkan hujan lebat pada hari sebelumnya*erm..boleh pakai ke teori ni?*..rasa macam kat Genting pulak..maklumlah rumah kat atas bukit ni special sikit..ngeh...ngeh...ngeh...enjoice..

nampak macam kat Gentingkan?
memang sejuk sesangat.
sila abaikan lelaki kacak itu ya..hehehe


sejukkkk........




Wednesday, April 28, 2010

Mimpi by Kahlil Gibran

Kala malam datang dan rasa kantuk membentangkan selimutnya di wajah bumi, aku bangun dan berjalan ke laut,


“Laut tidak pernah tidur, dan dalam keterjagaannya itu laut menjadi penghibur bagi jiwa yang terjaga.”,

Ketika aku sampai di pantai, kabus dari gunung menjuntaikan kakinya seperti selembar jilbab yang menghiasi wajah seorang gadis.

Aku melihat ombak yang berdeburan. Aku mendengar puji-pujiannya kepada Tuhan
dan bermeditasi di atas kekuatan abadi yang tersembunyi di dalam ombak-ombak itu – kekuatan yang lari bersama angin, mendaki gunung, tersenyum lewat bibir sang mawar dan menyanyi dengan desiran air yang mengalir di parit-parit.

Lalu aku melihat tiga Putera Kegelapan duduk di atas sebongkah batu.
Aku menghampirinya seolah-olah ada kekuatan yang menarikku tanpa aku dapat melawannya.
Aku berhenti beberapa langkah dari Putera Kegelapan itu seakan-akan ada tenaga magis yang menahanku.
Saat itu, salah satunya berdiri dan dengan suara yang seolah berasal dari dalam laut ia berkata:
“Hidup tanpa cinta ibarat pohon yang tidak berbunga dan berbuah. Dan cinta tanpa keindahan seperti bunga tanpa aroma semerbak dan seperti buah tanpa biji. Hidup, cinta dan keindahan adalah tiga dalam satu, yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah.”

Putera kedua berkata dengan suara bergema seperti air terjun,

”Hidup tanpa berjuang seperti empat musim yang kehilangan musim bunganya. Dan perjuangan tanpa hak seperti padang pasir yang tandus. Hidup, perjuangan dan hak adalah tiga dalam satu yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah.”

Kemudian Putera ketiga membuka mulutnya seperti dentuman halilintar :

“Hidup tanpa kebebasan seperti tubuh tanpa jiwa, dan kebebasan tanpa akal seperti roh yang kebingungan.
Hidup, kebebasan dan akal adalah tiga dalam satu, abadi dan tidak pernah sirna.”

Selanjutnya ketiga-tiganya berdiri dan berkata dengan suara yang menggerunkan sekali:

Itulah anak-anak cinta,

Buah dari perjuangan,

Akibat dari kebebasan,

Tiga manifestasi Tuhan,

Dan Tuhan adalah ungkapan

dari alam yang bijaksana.

Saat itu diam melangut, hanya gemersik sayap-sayap yang tak nampak dan getaran tubuh-tubuh halus yang terus-menerus.
Aku menutup mata dan mendengar gema yang baru saja berlalu. Ketika aku membuka mataku, aku tidak lagi melihat Putera-Putera Kegelapan itu, hanya laut yang dipeluk halimunan.

Aku duduk, tidak memandang apa-apa pun kecuali asap dupa yang menggulung ke syurga.

 

...wah kereta dah nak sampai...

yay!saya dapat kereta...yes...yes...yippi...bukan ketaksuban tetapi keghairahan...bukan propa tetapi kenyataan...

terima kasih buat k.longku yg chantik & abg ipar yg hensem (ayat bodek) kerana sudi memberi keretanya kepada kami *tiara je...mcm dapat mini cooper S je lagaknya* dan ni amat2 bermakna bagi saya..kenapa?sebab kereta itu:

free, dah abis bayar, dah tukar situ dan sini, ada air-cond, ada radio, lepas balik kampung (iya ke? (-.-?)), minyak murah, cefiro si kacak dah boleh berehat (mekacih en.cefiyo) dan yg paling penting FREE...wahahwaahwhah..happynya diriku...

selalu org kampung bertanya :

"bila nak pakai kereta baru?"..hello..!ada akak kisah kereta baru ke lama...yg penting ada kereta..betulkan?

so,lepas ni balik kampung boleh tayang kat orang2 kampung...iyalah kereta baru...baru dapat biar dah ber "hand2" pong..kikikiki

dah ada dua kereta ni nanti tanggungjawab pun besar..situ nak maintain...sini nak maintain...ai..susah2..macam nak jaga anak plak..tapi nasib baik ada pakar kereta..siapa lagi kalau bukan kekasihku yg gagah berani : en.musla...eh...bukan musla..tapi mus la...silap..

pepehal yg pasti selepas tiara itu di touch-up chantik2 akan kupostkan gambar kereta baruku di blog yg huru-hara ini..*perasan kereta baru*

noktah



Monday, April 26, 2010

....berpeleseran...

Mesej dihantar:

"Awak, sos tiram dan bawang merah dah takda..why not kita pi shopping kt giant mlm ni..."

Panggilan telefon:

"Kita nak balik dah ni...*en.mus dikilang*..."

"Dapat mesej saya?"

"Dapat"

"So?"

"Jom ar"

Memahami adalah satu perkataan yang penting di dalam hidup saya. Saya memahami apa yg en.mus mahu dan dia memahami apa yg saya perlu...So kerana saling memahami saya dan en.mus dgn semangat berkobar2 selepas sembahyang maghrib terus menuju ke Giant...Mencari2 keperluan bagi mengisi perut berlemak kami sepanjang bulan 5...

8.35pm:

Seperti biasa kami akan makan dahulu sebelum pergi memburu hasil2 yg bakal menelan belanja yg tak sebeberapa...

Nasi ayam claypot dan cendawan


Keadaan yg sesak di Giant

9.25pm:

Mula bershopping.

Senarai barang yg dibeli:

*Minyak zaitun
*Minyak masak
*Rempah ratus/Sup
*Sabun basuh + Downy
*Plastik sampah
*Berus gigi
*Handwash
*Syampoooooo
*Prego
*Yogurt
*Susu
*Bawang merah/Bawang putih
*Daging Kambing
*Tisu
*Telur
*Carrot kecik
*Roti
*Minyak unutk kereta
*Feel Fresh (Apple & Promagenate)
*Burger Saudi
*Kentang

Chang! Pap: Amik ko, RM 249.90. Beli ciput2 je tapi habis kat RM250.00...hangus..kebabom...



11.25pm:

menuju ke Mc'D TC...Makan lagi...sigh (- -")..*padahal dlm hati gembira habis...\(^~)/..yay!*


En.Mus yang kacak di dunia*sebab dia suamiku (^^)*


Perenung malam

Saya jatuh cinta sekali lagi pada en.mus pada malam tadi.Bagi saya dialah jejaka yang telah berjaya menawan hati saya berkali2..kahkahkahkah..(cayank en.mus *wink *wink)

noktah

Sunday, April 25, 2010

semalaman di kuantan

semalam seperti biasa, saya berusaha lagi memujuk en.mus supaya meluangkan masa bersama2 saya untuk menonton wayang berbanding masa en.mus di gym...*dan pujukan itu berjaya*...

menonton wayang adalah kesukaan kami...berjalan2,berpeleseran di mall,melantak sampai buncit perut,berangan2 sambil melihat2 barang yg tak mungkin kami beli adalah hobi kami semenjak 4 tahun lalu...

kalau org melihat kami mesti org akan berkata "korang ni macam kawan2 je aku tgk...tak macam suami isteri"..dan itulah adalah kenyataan...kami adalah rakan,sahabat,suami dan isteri,musuh didlm dan diluar selimut,teman sepermainan,teman menangis,teman berduka,teman bergurau,teman mengutuk,teman menari *en.mus memang pandai menari* dan umpama kawan dijalanan...

malam masih muda...kata org kuantan bandar mati..cit porah..siapa bagi gelaran sesempit itu...kuantan dihari minggu umpama pesta...pesta ronggeng..pesta mat rempit..pesta mat kereta...pesta makan2..pesta memancing (benteng)...pesta melihat org merempit..pesta kereta saja2 lalu lalang menyebuk nak tgk rempitan2 yang menyusahkan org ramai...mcm2 pesta...

kami juga begitu...sentiasa menanggap malam di kuantan masih muda...kami bukan kisah dgn pesta2 di kuantan...kami hanya didlm dunia kami...dunia kami yg berbentuk2...kesukaan en.mus melihat kereta2 power *kononnya* adalah didepan masjid...macam2 jenis kereta...tapi en.mus selalu mencemik "kereta tu bunyi macam motor cabuk"...kahkahkahkah..saya hanya tahu ketawa..sebab saya bukan pendita kereta yg tahu bila kereta itu begitu atau begini..yg saya tahu malam tadi org sibuk mempamirkan aksi2 yg menghabiskan duit minyak manakala saya pula sibuk membaca didalam kebisingan yg membingitkan...

kami tahu masa kami mungkin singkat tetapi kami bahagia menjadi begini...melihat ke dunia yg indah kesementaraannya membuat kami akur yg kami perlu hidup demi masing2....biarpun kuantan bukan tempat lahirnya kami tapi kami akur kuantan tempat kami bertemu 6 mata *saya berkaca mata*...biarlah org kata kuantan apa sekalipun tetapi saya tetap suka pada kuantan selagi di kuantan ada tempat menjual buku...hahahahahah....

noktah...



Friday, April 23, 2010

alamak...sakitnya

cis...celaka (makin suka perkataan ini-thanks mery)....

sakit datang lagi...

mencucuk2...kedalam...ke luar...

benci dan sampai bila kesakitan ini akan berakhir...

aku perlu tahu...

hidup dan mati...

sakit ini takkan hilang...

cis...celaka...

tendang...tampar...meraung..meratap...

sakit ini tetap ada...

nyah kau dari sini...

pemalas...




Tuesday, April 20, 2010

panas...

semalam ketiadaan elektrik..panas...melekit...rimas...tapi tertido jugak


Thursday, April 15, 2010

kemas2...packing2...

rindu2..sayang2...

blah ar...

tapi betul....

resah2...

celaka...

benci...

4 hari je...

tinggalkan lagi....

dah tu...

jgn cakap dgn saya....

iyalah2....

sob...sob..

jgn nangis shayang...

benci...

pi jauh2...

nanti bagi upah ek...

bape?...

XXX...

betul?....

iya...

horey....

(perbualan disuatu hari)





Wednesday, April 14, 2010

sakitnya berfikir....

kadang2 saya perlukan sesuatu untuk enforce pemikiran saya terhadap kehidupan ini.kepenatan berfikir sampai kemana hidup saya dan pehujung mana nafas saya terhenti membuat saya jelek dgn diri saya sendiri..
saya buntu bila hidup saya hanya setakat ini.saya suka cabaran tetapi saya benci dugaan..saya suka berfikir tetapi benci untuk bertindak bagi apa yg saya fikir.

"kau tak kerja memang rasa macam tu..asyik terfikir2 apa yg akan terjadi dgn hidup kau"

ceh..apa saya kisah pasal kerja..saya masih boleh bernafas walau saya papa kedana sekalipun..bukan nak berlagak tetapi manusia terlampau taksub dgn kerja yg berlandaskan betapa bagusnya kerja,betapa "standardnya" kerja dan betapa gahnya mendapat gaji yg tak masuk diakal...saya benci pada pemikiran kolot itu..

"saya nak jadi cekgu" kata saya pada en.mus

"nape?"

"pahala banyak..sebab amal saya kurang....kerja boleh balik awal...saya boleh masak2 kat awak..saya tak payah nak berfikir dgn kerja yg tak masuk dek akal"cakap saya tanpa berfikir...

bila berfikir otak saya jadi kosong..nak2 bila berfikir pasal kerja.saya pandang pada buku2 saya yg kacau-bilau susunannya..kan bagus kalau saya seorg penulis..tulis apa yg saya rasa..tulis apa yg saya mahu..tulis apa yg saya benci..tulis apa saya suka..arghhhh...tapi saya tahu saya masih perlu berfikir...

bila malam saya terfikir...kenapalah saya tidur petang tadi?.sekarang dah tak boleh tidur..saya merenung ke wajah kesayangan saya yg nyenyak,terlena,tidak bergerak dengan hembusan nafasnya yang turun naik...
saya menyentuh matanya...saya menyentuh bibirnya...saya menyentuh wajahnya...saya terfikir seandainya kesayangan saya ini tiada lagi di sisi saya apa yg akan terjadi kepada saya?adakah kehidupan saya masih begini?adakah masih ada lagi nafas saya untuk hidup di tanah kosong ini?sakitnya rasa bila berfikir tentang ketakutan saya...

saya masih lagi merenung ke wajah kesayangan saya...begitu indah sekali tidurnya...saya berfikir lagi..bahagiakah dia bersama saya?gembirakah dia bersama saya?saya tak sempurna dan dia tahu kenapa kesempurnaan jauh dari saya...saya tak cantik dan saya tahu itulah kenyataannya...saya cengeng bila dia tidak mahu bercakap dgn saya dan saya benci pada kecengengan saya..saya abaikan dia bila saya bertemankan kalam2 indah yang melalaikan cinta dan kasih sayang saya pada dia...dia tahu kesakitan selalu dtg menemani saya dan bukankah itu menjadi beban kepada dia?..aduh...sakitnya berfikir tentang itu...

dan sakit lagi bila berfikir:

"awak cintakan saya?"

"awak rindukan saya?"

"awak kasihkan saya?"

"awak sayangkan saya?"

pertanyaan ini yg selalu saya saya fikirkan ketika saya melihat jauh pada helaian2 hidup kami...

tetapi saya tahu...akal dan hati saya akan sentiasa menolong saya untuk membuang jauh2 kesakitan saya berfikir...dan saya tahu kesayangan saya sentiasa akan menolong saya menjauhkan segala yang boleh menyebabkan saya jadi GILA bila berfikir..

dan....

saya sayang awak...itulah yang saya fikir pada pukul 9.44am pada 14hb april 2010...

dan...

saya tahu awak tahu apa yg saya fikir selama 3 tahun 5 bulan 2 minggu 5 hari sepanjang kita dijab kabulkan...

noktah