Wednesday, March 31, 2010

adanya kamu disisi

hari-hari yang berlalu saya rasa sungguh indah sekali.saya bahagia berada disini,berdiri disini,duduk disini,tidur disini,melihat disini,mendengar disini dan berlagu disini bersama kamu..

hari ini dan hari-hari seterusnya saya berharap saya masih disisi kamu..dapat melihat kamu tersenyum,dapat melihat kamu ketawa,dapat melihat kamu tidur dan paling bahagia dapat melihat kamu bernafas di udara yang sama dengan saya..

hari ini saya kagum dengan semangat kamu untuk saya,jiwa kamu untuk saya,cinta kamu untuk saya,rindu kamu untuk saya dan hidup kamu untuk saya..

hari ini setiap dengupan jantung saya adalah berdetak kerana kamu.kamu memberi seluruh kehidupan kamu buat saya.kamu melindungi saya diwaktu susah dan senangnya kamu.kamu memeluk saya diwaktu saya kepiluan.kamu membisikkan kata-kata cinta tika saya menanggung kesakitan.kamu merenung mata saya diwaktu saya tidur dan mendengar ketika saya terus terlena.

adanya kamu disisi saya membuat hidup saya indah diwaktu siang dan damai diwaktu malam.
adanya kamu disisi saya menjernihkan keruh dihati saya dan membuang galau dijiwa saya.
adanya kamu disisi saya memadamkan seluruh kepayahan hidup saya dikala saya kesusahan.

adanya kamu disisi saya......membuat saya bahagia mejadi isteri kepada sang suami iaitu kamu...
dan kamu tahukan...
hidupku,matiku,cintaku,rinduku dan segalanya tentang saya adalah untuk kamu.



Monday, March 22, 2010

apa kelebihan diri-sendiri?

saya melihat kehidupan org lain terutamanya orang yang saya kenal,org yang saya sayang,org yang saya kagum dan org yang saya kenal tetapi tidak mengenali diri saya begitu banyak kelebihan.saya cuba menilai apa lebihnya mereka dan kurangnya saya.kalau dari segi fizikal memanglah kami semua sama (kecuali org yang kekurangan dari segi fizikal) melainkan cara saya berjalan yang agak kelakian sedikit.tetapi itu tak menjadi masalah buat saya kerana saya bangga mempunyai sesuatu yang lain daripada org lain..(ayat cover)
kadang2 saya cuba mencari identiti saya sendiri..saya berfikir dan menilai begitu lama apa kelebihan diri saya tetapi saya masih begini terbungkam,hanyut dan resah memikirkan apa yang perlu saya tahu pasal kelebihan diri saya.saya tidak cemburu pada kelebihan org lain kerana itu kelebihan yang mereka dapat dari pencipta-Nya.adakah kehidupan saya membosankan?adakah kehidupan saya hanya terhenti setakat ini?saya tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa (itu yg saya idamkan.berehat tanpa letih memikir apa yg perlu saya buat)dan itu juga satu kelebihan bagi saya.tetapi adakah itu kelebihan yang kreatif?hahahha..saya pun tak pasti...saya perlukan ketenangan didalam hidup saya agar saya berjaya mencari sedikit kelebihan untuk mengembirakan hati..


bersambung....



Saturday, March 20, 2010

baik-baik sayang

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu
hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu
semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku
repeat reff:

lagu ini saya tujukan buat insan yang saling sayang-menyayangi..hargailah apa yang ada disisi kita ...
 
 

Friday, March 19, 2010

cinta seorang teman

saya bukanlah seorang pakar nasihat dan pakar motivasi yang ulung di dalam menasihatkan seseorang terutamanya di dalam perhubungan cinta tetapi saya seorang pencinta menyebabkan saya suka terlibat didalam keadaan ini. saya mendapat email daripada seorang teman.cukuplah saya gelarkan dia sebagai Z seorang perempuan yang cantik,bijak,mudah tersenyum dan seorang yang setia pada pandangan mata saya.di bawah ialah sedikit sebanyak luahan hati Z kepada saya:

wani,

ko kena tolong aku wani.aku tengah keliru sekarang ni.aku dah jatuh cinta wani..pada seseorang.seorang lelaki.

(pada mulanya saya ingatkan dia main2 kerana dia sudah bersuami dan mempunyai seorang anak yang sungguh comel)

aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni.setiap kali aku melihat dia hati aku akan berdebar2.senyuman dia sungguh menawan hati aku.telatah dia begitu mempersonakan.kenapa dgn aku wani?adakah aku dah gila?aku sayang pada suami aku...aku sayang pada anak aku..ko kena tolong aku..(email Z berakhir disitu)

(OMG!kawan saya ini betul2 sudah jatuh hati kepada si mamat sorang ni.saya tahu percintaan Z dengan suaminya bukanlah suatu yang dirancang oleh keluarga.mereka bertemu lalu jatuh cinta.mereka bahagia dengan kehadiran anak lelakinya itu.nak kata suaminya seorang yang curang,pada firasat saya itu tidak mungkin terjadi.suami dia seorang yang berkerjaya,manis dan terlalu menyayangi Z)


kemudian saya membalasnya dengan bertanyakan adakah lelaki tersebut tahu yang Z sudah jatuh cinta padanya?siapa lelaki itu?

Z membalas:

dia tak tahu aku sudah jatuh cinta padanya.dia..dia..kawan suami aku..(masa ni saya rasa macam nak pengsan)..bodohnya aku wani.menyintai setelah mempunyai suami dan anak.kenapa ini semua terjadi pada aku?

saya membalas email kepada Z:

Z,

ko dengar sini..aku tahu bagaimana perasaan ko.kita akan lupa dimana kita berpijak setelah kita jatuh cinta.semuanya begitu asyik dan mempersonakan.tapi ko harus tahu semua itu mustahil untuk ko..ko kena nilai yang mana baik untuk ko.lagi satu belum tentu lelaki tu nak kat ko kan..?ko ada suami yang begitu penyayang.cubalah ko kenang kembali saat2 manis ko bersama suami ko.aku tahu semua ini susah untuk ko buat tetapi ko kena berusaha kawan..bukan senang nak menepis perasaan yang hadir dlm diri kita tetapi ko kena buat semua tu demi anak ko,demi sebuah dosa yang akan berlaku,demi satu hubungan dan demi ko seorang yang bergelar "isteri".

19hb march 2010

sampai kehari ini saya masih ternanti2 email dari Z.menunggu respon daripadanya.saya mahu dia tahu yang saya sentiasa sayang kepadanya.namun jawapan darinya belum lagi saya terima.begitu mudah untuk manusia jatuh cinta.begitu mudah untuk kita merindui pada orang yang belum tentu akan merindui kita.

buat Z,saya tahu awak mengikuti blog saya.bukan niat saya untuk mendedahkan hal ini.tetapi saya nak insan2 diluar sana mengerti yang kita ini hanya manusia biasa..dan kita tidak mampu untuk mengubah apa2 tetapi kita mampu untuk berusaha untuk kebaikan diri kita sendiri.

kadang2 kita akan terkeliru dan kadang2 kita akan tersasar jauh, tetapi semua itu boleh dijauhkan dgn mengingati dan memohan petunjuk dari-NYA selalu.

titik...

Wednesday, March 17, 2010

badan

hari ini saya habiskan sisa-sisa masa saya dengan ber "fb", tidur dan mendengar lagu dari wali band. begitu senang berada di rumah.saya semakin selesa begini dan semakin malas untuk bergerak.berat saya maintain tetapi seakan-akan ada lemak tepu yang makin bertambah di badan saya.saya benci dengan keadaan ini.benci dengan badan saya yang saya tengok semakin berlemak.terpikir juga untuk mengikut en.mus pergi gym tetapi saya rasa segan kerana di sana pastinya saya akan dikelilingi oleh orang-orang lelaki.hahahah..saya bukan anti-sosial tetapi saya seorang pemalu (iya la tu pemalu sangat).untuk mengatasi masalah lemak tepu ini saya mula bersenam seperti mengayuh basikal dengan kaki di atas (diajar oleh k.sue-trimas).

saya juga mula menghadapi masalah jerawat.selepas operation hari tu secara tiba-tiba muka saya sudah tidak berjerawat lagi dan hari ini saya baru sedar ada 3 jerawat di muka saya.arghhhh...(selalunya saya akan berjerawat ketika waktu bendera merah hampir menjelang tiba)..saya seorang yang amat2 sensitive diatas segala perubahan pada badan saya semenjak dua operation yang lepas.semoga saya ditabahkan hati untuk menghadapi kesakitan pada hari-hari yang mendatang.

Tuesday, March 16, 2010

sebulan di dalam kenangan

ya allah!hampir sebulan tak update blog..banyak sgt benda terjadi sampai otak saya jadi beku nak menulis..saya hanyut dengan kenangan lama..terlalu banyak kenangan lama bertandang dan saya malas nak mengingatinya...ini kerana saya makin merindui kenangan itu...betul dan saya tak tipu..kan bagus kalau saya boleh dipecah-pecah supaya saya tak ketinggalan walau satu pun kenangan yang berlalu..semuanya mengharapkan apa yang berlaku akan kembali lagi..kalau boleh saya ingin coretkan satu persatu setiap kenangan itu supaya "mereka" tahu yang saya masih mengingati "mereka"....kalau boleh saya nak cakap:

saya rindu...
saya cinta...
saya sayang...
saya kasih...
saya peduli...
saya tetap sama...
saya tak berubah...

tetapi saya tahu saya tak mampu melawan kuasa Tuhan.Tuhan yang telah mengaturkan semua ini..dan saya tahu saya hanya ingin lupa supaya saya tidak merindui lagi semua itu.i just wanna to be myself..not anyone..

kan bagus kalau saya boleh berbaring melihat ke atas memandang langit dan melihat "mereka" yang pernah hadir di dalam hidup saya masih setia disisi saya. masih boleh mendengar luahan hati saya, masih boleh datang ketika saya memerlukan "mereka", masih boleh mengesat air mata saya, masih boleh merenung kedalam mata saya, masih boleh menemani saya, masih boleh bergembira dan berduka bersama saya dan masih tahu yang saya masih sama.

tetapi saya tahu "mereka" tetap mendoakan yang terbaik untuk saya.begitu juga saya.tidak pernah benci dan sakit hati dengan "mereka"..kerana "mereka" saya masih disini, kerana"mereka" saya masih bernafas, kerana "mereka" saya masih mencari apa erti bahagia yang sebenarnya...