Wednesday, March 17, 2010

badan

hari ini saya habiskan sisa-sisa masa saya dengan ber "fb", tidur dan mendengar lagu dari wali band. begitu senang berada di rumah.saya semakin selesa begini dan semakin malas untuk bergerak.berat saya maintain tetapi seakan-akan ada lemak tepu yang makin bertambah di badan saya.saya benci dengan keadaan ini.benci dengan badan saya yang saya tengok semakin berlemak.terpikir juga untuk mengikut en.mus pergi gym tetapi saya rasa segan kerana di sana pastinya saya akan dikelilingi oleh orang-orang lelaki.hahahah..saya bukan anti-sosial tetapi saya seorang pemalu (iya la tu pemalu sangat).untuk mengatasi masalah lemak tepu ini saya mula bersenam seperti mengayuh basikal dengan kaki di atas (diajar oleh k.sue-trimas).

saya juga mula menghadapi masalah jerawat.selepas operation hari tu secara tiba-tiba muka saya sudah tidak berjerawat lagi dan hari ini saya baru sedar ada 3 jerawat di muka saya.arghhhh...(selalunya saya akan berjerawat ketika waktu bendera merah hampir menjelang tiba)..saya seorang yang amat2 sensitive diatas segala perubahan pada badan saya semenjak dua operation yang lepas.semoga saya ditabahkan hati untuk menghadapi kesakitan pada hari-hari yang mendatang.

No comments:

Post a Comment