Monday, March 22, 2010

apa kelebihan diri-sendiri?

saya melihat kehidupan org lain terutamanya orang yang saya kenal,org yang saya sayang,org yang saya kagum dan org yang saya kenal tetapi tidak mengenali diri saya begitu banyak kelebihan.saya cuba menilai apa lebihnya mereka dan kurangnya saya.kalau dari segi fizikal memanglah kami semua sama (kecuali org yang kekurangan dari segi fizikal) melainkan cara saya berjalan yang agak kelakian sedikit.tetapi itu tak menjadi masalah buat saya kerana saya bangga mempunyai sesuatu yang lain daripada org lain..(ayat cover)
kadang2 saya cuba mencari identiti saya sendiri..saya berfikir dan menilai begitu lama apa kelebihan diri saya tetapi saya masih begini terbungkam,hanyut dan resah memikirkan apa yang perlu saya tahu pasal kelebihan diri saya.saya tidak cemburu pada kelebihan org lain kerana itu kelebihan yang mereka dapat dari pencipta-Nya.adakah kehidupan saya membosankan?adakah kehidupan saya hanya terhenti setakat ini?saya tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa (itu yg saya idamkan.berehat tanpa letih memikir apa yg perlu saya buat)dan itu juga satu kelebihan bagi saya.tetapi adakah itu kelebihan yang kreatif?hahahha..saya pun tak pasti...saya perlukan ketenangan didalam hidup saya agar saya berjaya mencari sedikit kelebihan untuk mengembirakan hati..


bersambung....



No comments:

Post a Comment