Friday, December 31, 2010

2010 dah nak pergi..

aduh..malas nak pikir apa azam tahun ni..sebab tak pernah nak berazam apa2 pun dalam hidup ni..dulu masa belajar:

"berazam nak study betul2"

tapi akhirnya hampeh...result tak berapa nak gempak pun..

sekarang nak berazam pun dah malas..sebab tahu tak akan tertunai...kikiki..

namun,

saya berharap tahun ni:

saya makin bahagia, saya makin ceria, saya makin matang (dah puas dengar org asyik kata saya perangai macam budak2 lagi)..

saya mahu bersama en.mus,keluarga dan rakan2

saya mahu yang terbaik untuk semua...

dan

selamat tahun baru semua...

semoga impian menjadi kenyataan


noktah

Tuesday, December 21, 2010

aku letih

sekarang ni mood untuk tersenyum sudah tiada..
pergi meninggalkan aku sendiri..
kadang2 penat untuk bersandiwara dan menjadi penglipur-lara yang berpura2..
sungguh aku benci pada topeng kepuraan-puraan..
aku pernah melihat seribu wajah hipokrit ditujah-tujah ke dalam mata penat aku..
tersenyum manis berbicara umpama lembut tulang daripada lidah...
berbelit2 dalam menyatakan erti sebenar..
sungguh aku bosan..
bosan dan jijik...
terasa keji dengan setiap tingkah-laku yang tergambar..
memang hina pada padangan mata mereka..
aku lebih rela putus nafas daripada mendengar
bait-bait yang palsu..

sudah...aku kata sudah... sudah cukup untuk kamu merasa hebat..
aku rimas dan sakit melihat diri kamu yang tak pernah bisa mejunjung kelemahan diri..
lagak umpama dirimu sempurna nabi..
tidak pernah melihat pada kebodohan sendiri..
hanya mendabik dada mencari khilafan manusia lain..
tanpa kamu sedar yang kamu umpama membuka pekung sendiri...

sekarang kamu..pergi dari hidup aku..


noktah

Monday, December 20, 2010

...bingkisan buat arwah ayah....

dulu masa kecik2 setiap kali arwah ayah saya merotan saya kerana degil, saya rasa benci sangat2 kat arwah ayah..

dulu masa kecik2 setiap kali kalau mak saya tak nak beli apa yang saya nak mesti saya cakap mak tak pernah sayang kat saya...

dulu masa kecik2 setiap kali bergaduh dengan adik-beradik mesti dalam hati cakap " nape la aku ada ramai adik-beradik yang menyusahkan ni?"

dulu masa kecik2 setiap kali nak tengok tv mesti arwah ayah suruh tutup dan kena pi baca buku..masa tu memang mengharap sangat2 kalau ada tv dalam bilik..

dulu masa kecik2 setiap kali nak makan mesti makan kat dalam bilik.sebab tak suka makan dengan arwah ayah yang akan suka marah2 sebab tak makan sayur..

dulu masa kecik2 suka makan makanan ringan (cekedis,maggi dan air gas) dalam semak sebab takut arwah ayah pukul dan marah..



sewaktu kecil saya tidak pernah mengerti apa2


sentiasa berharap hari2 ialah hari raya pertama..



sekarang...


bila arwah ayah dah takde, bila saya dah kawin, bila dah tak tinggal kat kampung, dah ada rumah sendiri, dah boleh buat sesuka hati, dah boleh makan sedap2, tak perlu takut kena rotan namun saya tetap rasa sayu dan sedih bila teringat semua tu..

baru saya tahu setiap yang arwah ayah saya bebel, marah dan rotan tu semua adalah untuk kebaikan saya..memang jelas dan nyata yang saya rindu pada arwah ayah dan mak saya..saya sayang pada adik- beradik saya...saya rindu untuk pulang ke kampung dan menikmati rasa bahagia seperti dulu..

saya tidak sempat untuk melihat arwah ayah tersenyum bila mana saya berjaya menjadi manusia yang mula menyesal tidak menghargai dia di waktu dia hidup dahulu...



arwah ayah zaman muda2...kacak


sehari sebelum pemergian arwah ayah


buat keluarga yang sentiasa dirindui,

terima kasih untuk segala kenangan yang indah di waktu kita bersama..hari ini, setelah kita dewasa kita mula untuk menghargai satu sama lain..rupa2nya menjadi dewasa merupakan detik yang indah untuk diungkapkan dengan kata2...


buat arwah ayah yang saya sayangi,

tolong doakan saya menjadi anak dan isteri yang terbaik buat kesayangan saya..kalaulah boleh diputarkan waktu, ingin saja saya mencium tangan dan memohon seribu kemaafan diatas segala kekhilafan saya selama ini..terima kasih kerana memberi kehidupan yang bahagia kepada saya..terima kasih kerana merestui perkahwinan saya..terima kasih kerana memberi kasih-sayang yang tak pernah saya nampak...terima kasih kerana memberi kenangan yang manis buat saya...terima kasih kerana menyokong saya selama ini.

dan

mengharap semoga kita bertemu di sana pada suatu hari nanti...




noktah

Sunday, December 19, 2010

...anugerah yang terindah....

terlebih rajin pagi2 hari dah bangun bukak laptop buruk ni...apa kes?takde kes2 nya sebab saya bukan mak sedara atau pak sedara (gelaran untuk polis2 yang chantik dan kacak2 di malaysia)

ok..hari ni kalau tengok kat atas tu titlenya adalah anugerah yang terindah...saya rasa semua orang ada anugerah yang terindah yang dikurniakan oleh Pencipta...tak kiralah bentuk yang macam mana pun...bukan senang untuk mendapat anugerah yang terindah ni...sesetengah orang takkan sedar apa yang telah dianugerahkan sampai tidak pernah rasa untuk bersyukur.saya?sudah pasti bersyukur itu sentiasa di hati saya.
sangat2 bersyukur dengan semua anugerah yang terindah yang telah dikurniakan..terlalu banyak anugerah yang telah diizinkan oleh tuhan untuk saya nikmati..tak terhitung rasanya..

saya dilahirkan dan hidup sebagai seorang islam

saya dikurniakan suami yang baik dan pengasih, keluarga yang penyayang, rakan yang memahami dan saudara sesama islam yang ramai...

saya dapat belajar , dapat makan dan dapat mengenal dunia ini

bukan ke itu anugerah yang terindah....

dan

anda pula bagaimana?

fikir2kanlah dengan hati yang lapang dan dengan minda yang terbuka...

nescaya anda dapat melihat anugerah itu....



anugerah terindah di dalam hidup saya...




noktah

Saturday, December 18, 2010

ikut suka hati hang la labu..

tak paham dengan manusia yang tak reti jaga bahasa bila bercakap...kalau tak suka jangan di tanya..

" ikut suka hati hang la labu.."




tak paham chek..






noktah

Friday, December 17, 2010

....tahap gaban degil punya lemak....

gilos...sekarang ni hari2 pi fitness kelas..malam (kadang2 jela ) pi gym untuk kuatkan stamina..rasa macam nak patah kaki ni...bergoyang sana...bergoyang sini....tapi memang seronok bila lemak2 yang degil sudah makin mengecil ke tahap 10%...yay!memang seronok...tu tak kira kat umah lagi..buat sit-up untuk kecikkan perut dan main dumbell nak kecik kan lengan...badan dah rasa macam robot..lemak ni memang degil...tapi terpaksa bersabar..tu baru bab fizikal...bab makan jangan citer lah...




bila la nak dapat badan fix macam ni?



pagi :

(minum air sejuk dulu-petua ni)

conflakes + oat + susu


tengahari:

epal hijau sebiji + epal merah sebiji


malam:

nasi satu senduk + sayur berkati2 + ikan

(DAGING MEMANG SUDAH DITENDANG KELUAR)


memang diet yang membunuh kalau sape2 yang tak tahan...


bukan senang untuk kekal sihat dan untuk mendapat BMI yang seimbang...terpaksa berkorban banyak benda...makanan berlemak memang wajib di jauhi..kalau boleh jangan makan terus..banyakkan makan sayur dan protein..air masak jangan dilupakan...sesiapa berminat untuk join kelas fitness amat-amatlah dialu-alukan...untuk kecergasan yang berterusan...



noktah

Wednesday, December 15, 2010

patutkah saya terkesot hati?

ada seseorang bercakap:

"apalah malangnya mus dapat isteri macam awak ni...masa nak kawin dulu mus ada wat sembahyang istikarah ke tak ni?"

saya tahu dia bergurau..(saya rasalah)..tetapi kenapa kata2 itu begitu terkesan di hati...?

tetapi saya sempat membalas kata2nya dengan nada bergurau:

"amboi..tak sayang mulut betul"

tapi dalam hati hanya tuhan je yang tahu....

lepas ni saya ingin senyap dan berfikir...."malang ke mus bila kawin dengan aku?"







noktah

baca dan mengerti

CERITA INI SAYA COPY DARI SEBUAH BLOG....

Ada seorang teman yang saya anggap seperti adik bila saya tanya, bila mahu berkahwin, dia menjawab.


"Belum masanya. Saya tidak bertemu lagi dengan wanita yang baik untuk dijadikan isteri."

"Aik..punyalah ramai wanita di mukabumi ini masakan tidak ada yang baik?"

Saya bertanya sambil tersenyum. Sengaja menduga hatinya.

"Ada tapi ramai sudah menjadi isteri orang. Susah sebenarnya kak mahu mencari seorang wanita solehah, mendengar kata, akur dengan kata-kata suami dan juga hormat pada orang tua, pandai memasak, pandai jaga anak.."

Oh..banyak sungguh permintaan pemuda ini. Memang semua orang mahukan yang baik-baik belaka. Lelaki mahukan perempuan yang baik dan mendengar kata. Perempuan pula mahukan lelaki yang bertanggungjawab.

"Sebenarnya dalam Islam sendiri, kalau kita mahu memperbetulkan orang lain kita kena betulkan diri kita dahulu.."

"Maksud akak?"

"Kamu kena jadi lelaki yang soleh, mendengar kata ibu bapa, kena hormat orang lain, kamu kena pandai masak.."

"Aik saya kena pandai masak?"

Memang pelik kalau orang mendengar kata-kata sayakan?

"Habis kamu mahukan isteri yang pandai masak, kamu juga kena pandai masak. Kalau kamu tak pandai, macam mana kamu nak tahu isteri kamu pandai memasak ke tidak. Lelaki ini macam guru juga pada isterinya. Seorang guru yang mengajar matematik mesti pandai matematik bukan?"

Tergaru-garu pemuda yang baya-baya adik saya itu..

"Hmm..masakan saya nak kena pandai masak baru boleh cari isteri kak.."

"Samalah juga jangan harap seorang isteri terlalu pandai memasak, terlalu pandai beragama kerana kamu sendiri belum tentu pandai dalam apa yang kamu harap ada pada isteri kamu. Perkahwinan adalah pembelajaran dan ianya boleh ditingkatkan dari masa ke semasa. Kamu bantu isteri kamu, dia bantu kamu dan sebagai ketua keluarga seharusnya kamu lebih pandai dari seorang wanita yang mahu kamu kahwini. Jangan minta yang berlebihan sedangkan diri kamu tidak cukup bagus untuk seorang wanita.."

Kata-kata itu memang pedih tetapi akhirnya dia mengeluh. Sambil menganggukkan kepalanya.

"Tidak ada manusia yang sempurna, wanita yang baik adalah wanita yang mahu belajar, menghargai apa yang dia ada, rendah hatinya dan sentiasa ada bersama kamu di saat susah senang kamu. Dan kamu sendiri harus memperbaiki kekurangan diri kamu dan sedia menerima teguran walau teguran itu dari isteri sendiri.."

Saya tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran pemuda itu tapi saya harap dia mengerti, manusia memang tidak pernah sempurna dan ketidaksempurnaan itulah membuatkan hidup ini tampak lebih indah sebenarnya.



...............................................................................................................................................................
 
 
sangat2 terkesan dihati dengan cerita di atas...semoga insan2 yang di luar sana mengerti maksud cerita ini...
 
 
noktah

Saturday, December 11, 2010

mungkir janji..

iya..saya seoarang pemungkir janji..teramat tegar pemungkir janjinya..saya berjanji nak update blog hari2..tapi tak terlaksana...alasannya mudah lagilah simple...MALAS NAK BUKA LAPTOP...sebenarnya sekarang ni saya agak sibuk...dengan kelas fitness..(saya dah boleh baiki posture badan saya + tangan dah boleh cecah kaki)..penat dan seronok...diet makanan pun dah berubah..banyakkan sayur dan buah-buahan..tak sentuh daging lately...sistem penghadaman pun makin baik..alhamdullillah..saya semakin berstamina buat masa sekarang...

kali ni saya nak bagi petua mengurangkan lemak pada lengan pula....

senang saja...beli dumbell..tak kiralah apa jenis dumbell pong (kalau boleh gunakan yang 1 kg dahulu)...mula2 angkat tangan ke atas dan luruskan...rapatkan tangan di telinga dan dan bengkokkan tangan 90 darjah ke atas kepala..pegang dumbell dan naikkan dumbell ke atas.(diwaktu ini kedudukan tangan mestilah lurus ke atas dan posisi lengan tidak berubah)..ulang sebanyak 10 kali dan tukar ke tangan yang sebelahnya pulak...buatlah seberapa kerap yang boleh..kesannya mungkin lambat tetapi memang ada perubahan...


selamat mencuba....

noktah

Friday, December 3, 2010

petua kulit cantik

senang saje..ini yang saya amalkan...(kulit saya cantik ke?)

sebelum tido dan selepas bangun tido kalau boleh minum air masak sambil selawat ke atas nabi...insyaallah berkesan...cubalah..




noktah

Wednesday, December 1, 2010

kalau sudah karma

memang karma saya rasa...bila kita cakap buruk tentang seseorang, tuhan akan putarkan semula apa yang kita cakap pada orang lain itu untuk kita rasa...saya dah nampak karma itu...saya tahu sesiapa pun takkan perasan tentang karma yang datang tetapi jika anda sedar tentang karma yang mengetuk pintu kehidupan anda cubalah untuk berfikir sebelum berkata2...saya beritahu en.mus tentang karma yang saya nampak..en.mus bilang " biarlah dia orang rasa bagaimana sakitnya hati kita terguris sebelum ini dengan kata2 mereka"..






manusia memang senang berkata2...terlalu mudah untuk menuduh dan terlalu mudah menjadi pentafsir tanpa tahu apa yang orang lain rasa..semoga karma ini akan membantu sesiapa yang membutakan hati dan menyempitkan minda mereka sendiri menerimanya dengan redha....



noktah

Monday, November 29, 2010

kadang2 orang takkan faham

ceritanya bermula bila kami melepak bertiga di restoran mamak..en.n dah lama cuba untuk berjumpa dengan kami..en.n seorang yang baik, setia kawan, senang untuk membantu dan sememangnya suka berbisnes..kami sememangnya kagum dengan en.n...bukan sekali en.n menawarkan en.mus untuk bekerja dengannya...ini dah masuk kali ke-3 saya rasa...en.mus hanya diam membisu..cuma saya yang sememangnya tahu apa di fikiran en.mus cuba untuk menerangkan kenapa en.mus seakan2 senyap dan membisu dengan tawaran tersebut.post yang ditawarkan memang hebat...gaji yang ditawarkan tinggi sedikit dari gaji en.mus.cuma komisen yang ditawarkan ialah setiap kali dapat projek sebanyak 5% akan en.mus dapat..kami akur dengan kenyataan en.n yang komisen itu memang banyak..cuba bayangkan kalau sebulan projek mendapat keuntungan RM500k...komisen 5%...boleh pakai MINI COOPER satu beb...

saya cuba untuk berbasa-basi dengan en.n...serius kami tak pernah tengok pada gaji..(kalau dapat gaji tinggi alhamdullillah..syukur pada tuhan...)..apa yang ada sekarang ni cukup buat kami..rumah boleh bayar,kad kredit boleh bayar,kereta ayah en.mus kami boleh bayar dan nak pi kuar enjoy2 pun kami masih mampu..en.mus berat hati sebenarnya untuk menolak memandangkan en.n member yang sama2 susah dan senang bersama..tetapi saya tahu dia takkan terima tawaran tersebut..kerana post yang ditawarkan bukan bidang dia dan kerja yang dilakukan tidak kena dengan jiwa dia.jiwa dia jiwa mesin2 di kilang, jiwa enjin2 kereta..itulah yang saya selalu ketawakan en.mus bila dia tak sanggup berhenti kerja untuk balik ke kampung.

saya terangkan kepada en.n dengan penuh teliti..semenjak di awal perkahwinan kami, saya selalu sakit2..serius tak tipu..bila dah sakit mulalah kena pakai banyak duit..tetapi alhamdullillah kerana ada insurans company yang en.mus kerja sekarang sememang banyak membantu meringankan beban kami berdua.itulah yang menyebabkan en.mus susah untuk berhenti bekerja..selain daripada persekitaran kerja yang selesa dan gembira..saya tahu apa yang en.mus rasa kerana saya pernah bekerja ditempat yang sama..kami tidak pentingkan kekayaan..cukuplah kami bahagia dengan apa yang kami ada sekarang..itulah yang kadang2 orang takkan faham..tetapi selalu orang akan bercakap:

"ialah korang takde anak...tak payah pikir tentang perbelanjaan yang lebih"

hahahahha...itulah pemikiran orang yang hanya sentiasa cuba untuk menyempitkan pemikiran sendiri danorang lain..hello...orang yang duduk kat kampung kerja sebagai petani ,ada sepuluh orang anak pun masih mampu nak sara anak sampai masuk universiti ni apatah lagi lagi korang yang baru ada dua @ tiga orang anak, bergaji besar,mampu pakai dua tiga kereta dah nak kecoh satu dunia..

bersyukurlah dengan apa yang kita ada..kalau kita mampu untuk mencapai yang orang lain tak dapat capai itu adalah satu bonus untuk diri kita sendiri.tidak perlu untuk sakit hati dan cemburu pada pencapaian orang lain.rezeki ada di mana2..

kepada en.n terima kasih untuk tawaran itu..maaf kami bukan berfikiran sempit dan tidak mahu memajukan diri tetapi kami ada pendapat kami sendiri dan perancangan kami sendiri..terima kasih kerana selalu membantu kami ketika kami susah dan senang..jasa kamu memang tak terbalas..dan terima kasih untuk secawan kopi o dan segelas teh ais itu..nanti bila berjumpa kami pulak yang belanja ya...heheheh


noktah

Sunday, November 28, 2010

bersyukur itu pasti

tak update blog...memang betul2 dah lama sgt2...sorry dan minta maaf...banyak perkara dan cerita yang telah berlaku...bukan disengajakan...tetapi ketentuan tuhan...

cerita 1:

en.mus dan saya sakit...demam yang tak kebah2...sampai sekarang saya masih lagi batuk yang tak terhenti2...ubat batuk dah berbotol2...siyes..tapi masih tak hilang2...dah hampir sebulan saya rasa...
en.mus dah ok...alhamdullilah...


cerita 2:

telefon en.mus rosak so dia guna telefon saya..saya?takde telefon..maaf buat sesiapa yang tak dapat contact saya


cerita 3:

k.ja bertunang dan noor berkahwin..tahniah...


cerita 4:

rumah dah macam tongkang pecah...habuk dimerata2 tempat...tension...


cerita 5:

selamat datang kepada wan ilham zaffar ke dalam wan husin family....tak sabar ingin melihat kamu...khabarnya persis pelakon bollywood..tahniah abe we..dapat hero..


cerita 6:

raya yang membahagiakan walaupun penat...


cerita 7:

saya sungguh2 tawar hati sama kamu...tolong jangan muncul depan saya..


cerita 8:

bersyukur masih bernafas di sisi nya...



noktah

Saturday, November 13, 2010

sakit en.mus dan saya

ok..dah banyak hari saya tak update blog...dah berjam2 tak baca blog orang lain....dah beribu2 minit tak bukak facebook...tak tido dengan tenang..tak baca buku...makan tak tentu...berat dah menurun(alhamdullilah)...senyum tak terukir....

kerana?

en.mus sakit dan telah di masukkan di KMC...

saya?

sama2 sakit...serius...memang serius


doakan yang terbaik buat kami berdua....

kerana kami masih lagi sakit di uji tuhan untuk menyuci dosa sebesar gunung dan seluas lautan....

terima kasih kepada k.long sekeluarga yang telah banyak membantu kami diwaktu kami sakit...kawan2 yang datang melawat...kawan2 yang telefon..kawan2 yang sms...maaf kepada kawan2 yang kami tak beritahu...sungguh kami minta maaf...

kami sayang anda semua..(wah ..macam artis)






noktah...

Sunday, November 7, 2010

kekasih hati sudah mahu pulang...

"dalam satu jam lagi kita sampai ar dekat pengkalan"

OMG!kamu sudah mahu pulang ya sayang...kamu tahu aku memang rindu sangat2 sama kamu...

saya tahu kita berkongsi rasa yang sama..

semoga perjalanan kamu dari sana untuk pulang ke sini selamat hendaknya....

saya tunggu kamu ya..

(air mata hampir jatuh menitis)



aku terlalu cengeng bila mahu berdepan denganmu..





noktah

Saturday, November 6, 2010

cerita di sebalik itu....

saya berjumpa dengan 4 insan yang dah lama saya tak berjumpa di suatu peristiwa yang bahagia...

si A

saya segan nak jumpa...saya ada sakitkan hati dia..serius saya rasa memang terkilan kerana saya seakan2 tidak menghiraukan dia...saya rindu untuk ketawa bersama dia...rindu untuk mendengar dia bercerita...rindu untuk melihat dia tersenyum...maafkan saya dan saya bodoh kerana mengecewakan kamu...


si B

dia seseorang yang pernah dan selalu meluahkan perasan kepada saya..apa yang dia rasa...apa rintangan yang dia hadapi...sungguh saya rindu mahu bercakap dengannya..tapi entah kenapa dia seakan2 ingin menjauhkan diri daripada saya...sedikit sombong saya rasa...atau saya yang terlebih terasa....


si C

ok...dia seoarang yang selalu meminta pertolongan dari saya ....jujur saya khabarkan yang saya memang terkilan dengan sikapnya yang tidak mahu bertegur sapa dan senyum kepada saya...saya memang langsung tidak memahami hati dia...


si D

saya melihat dari riak wajah kamu seperti kamu terkejut melihat saya...hahahaha....saya pun sama sebenarnya..kita sudah lama tidak berbual mesra...saya lihat kamu gembira...kamu ketawa...saya jadi sangsi kepada kebahagiaan itu..entahlah..saya memang tidak mengerti....samada kamu hanya berpura2 atau sekadar untuk menunjukkan kamu bahagia...


buat insan2 yang saya sayangi..maaflah jika saya membuat kamu bersedih...jangan membenci saya kerana kekhilafan saya diwaktu lalu...








noktah

hari kedua

rasa macam dah ok..dah tak sunyi...(sunyi jugak sebenarnya)...tapi sudah boleh menerima situasi ini...esok sudah pasti tidak sunyi kerana dia yang saya tunggu, dia yang saya cinta, dia yang saya rindu dan dia yang mahu sudah pasti pulang...banyak cerita yang saya mahu tahu...banyak cerita yang saya mahu dengar...biarlah esok pasti akan menjelma jua...tidak perlu saya mengira waktu dan detik bila tiba hari pertemuan..saya yakin dia akan pulang dengan senyuman di bibir seperti biasa..
dan ciuman di pipi itu sudah pasti...


tetap menunggu ke akhir waktu





noktah...

Friday, November 5, 2010

...kesunyian...

saya rasa cabaran paling teruk yang manusia harus cabar ialah mencabar rasa kesunyian..itu pendapat saya..saya selalu rasa sunyi..dan saya berjaya menghadapinya...tetapi selalunya saya tewas...selama ini saya berfikir menghadapi sesi interview adalah cabaran terhebat yang pernah saya lalui..tetapi tidak...cabaran mulut2 tempayan orang yang selalu bertanya "nape takde anak?" juga bukan cabaran terhebat...selalu saja sakit?bila di fikirkan bukan juga cabaran terhebat...

kesunyian...



saya pernah tidak bercakap selama tiga hari dengan orang @ insan lain.bukan kehendak hati tetapi keadaan yang memaksa..dan jawapannya ialah terlalu sunyi..terlalu sakit bila kita hanya merenung diri kita sahaja..tanpa orang lain disisi...saya rasa itulah yang saya akan hadapi untuk hari ini sehingga ke hari ahad nanti....tiada suara kedengaran dibibir saya..tiada senyuman yang akan terukir..yang ada hanya keluh-kesah menanti bila ini akan berakhir...sepatutnya di waktu ini saya bersyukur saya bukan kesunyian didalam tanah....menghitung detik bila datangnya kiamat...bersyukur saya masih lagi bernyawa...

suasana hujan diluar menambahkan lagi rasa sunyi dihati...saya yakin bila tiba malam nanti kesunyian itu akan terus memeluk dan mendakap erat kukuh rapat umpama tiada lagi harapan buat saya....nak menangis? bukan waktunya..bagi saya menangislah untuk sesuatu yang berharga..bukan untuk kesunyian...kadang2 kita mengharapkan untuk hidup sendiri...tiada orang mengambil tahu apa dan siapa diri kita...tapi kita silap...kalau nak tahu cubalah bersendirian selama 2 hari atau 3 hari..anda tentu akan rasa apa yang saya rasa...

mohon pada tuhan supaya arjuna pewira hati selamat di sana...selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan saya seperti sedia kala...sungguh saya rindu kamu di kala ini..rindu seperti selalu..rindu ang takkan pernah padam..




noktah

Thursday, November 4, 2010

tak sikat rambut..

buat eksperimen tak sikat rambut sekarang ni..tgk berapa lama tahan rambut ni tak bersikat..tapi heran...makin tak sikat makin terurus plak..pelik...

(kononnya bila tak sikat en.mus mesti tengok rambut saya berserabut dan mesti soh pi potong...tapi ni tak de komen apa2 pong..hampeh punya rambut)





kepala masih lagi sakit..ke sebab tak sikat rambut?






noktah.....

Wednesday, November 3, 2010

keliru

mana nak pilih...?

balik kampung

pi k.l

duk umah

akhirnya kapala tetap sakit

sakit

ok..semalam pi klinik..kepala saya sakit sangat2..nak buat kerja pun tak boleh..memasak ,mengemas dan membasuh saya tinggalkan..bukan taknak buat tapi dah sakit..selalunya sakit kepala lepas tidur jap dah ok..tapi kali ni dah nak masuk tiga hari kepala tak ok2 lagi..

pi klinik doktor cakap saya demam, sakit tekak...iya ke?tak rasa demam pun...ntahlah..doktor cakap saya saya takble makan coklat, minum milo,minum teh dan minum kopi..bagi mengelakkan sakit kepala a.k.a migrain..rasa nak nangis bila takble nak minum teh...

lepas makan mihun sup saya amik ubat...memang best makan ubat yang boleh wat kita mengantuk ni..semalaman tidur terus sambung pagi tadi..memang ting tong kepala..tapi sakit kepala masih tak hilang2...adoi...


lima jenis ubat..ada dua saya tak amik..
ubat dalam botol untuk kumur + ubat kemam untuk sakit tekak..
dah rasa tak sakit wat apa makan...betul tak..?
(alasan)


noktah


Monday, November 1, 2010

cerita cameron....

ok...saya baru je balik semalam dari cameron highlands...penat giler...berapa kali singgah makan tak tahu la...tapi memang best...saya paling suka pi ladang teh...memang sejuk sgt2...saya malas nak bercerita..saya upoad gambar jelah ya...kikiki..(dasar pemalas)...

tanah runtuh...memang takut ar kalau kena kat kereta kami
tapi tanah runtuh ni dah lama dah berlaku..dah jadi semak samun pun



xtvt bergambar diwaktu jam giler masa nak pi equatorial hotel


dekat raju hill...mekacih kat brader bangla a.k.a pekerja raju hill kerana bagi makan strawberry free


cameron valley


cameron valley


ni kat ladang teh boh


waei dan eby


tengah menahan nak kencing



cak..kat bee farm


balik umah en.mus sibuk duk kira strawberry...


nak pi cameron ada beberapa tips:

a) bermalam di berinchang lagi bagus...senang nak ke tanah rata dan nak cari makan
(kami tak payah pikir sebab company tanggung..kikiki)
b) nak beli benda comel2 belilah dekat pasar berdekatan dgn raju hill...murah dan bleh tawar-menawar
c) pergi seawal yang mungkin...i mean, kalau sampai kat cameron dalan 10pagi teramatlah bagus..sebabnya kat2 waktu tghri sememangnya traffic jam giler2...
d) belilah sayur-sayuran di pasar malan di brinchang..dekat2 nak last atau tutup (dlm kol 10 malam) diaorang akan lelong sayur-sayuran sehingga rm1 untuk satu pack...memang murah... 
e) better pergi weekdays
f) wajib pi ladang teh..turun ke dalam ladang teh...minum teh...dan amik gambar...
kalau nak trill pi kat ladang teh boh bukan yang kat Sungai Palas tetapi yang area Tanah Rata..
memang best sebab boleh tengok mcm mane teh diproses...
g) kalau boleh pi ke semua tempat..supaya hati pun puas...


bye2..


noktah


Friday, October 29, 2010

memang sah incik cefiro tak bergerak esok...

sakit hati tahap kesatria baja hitam...incik cefiro tidak mampu dibaik pulih untuk beberapa hari lagi....

aku nak menyumpahkan takut dosa turun kat en.mus..ai..nasib....nasib....sabar jelah....



noktah

masih sakit

nampaknya incik cefiro masih lagi sakit..dah hampir dua minggu terlantar di hospital...saya rasa nak marah sgt2...selalunya incik cefiro takkan berlama di rumah sakit..entahlah...saya tak faham dgn manusia bila berjanji..bila ditanya, "eh...seminggu je ni siaplah"...sape yang tak sakit hati...saya tahu en.mus sedih...maklumlah bini pertama..tapi en.mus tak cakap apa2...berkali2 en.mus berkata-kata secara lembut pada doktor yang rawat incik cefiro yang kami nak guna incik cefiro sabtu ni yakni esok..dengan gahnya doktor itu berkata " semua no hal lah"...tapi sekarang incik cefiro masih lagi menangis kesakitan di sana...

saya berdoa pada tuhan supaya dipermudahkan segala urusan kami...dipercepatkan proses penyembuhan...
dah berkali2 saya ingatkan dekat en.mus supaya menghantar incik cefiro di rumah sakit yang berlainan...tetapi en.mus cakap "doktor tu bagus...buat kerja cermat" ..iyalah tu..sebab terlampau cermat  yang sepatutnya seminggu dah jadi 2 minggu...ok..saya tahu saya bukan doktor untuk mengetahui bila kerja akan siap..tetapi kalau tak di jengah, tak di suruh, tak ditanya memang tak bergeraklah incik cefiro...

kepada incik doktor yang tinggi budi pekerti...saya tak pasti anda membaca atau tidak blog saya ini.kalau boleh tunaikan janji anda at least sebagai seorang manusia untuk menyembuhkan incik cefiro ya...

terima kasih


titik

Thursday, October 28, 2010

siang dan malam

kije aku sekarang..... :

bangun pagi siap2 baju kije en.mus....

buka tingkap...

mandi...

buka laptop....

fb (bace2 status org + gelak2 kat video2 org letak dlm fb)

tulis blog (sambil basuh baju)

baca on-line paper

tengok movie

dlm kol 12 tghri dah start rasa ngantuk...tutup laptop...

intai2 depan rumah...

buka kipas...

baring atas katil...goyang2 kaki

tidur...ZZZzzzZZZ

2.30ptg: bangun, mandi...

tergolek2 lagi atas katil pah semayang....

3.30 ptg: pikir menda apa nak masak

4.00 ptg: dah start masak..

6.30 ptg: makan malam

8.45 mlm: en.mus pi gym

buka laptop semula

tutup laptop selapas 2 jam setengah...

12.30 mlm:en.mus balik

baca buku....

tidur...

dan


sekian terima kasih


(sila ulang untuk hari2 seterusnya)




noktah

Wednesday, October 27, 2010

cepat2 sembuh buat incik cefiro yang kacak

dua hari lagi untuk ke cameron.....yay!

harap2 incik cefiro cepat2 sembuh dan dapat check out dari hospital....

rindu pada incik cefiro...

sob sob sob



cepat sembuh ya......



incik noktah yang menangis...

nama saya waei...

hi kawan2 cik wani...saya waei tapi saya bahasakan diri saya maei (sebab pelat..hehehe)...siapa saya?saya si kecik yang suka membuat muka, suka buat lawak dan sangat sayang pada ummi saya.oppss..lupa nak bagitau..sebenarnya saya anak saudara cik wani..tuan punya blog ni..saya saje curi2 tulis kat blog ni..jangan bagitau cik wani ek..nanti dia marah..macam k.ros dalam citer upin dan ipin..

nak tahu siapa saya....? meh ar tgk gambar muka saya...hik hik hik...


okay...cuba teka yang mana satu saya?


tak tahu yang mana satu...?apa la member2 cik wani ni...
muka waei pun yang comel ni pung tak dapat teka...
okay...inilah saya yang sebenarnya...


comel tak saya....comelkan..

ni gambar saya lagi...


saya dengan kakak saya..namanya eby..saya sayang kakak saya



hahaha...demuknya saya..ha..inilah ummi kesayangan saya


ni gambar hari raya tahun lepas..masam betul muka saya...
yang pakai cermin mata yang tengah pangku saya tu abang yih.sebelahnya kakak saya (yang kecik)
eby namanya...yang berdiri tu pun kakak saya..namanya izzati..tapi saya panggil dia acak(sebab saya pelat tak boleh sebut akak)..dan yang duduk kat bawah tu abang saya, iqbal atau abang bol...


senyuman untuk semua..kacakkan?

k lah member2 cik wani..saya nak tidur dah ni...mengantuk..esok saya nak pi jejalan dengan ummi, dengan eby dan cik wani...nanti penat pulak kalau tak tidur awal...sayang semua


cik wani : waei....!! nape bukak log cik wani ni?...pandai dia ya..duk menulis dalam blog orang..

waei : (lari terkedek2 sambil tergelak)

waei berkata : bye2...


titik

Tuesday, October 26, 2010

...aku rindu padamu

kalau aku punya waktu untuk bersedih
aku akan memilih semasa tidurmu
supaya sedihku dan tangisku tidak kau dengar
aku bukan tamak untuk membiarkan semua ini terjadi
tetapi aku takut untuk melihat titisan itu ditubir matamu
kerana aku kaget...
seandainya kau tahu yang aku berduka lantaran
.....aku rindu padamu


titik

26hb..dan 4 tahun

selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-4 sayang..

terima kasih kerana masih bersama saya...

terima kasih kerana masih menyintai saya...

terima kasih kerana menyayangi saya...


saya dan awak ...ya kita berdua...kamu dan aku...

masih bersama berpimpin tangan...bergurau mesra..

tersenyum gembira...menangis berduka...

dan kita tetap bersama




noktah

27 itu hanya sekadar nombor...

aku menangis pada pagi ini..begitu ramai kawan2 yang baik dan bermurah hati untuk menulis ucapan besday di FB aku...tuhan saja yang dapat membalasnya..ok..aku dah 27 tahun..ya..aku memang tak suka bila umur meningkat..dan ya sekali lagi aku takut untuk menjadi tua...bukan kerana aku tak boleh terima hakikat tetapi aku takut sebelum sampainya waktu aku masih tidak mempunyai anak...cahaya mata untuk mendoakan aku dan en.mus bila kami sudah tiada nanti...

27 tahun..bukan bererti aku akan berubah..aku tetap begini..dan akan terus begini..malah aku bersyukur selama 27 tahun aku masih dapat bernafas di bumi tuhan...

hari lahir tidak bermaksud aku meminta itu dan ini dari cinta hati...aku hanya memohon supaya dia kekal terus disamping aku...terus menyintai aku...terus menyayangi aku....kerana aku hanya mahu berada disisi dia selamanya..amin..(ok..aku mengaku aku ada mintak jam hari tu..tehee)

kisah di hari lahir ke-27 tiada yang begitu menarik...tetapi menjadi pengajaran buat aku...ceritanya begini:

semalam (25 hb) aku dan en.mus telah bertolak dari balok menuju ke kemaman..sebenarnya untuk menyelesaikan urusan dgn kerajaan..tentu semua boleh agakkan..? ok...di dalam perjalanan ke kemaman kami sama2 mendengar klasikfm...sumpah bukan aku yang mahu dengar...en.mus yang berkeras..

on da way ke kemaman..disatu selekoh (di cherating) tiba2 sebuah kereta honda cuba memotong sebuah kereta (aku kurang pasti kereta apa) dan tanpa sempat berbuat apa2 kereta itu telah merempuh sebuah unser...PANG!...

aku yang melihat dan menonton semua itu hanya mampu membisu...kalau aku yang memandu ketika itu...tentu aku panik..memang bodoh pemandu kereta honda...memotong pada selekoh dan dah tentu di double line...aku hampir menangis..diwaktu itu aku hanya kaku dan bisu ditempat duduk..

 5 minit selepas kejadian....

aku melihat manusia keparat honda itu tidak mempunyai sebarang kecederaan...tetapi air mukanya pucat dan hampir menangis..tetapi masih lagi sempat membuat panggilan bagi mengkhabarkan dirinya accident...menyampah aku tgk..

mangsa kejadian: unser yang penuh dengan manusia..

pemandu unser cedera ditangan...anak kecilnya berdarah di mulut...penumpang lain selamat...

aku tahu pemandu unser itu memang marah...memang jelas terpampang di mukanya yang sedang menahan segala kemarahan..tetapi dia masih bersabar..cuba untuk mengawal keadaan yang sememangnya panik...

ok..stop...aku malas nak bercerita panjang..aku bukan pemberita bernama dan bukan wartawan metro...
apa yang ingin aku cuba sampaikan disini ialah seandainya:

kami ke kemaman dgn cefiro sudah tentu kami juga akan terbabit sama dgn kemalangan tersebut...nasib baik cefiro sakit dan kami pergi dengan tiara..maksudnya cefiro akan dipandu dgn kadar yang laju berbanding tiara..aku rasa..

kalau kami memandu laju tentu kami juga akan menjadi sebegitu...dan yang pastinya aku takut..permulaan 27 bagiku adalah hari terakhir bagiku...

tetapi tuhan masih sayangkan aku...masih mahu aku bertaubat dan menyesali segala dosa2 aku di atas muka bumi ini...

terima kasih allah...

dan terima kasih untuk kasih sayang semua..


noktah...

Friday, October 22, 2010

zZzZz.....

perkara pertama:

ok...hari tu dah pi mancing...hari ni pi mancing lagi..ahad baru balik....deepavali nanti pi mancing lagi selama tiga hari....ok...tinggalkan lah saya sorang kat sini....tak.. saya memang tak kisah...pi je mancing...sob sob..saya sayang awak...(nanti kalau jumpa duyung kim salam ek..keh keh keh.....)


perkara kedua:

awak memang comel si kucing...saya suka...en.mus lagilah suka...tapi yang tak tahannya kencing sana...kencing sini...habis porch depan tu bau air kencing awak...kepada tuan kucing....tolong jaga kucing awak baik2 ya...


perkara ketiga:

nak marah anak tu biarlah berpada2..jgn sampai org tahu yang awak tu parents yang "bagus" sangat2....saya tahu saya takde anak...so bukan saya nak mengajar tetapi Tuhan dah bagi anak tu jagalah elok2...kalau anak wat silap janganlah dimarah anak2 tu..kesian diaorang...


perkara keempat:

dah tahu anak wat menda tak molek larang jelah..ni tak, selamba je tgk anak wat benda yang tak sepatutnya dibuat...hai...mak bapak zaman sekarang....


perkara kelima:

hari tu en.mus pi surau...masa kat surau sikit punya baik bercakap dgn en.mus...tanya itu...tanya ini..ok...fine...awak memang peramah...then..bila jumpa kat luar....nak tegur pun susah...sah ke nak tegur..nak tgk muka kami yang kemelayuan ni pun taknak...hai...hairan betul manusia zaman sekarang...kena pi surau je ke baru boleh bertegur sapa?kat luar tak payah? lepas ni...taubat kami nak layan org macam ni...


perkara keenam:

dah takde perkara...bye2




noktah

Thursday, October 21, 2010

bila orang bertanya?

honestly, bila orang tanya buku/novel apa yang paling saya sayang dengan confidentnya saya akan cakap "tak de"...orang mesti terkejut...iyalah saya seorang yang suka membaca,seorang mengumpul buku tetapi tak de buku kesayangan..bukan ke pelik tu..

kalau nak cakap panjang lebar memang saya takde buku kesayangan..serius..tapi org tetap tak percaya...semalaman saya termenung...berfikir bagai nak rak..nape aku tak sayang bku2 aku ek..?sedangkan aku jaga dgn elok buku2 tu...

dipendekkan cerita,saya tanya pada orang yang selalu melihat saya membaca,en.mus...

saya : awak rasa saya ni ada buku kesayangan tak?

en.mus : ada je

saya : aik...nape boleh saya tak tahu?awak ni ahli nujum pak belalang ke?

en.mus : ahli nujum pak belalang kunyit daaaa...kah kah kah

saya :  (sempat lagi buat lawak bodoh org tua ni) dalam hati je lah

en.mus : orang buat lawak sikit dah muncung...

saya : iyala org tanya betul2 dia wat main2 pulak

en.mus : iyala2...saya serius la ni...cuba awak pikir selama ni bila awak nak tidur, bila awak nak tunggu laptop buruk kesayangan awak tu menyala, bila awak tunggu saya kat gym , bila awak nak melabur (buang air besar) , bila awak tunggu saya dari balik kerja , bila awak tunggu nak siap masak , bila awak macam2 lagilah...buku apa yang selalu awak bawak kehulu-kehilir?cuba ingat balik...

saya : (dengan muka kebodoh-bodohan sambil berpikir) ada ke saya buat mcm tu? (masih tidak mahu mengalah nampaknya)

en.mus : pikir molek comel....hehehehe

saya : ooooooo.....saya tahu...saya tahu..saya tahu

kah kah kah..apalah saya ni...selama ni saya tak sedar  itulah buku yang selalu saya bawak kehulu-kehilir...buku yang saya simpan sejak dari sekolah rendah sampai sekarang (uish..lama tu)...buku yang saya dah baca berpuluh2 kali tanpa sedikit pun rasa bosan (mesti orang cakap saya obses)...buku yang saya cemas gila kalau tak cukup volumenya...nape la saya boleh tak tahu...

nak tahu buku apa?
.
.
.
.
.
.
.

tentulah koleksi komik shinchan saya...sayang sgt2 komik shinchan...

kah kah kah...



(peristiwa ini terjadi 6 bulan yang lepas)


incik noktah nakal macam shin chan...

Wednesday, October 20, 2010

entri ke-100

yay!dah sampai entry ke-100...kah kah kah...(ketawa sambil tergolek2)...

sempena entri yang ke-100 ni saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang telah mengikuti blog saya ini..walaupun follower saya just ada 6 org je tetapi saya tahu yang membacanya ramai..(iya dok ni?)..takpelah...terima kasihla jugak...

saya sayang anda semua...(menari ala2 lady gaga dlm video clip "bad romance")


incik noktah pong happy kan?

Tuesday, October 19, 2010

my magic man

beauty and the briefcase...sebuah cerita yang biasa bagi saya..tetapi tetap ada nilainya yang tersendiri...
ia mengisahkan seorang perempuan lakonan hilary duff yang cuba mencari "magic man"...dia mempunyai listnya yang tersendiri di dalam mencari "magic man" yang boleh membuatkan diri-nya sentiasa berada di dalam mimpi..i mean...berasa bahagia

ok..stop..saya bukan pengulas cerita dan tak bekerja sebagai promoter filem...apa yang saya ingin berkongsi disini ialah yang menariknya watak utama cerita ini mempunyai senarai-nya yang tersendiri di dalam mencari pasangan a.k.a buah hati..menarik bukan..?

sepanjang hidup saya, sudah ramai lelaki yang saya kenal dan temui...dan saya menilai mereka mengikut apa yang mereka ada..bukan kerana apa yang saya kehendaki..pada pendapat saya,hidup ini akan lebih mencabar jika org yang kita temui itu tidak mengikut senarai yang telah kita tetapkan...ok.. mari kita lihat apa yang seorang perempuan inginkan:

beriman

saya rasa semua perempuan sememangnya memerlukan lelaki yang beriman..kalau boleh cuba elakkan memilih lelaki yang tidak pernah mengajak kita untuk mengingati tentang tuhan..trust me..

kacak

wow...memang satu bonus kalau dapat lelaki yang kacak,mempunyai senyuman yang menawan,renungan mata yang memikat dan menggoda..(saya pun suka..ahaks)

berkerjaya

yes..yang ni memang patut dipilih..bukan nak kata duit adalah segala-galanya..tetapi segala-galanya adalah duit...nak masuk toilet pun sekarang ni dah kena bayar 30 sen..ai..(apa kaitan toilet dengan magic man ni)

romantik

setiap perempuan selalunya mengharapkan mendapat lelaki romantik..seromantik di dalam novel mungkin..adakah masih wujud lelaki romantik di atas muka bumi ini?jangan semasa bercinta je romantik..lepas bercinta isteri kat belakang duk bawa barang dan anak dan si suami pula dah 100 meter kat depan...dgn harapan dapat mengorat awek baru...kah kah kah

kaya

lelaki ini dikatakan mampu menarik ramai perempuan2 kat luar sana..ialah berharta sape tak nak beb...


setelah melihat senarai2 di atas, saya melihat sesuatu perkara itu dari sudut berlawanan...macam mana?
contohnya: lelaki kacak tak semestinya lelaki itu baik...lelaki berkerjaya dan kaya tak semestinya lelaki itu pemurah hati...lelaki romantik tak semestinya dia romantik untuk kita je..bunyinya macam saya ni anti lelakikan?hehehehe...saya bercakap berdasarkan pengalaman sebenarnya...

saya pernah bercinta dgn lelaki romantik..wah..memang berada di kayangan rasanya..tetapi dia tetap pergi meninggalkan saya dgn alasan yang tak munasabah...lelaki berkerjaya dan kaya...dia memang seorang yang baik tetapi curang terhadap percintaan....lelaki kacak...erm...memang kacak tetapi dia terlalu mengongkong..boring....

setelah dinilai daripada pengalaman2 yang lepas, saya membuat kesimpulan bahawa:

carilah lelaki yang beriman, baik dan boleh memahami keadaan kita...carilah bersederhana...kalau dapat yang kacak itu adalah satu bonus...
pencarian itu memerlukan masa yang panjang...bukan boleh takat muat je..kenalilah dia menggunakan akal dan fikiran...bukan menggunakan hati yang mengikut nafsu semata2....

terima kasih untuk my magic man...en.mus kerana selama ini banyak memberi berjuta kebahagiaan, berjuta kemanisan harapan, berjuta kegembiraan dan sebuah kisah hidup yang mendamaikan buat saya....itulah my magic man...dan anda pula bagaimana?




noktah

Thursday, October 14, 2010

saya rindu aok...

rindu kat aok eh...en.mus...bila lagi nak pi berpoya-poya?minggu ni kita pi perpoya-poya lagi ek..



noktah

checklist

a) bangun awal - ok

b) kemas umah - ok

c) basuh baju - ok

d) baca buku - ok

e) masak2 - ok

f) siram pokok - ok




semua tu dalam mimpi jelah..kah kah kah


incik noktah geleng2 kepala

Tuesday, October 12, 2010

evisu aku sakit

gila ah...evisu aku patah...tidak!!!!!!!!

sudah tak boleh dirawat...sudah tidak boleh dioperate...sudah tidak boleh diinject...

memang sakit hati...sakit sgt2..evisu kesayanganku..telah pergi...meninggalkan aku



dan hari ini aku buta 60%....


titik

Friday, October 8, 2010

hal yang banyak atau banyak hal....

banyak benda nak kena buat dalam masa terdekat ni...nak repair kereta walaupun bukan saya yang repair.dua-dua kereta tu memang patut dah pun masuk rumah sakit.bocor sana bocor sini..pahtu campur lagi nak kemas2 bilik yang bertimbun2 dgn buku + barang2 spare part kereta masih jugak tak terusik2..dah berdebu gamaknya..maaf sebab tak sempat nak wat inspection dah berapa tebal debu kat situ..maklumlah banyak benda nak buat ..ni tak termasuk lagi nak pi spital yang sepatutnya pi bulan 9..nampaknya kena tunda sebulan lagilah...3 minggu lagi nak pi cameron...honeymoon beramai2 dibawah sponsor kerajaan polipelastik..

apa kes ni? duk umah dah tak kije pun masih banyak benda tak settle2..heran betul....

(wani : aku bukan taknak settle..tapi masa aku abis kak benda lain....)

hal apa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


(wani : tido)

hampeh ko ni....



incik noktah : zzzzzzz

Thursday, October 7, 2010

eh...apsal kau banyak cakap sangat ni?

saya kalau bercakap dgn seseorang saya tak suka menilai macam mana seseorang tu...sebabnya tak semestinya dia tak pandai bercakap dia tu bengap...dan tak semestinya dia pandai cakap dia tu bagus tahap einstein...tapi saya paling tak suka bila bercakap dgn seseorang dia rasa diri dia serba tahu campur pulak merendah2kah kemampuan orang lain..jangan gitu beb...Wak Dollah kat kampung aku pun masih hormat kat org walaupun dia pakai baju macam Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu...

kadang2 bila pikir2 balik org macam ni baik buang pi lombong kat Sungai Lembing je...biar dia rasa org kerja kat lombong tu macam mane...banyak sangat cakapnya...

tapi mungkin sebab dia dah terdidik macam tu...takde orang nak tegur sampai rasa dirinya setanding Kahlil Gibran dalam berkata2 dan setaraf dengan Kanye West yang marah dekat Taylor Swift sebab menang banyak award berbanding Beyonce...

erm....kalau duk pikir2 balik bagus juga org macam ni wujud....

sebab?

ada sikit topik aku nak tulis dalam blog..kahkahkahkah....


incik noktah dah lama duk diam sambil makan biskut kering tgk aku duk merapu

Wednesday, October 6, 2010

rambut yang tak bersalah

hari tu, 3 minggu lepas pi jalan2 kat giant dgn cinta hati...jejalan2 masuk guardian...cinta hati cakap "awak nak beli apa ambil jelah "...dah cinta hati cakap macam tu apa lagi..dusyummm...saya buat larian 100 meter..amik barang2 yang berkenan..tak banyak pong..2 barang je...kan amik lebih2kan kopak pulak duit banker...tgh duk pilih barang2 ternampak la mask untuk rambut keluaran SUNSILK...tunjuk kat cinta hati sambil wat muka kucing tanya ble beli ke tak..dia cakap ok, dgn tak malunya terkedek2 pi letak kat kaunter...

balik umah dgn bersemangat pakailah mask yang kononnya boleh melembutkan rambut...

dan hasilnya wallah...

rambut dah jadi cam david arumugam (betul ke eja macam ni)...memang mangkuk tingkat makcik bedah betullah...habis rambut aku ala2 lisa surihani...sedih jgn kata ar...nak2 pok mus gelak2 sambil tergolek2 selama 4 hari 3 malam..apa punya laki..ingatkan nak bagi support..dibantainya gelak kat aku...

mata dah berair...mulut dah muncung sedepa...air hingus dah menjejeh2.....boikot hari ni taknak cakap dgn pok mus...

"dah..dah..jgn nak tunjuk mulut muncung awak yang tak lawa tu....pi amik minyak zaitun..saya letak banyak2...biar rambut tu ok semula..."kata pok mus tersenyum kambing..

maka bermula episod minyak zaitun di kepala saya...selama seminggu lah hari2 pok mus letak minyak zaitun atas kepala saya...makan minyak zaitun..berak minyak zaitun...tidur minyak zaitun..semayang minyak zaitun...pendek kata berzaitun2 lah...

hasilnya hari ini..rambut dah kembali kepada asal....ai..nasib baik ok semula ...kalau tak memang muncung kat muka ni dah sampai K.L gamaknya....mekacih ya pok mus...

mask tu?aku dah campak dalam longkang depan rumah..padan muka dia..biar dia sorang2 sejuk kat situ...menyampah aku


noktah

Monday, October 4, 2010

ada aku kesah..

kalau org cakap: bertuahnya dapat bercinta dgn lelaki yang seromantik dia..

saya akan cakap: romantik lagi kucing aku

kalau org cakap: wah...?bapak hensemnya pakwe dia

saya akan cakap: hensem lagik bapak aku

kalau org cakap: best dapat kuar dating selalu

saya akan cakap: ceh...menghabiskan duit adala



padahal org lain tak tahu yang saya tak pernah kesah dgn semua di atas...sebab? aku memang tak kesah..kahkahkahkah



titik berpinar2

Sunday, October 3, 2010

akhirnya

"warna yang sepatutnya suci itu telah dicemari oleh warna yang jelik...kenapa ini harus terjadi kepadaku?"


sabar...sabar..jangan panik...di atas adalah perkara yang digambarkan sebagai satu luahan emosi...kikikiki....sebenarnya saya dah dapat G-Shock..yay!yay!...G-Shock ku yang comel....nak G-Shock warna putih dapat G-Shock warna oren..hantam sajalah labu...janji G-Shock...
sayang G-Shock2.....

terima kasih en.mus..besday tak sampai lagi dah dapat hadiah...mekacih sgt2...memang nangis ar...bukan senang nak dapat hadiah..time besday dgn anniversary je baru dapat...tu pong hantar quotation 4, 5 bulan....survey harga dan kenapa nak beli....

kalau nab2 tahu ni mesti dia cakap : "pada mung duk beli jam baik mung beli tv"
bukan taknak beli tv tapi malas ar nak menyusahkan en.mus...ada tv banyak benda yang negatif drpd positifnya...so,biarlah masa dan keadaan yang menentukan....biar en.mus sendiri yang decide bila dia nak beli...saya?dah biasa tak tgk tv....jadi aiman tak kisah


noktah....(setakat G-Shock..apa kelas...nada2 jeles incik noktah)

Friday, October 1, 2010

oktober

yay!oktober dah dtg...nape ya? nape ya?mestilah besday saya..kikikiki...en.mus tanya nak apa..sudah tentu saya nak G-Shock warna putih...tapi en.mus cakap tali G-Shock cepat rosak...erm..erm..sedih...saya nak G-Shock jugak...nak jugak...en.mus cakap pikir dulu nak apa..nanti bagitau...G-Shock boleh?..no G-Shock en.mus cakap....sob...sob...malas kawan dgn en.mus...




incik noktah pong suka G-Shock kan?

Wednesday, September 29, 2010

bila ada rama2 dalam perut....

honestly saya benci bila ada rama-rama dalam perut.....memang tak suka...buat saya jadi gila.....nak2 musim2 sekarang ni....hampeh mangkuk tingkat betul...syoh..rama2...pi main jauh2...jgn main kat dlm perut aku...



noktah....

Thursday, September 23, 2010

lapar

tergolek sana...tergolek sini...mata terkebil2 melihat sarang labah2 yang melambai2 di dinding....pejam mata...bibir terjuih...memang aku dah giler agaknya....(dalam hati jela..kan cakap sorang2 nanti jadi gila betul2 pulak)..apa dah jadi ni..minggu ni asyik lapar...dah makan pun lapar lagi...makan lebih daripada tahap sepatutnya dah ni...memang lapar....alamak! ke saya ..........?biar betul....



incik noktah terkejut....iya ke wani?

Wednesday, September 22, 2010

minggu pelik

memang pelik binti ajaib..minggu lepas dan minggu ni ni saya rasa malas sgt2...asyik terbaring dan rasa lapar....dah makan pun masih berasa lapar...rasa nak makan je kerjanya..tapi nasib baik cepat membuang...kalu tak memang boroi ar...kahahkah....takpelah janji saya happy...yay!



noktah makan tapai sampai demam...cian incik noktah

Friday, September 17, 2010

raya yang tak raya

raya tahun ni hambar..tak macam raya tahun2 dulu...bosan dgn sesi umpat-mengumpat...bosan dgn org yang tiada pendirian...bosan dgn karenah org lain yang tak pernah nak sedar tentang kesalahan diri-sendiri...bosan dgn cakap2 org yang tak pernah nak pikir tentang org lain....buat sesiapa yang terkesan...tolonglah berfikir sebelum bercakap....tolonglah jaga mulut awak dari duk mengata org...tolonglah...tolonglah...


saya nak bersenrian pada syawal ini...nak tidur dan bangun tanpa pedulikan org lain....


noktah  

Thursday, September 9, 2010

yay...esok hari raya..yay...yay

yay...selamat hari raya semua...jumpa raya kelima nanti....bai2...


noktah balik raya tak?

Saturday, September 4, 2010

...jodoh itu terlalu abstrak....

semalam en.mus pulang bercerita tentang seseorang mencari jodoh...erk..bukan en.mus ya..org lain..mendengar cerita en.mus membuatkan saya berfikir.."rupa-rupanya mencari jodoh ini susah"..bukan macam saya..senang..kenal tak lama dgn en.mus terus bertunang dan berkahwin...masa mula2 nak kawin dulu hari2 saya pikir, "betul ke jodoh aku dgn mamat suka tersengih2 ni?"..kenal tak lama terus nak  kawin...kalau dengar memang takutkan? iyalah..nak hidup dengan org yang tak tahu perangainya macam mana..entah betul ke tak apa yang kita tengok perangai dia sebelum berkawin...semua tu bermain di bebola otak saya...tetapi alhamdullilah saya bahagia dgn en.mus...saya rasa dia adalah yang terbaik buat saya..*alamak puji laki aku lagi*..

bukan nak puji tetapi kenyataan...mana nak cari org yang boleh terima perangai saya yang gilerkan komik...berhabis wang beli buku yang berlambak2 sampai pening kepala nak selit dan campak kat mana...sanggup pi k.l nak pi pesta buku antarabangsa...mana nak cari org yang tahan dgn perangai saya yang gila2 ni....mana nak cari orang yang tahan perangai saya yang suka makan sedap2 dan mewah2...mana nak cari org orang tahan dengan perangai saya yang jadi burung hantu...mana nak cari...*sadis perangai minah sorang ni*.

nasib baiklah mamat yang suka tersengih2 tu nak kat saya...setiap kali saya melihat pada mamat yang suka tersengih2 tu, saya tersenyum....kenapa? sebabnya saya tahu tuhan telah temukan dia dgn saya supaya saya bahagia diwaktu sekarang....supaya saya dapat ketawa dan menangis bersama dia...

dan...

baru saya tahu jodoh itu terlalu abstrak untuk dinilai oleh sesiapa pun...bukan oleh saya,bukan oleh kamu dan bukan juga oleh mamat yang suka tersengih2 tu...tetapi telah mendapat penilaian dari-Nya sebelum kita hidup lagi...


noktah ada jodoh tak?...kalau boleh nak perkenalkan kat incik noktah.cian dia sorang2...( ^ ^ )

Friday, September 3, 2010

...dah dekat dah...

raya dah nak dekat dah...kuih raya baru beli dua jenis..tu pong en.mus yang beli..kalau tahun lepas memang banyak saya beli...tahun ni budget pi  kelain tu yg kurang..takpela..tunggu minggu depan baru pi beli. dua tiga jenis lagi...tapi semua tu wat balik kampung..rumah kat kuantan..erm..beli kerepek biasa2 dah lah....bila duk pikir2 pasal raya ni hari sabtu ni 4 september, genap 2 tahun pemergian arwah wan/ayah saya kembali kepada-Nya...sedih?sudah tentulah...sgt2 sedih...kalaulah ada penyukat kesedihan di dalam dunia ni, mesti tahap bacaan kesedihan saya teramatlah tinggi....tapi siapalah saya untuk menidakkan kuasa Ilahi...yang pergi tetap akan pergi...kita yang hidup harus mendekatkan diri dgn Allah s.w.t.....

puasa tahun ni bagi saya biasa2 je...tak meriah..saya pun tak tahu kenapa...mungkin sebab saya sesorang kat umah...kerjanya basuh baju,lipat baju pahtu tidur..ahaks...kalu dulu time kije hari2 duk bercakap pasal menu apa nak berbuka, kuih raya banyak mana, baju raya tempah ke beli , bergaduh pasal nak tukar duit raya dan macam2 lagi.mungkin itulah penyebab kemeriahan suasana berpuasa dan berhari raya..heheheh..sungguh saya rindu suasana itu...

satu lagi saya rasa sebab tak meriah ialah kat rumah saya takde tv..rasa2 dah dekat 2 tahun umah saya takde tv..takde tv bermaksud takde lah iklan2 raya, takdelah citer raya yang dapat saya tgk..tapi semua tu dah jadi kebiasaan bagi saya....*dah hampir dua tahun beb..tak biasa lagi tak tahulah*

bila hari raya saya mula terkenangkan juadah2 dipagi raya dekat rumah saudara-mara...saya suka makan nasik dagang kat umah paklong saya..memang sedap..boleh dikatakan setiap kali raya kat umah paklong saya mesti buat nasik dagang...tahun ni tak tahula..sebabnya paklong saya tak berapa sihat...rindu sgt2 kat paklong saya...kat umah mak saya tahun ni masak nasik minyak..itu kata mak sayalah...kat umah mak mentua tak pasti lagi..tahun lepas mak mentua saya masak laksa kuah lemak..ya allah..memang sedap sgt2...sampai tambah berkali2...hihihi...tahun ni arrangement pi beraya tak pasti lagi..sebab  banyak sgt tempat kena pi..dulu beraya kat dua buah rumah diawal pagi raya..umah mak dan mak mentua...tahun ni dah jadi tiga sebab mak saya dah berkahwin tahun lepas.so rumah mak yg baru, rumah kitaorg kat kampung dan rumah mak mentua....*saya harap mak bahagia*

harap sgt2 tahun ni dapat pi beraya umah kawan2 sekolah..nak pi umah e.g dan yana...dan masa balik nanti harap dapat singgah umah wani di setiu...raya ketiga ada reunion..tak tahu dapat pi ke tak..ai...k la nanti sambung semula...sebab?saya nak pi cari resepi nak buat tortila petang ni..ala2 makanan timur tengah gitu..


hohhohoho


noktah di akhir waktu

Wednesday, September 1, 2010

...menangis di kuantan parade...

dulu saya pernah menangis di megamall gara2 en.mus menghadiahkan satu ciuman kepada saya sempena saya menghadiahkan sebuah jam sempena besday dia...saya menangis bukan kerana sakit tetapi kerana terharu..seorang suami mencium saya di depan org ramai..dan hari ini saya menangis sekali lagi...tetapi bukan di megamall tetapi di kuantan parade...kenapa?sebabnya en.mus menghadiahkan hp sony ericson kepada saya....terima kasih untuk hp itu...awak tahu betapa susahnya hati saya kerana tidak dapat menghubungi awak dikala kita berjauhan..i love u...


noktah yang tiada noktah

Thursday, August 26, 2010

....saya dah bosan dan jgn buat saya jadi pembenci....

cukup2lah tu...tak bosan ke asyik duk ungkit benda sama je....dah jenuh telinga nak mendengar..boleh tak jgn tanya soalan sama berkali2....ingat saya ni pekak ke?kalau saya ni tak pikir pasal si cinta hati memang dah lama saya tarik muncung 14...tolonglah...saya dah bosan dgn semua soalan2 bodoh yang memang dah tahu jawapannya tapi duk tanya lagi...memang penat sampai rasa macam malas nak bercakap...tgklah nanti..bukan saya jahat tapi kamu yang buat saya sakit hati.....saya akan diam dan buat bodoh dgn kamu...biar kamu tahu kamu bukan bagus dan kamu bukan baik sgt....tuhan ampunilah saya...



pegi mati dgn noktah....

Monday, August 23, 2010

.....pikir banyak kali sampai pening....

baju raya.....bermasalah lagi saya tahun ni...pusing sana pusing sini..tak jumpa jugak yang berkenan...kain dah beli tapi malas nak tempah...nak pi cari yang dah siap takde pulak masuk senarai...jumpa yg berkenan mahal nak m*****....kopak duit en.mus..tapi en.mus dah janji dapat gaji kita pi beli baju raya...walaupun duit ada tetap nak tunggu gaji*tipikal pemikiran org sekarang...semua benda tunggu gaji*...bila pikir2 malas pulak nak beli...sebab?baju tahun lepas muat lagi...baju raya 2 tahun lepas pun elok lagi...tiga tahun lepas pun dah lama tak bersentuh...tapi bila tgk org lain pakai baju baru mulalah hati sedih dan pilu...


yooosh....tahun ni memang kena pi beli jugak...tapi bila nak pi beli ek?dapat gaji belum tentu dapat kuar pi bandar*macam besar sgt*...sebab?minggu ni minggu en.mus standby.bila standby maknanya kena kije.bila kije OT banyak..bila OT banyak duit pong masyuk.hohoho*dasar mata duitan*....ai....nasiblah badan....

27hb....bed2 datang dari shah alam...yay!boleh buli bed2...harap2 nab2 pong datang...kui kui kui....


blah ar dulu...nak tido....zzzzzzzz...*tido je manjang*


noktah bertindih2....



Saturday, August 21, 2010

...malas...

yosh...malas nak buat apa2..malas basuh baju..malas kemas umah...dah macam tongkang pecah (tipu je)...
siang tidur..malam jadi burung hantu...punya la malas..tapi masih lagi rajin untuk memasak untuk berbuka puasa dan sahur...sebab?sian kat en.mus...letih ak update blog..banyak benda nak kongsi tapi tangan malas nak menaip...sebab?takde mood..

k la...chow shi chi....



titik bukan noktah...(suka ayat ni)



Thursday, August 12, 2010

...duit raya....

sekarang tgh budget2 nak bagi duit raya?awal sgt?sebenarnya lepas raya nak pakai banyak duit...
so terpaksala saya guna budget bulan august...ai nak wat camner...dah nasib..k lah..nak sambung kira duit syiling utk wat duit raya....*apa guna ada duit syiling berbalang2 kalau tak digunakan*...heheheh..(gelak jahat sambil gosok2 tangan)



noktah



 

Wednesday, August 11, 2010

...sakit mata...

sejak dua-menjak ni saya suka duk mengadap blog..ntah blog sape2 pun saya tak tahu..janji blog...
saya suka blog yang kreatif,unik dan kelakar... kadang2 tengok blog org yang ramai pembaca tetapi saya rasa biasa2 je dan terdetik di hati saya "nape org baca blog dia ek?"...heheheh..saya bukan memilih..tetapi dah hati ni suka pada benda2 yang kreatif dan simple...nak wat mcm manakan....baru2 ni saya pulun habis-habisan baca satu blog ni...memang best dan kelakar...tak tahu org dia macam mana...hehehe...by da way saya takkan promote blog tu kat blog saya...bukan sebab saya jaki tetapi sebab blog tu tak sesuai di baca oleh sesetengah golongan..*maksud saya kanak2 riang*...opsss...blog tu bukan pasal seks ya...diulangi BUKAN PASAL SEKS...tetapi sebab penulisnya ada kekonfiusan gender so tak sesuaila saya rase..hikhikhik...

pepehal pong, nape title kat atas tu sakit mata? sebab mata saya sekarang ni sakit sgt2 asyik duk fokus baca blog org..so,stop la untuk hari ni...saya dah bertekad taknak lama2 tgk laptop lagi dah..dah berbatang2 timun dah saya tepek kat mata ni sebab mata sakit mengadap laptop....

ah..stock timun hampir habis...kena call incik kekasih pi beli ni..ok bye2



noktah


Monday, August 9, 2010

...beginilah cinta saya buat dia.....

dah lama tak update blog dan melihat2 facebook..bukan masa yang menjadi persoalan tetapi kepala saya yang berserabut.

dgn tidur yang selalu tidak menentu,paklong saya di ICU yang masih tak sempat lagi saya untuk pulang dan baru2 ni saya pitam sedar2 dah terbaring atas lantai + diwaktu malamnya saya demam terketar2.nasib baik ada arjuna saya yg bersekang mata sampai ke dinihari menjaga saya.. sambil terketar2 menahan rasa sejuk air mata saya begitu murah sekali mengalir melihat kesungguhan arjuna saya mengurut kaki saya yang rasanya mahu meletup kerana sakit..tak pernah dia tinggalkan saya...kain basahan yang diletak dikepala sentiasa berganti..memang sedih tuhan saja yang tahu...sampai terkeluar suara saya yang tersedu-sedan:

"maafkan saya kerana menyusahkan awak"

"saya janji takkan sakit lagi"

arjuna saya hanya mampu memujuk sambil memeluk saya:

"jangan nangis ya sayang...dah nak sakit nak buat macam mana"

dia tahu dan memang pasti setiap kali dia demam/salit saya takkan tidur menjaga dia sampai dia sembuh...
sebab itulah dia tahu apa yang saya perlukan...

terima kasih kerana sayang dekat saya...
terima kasih kerana kasihkan saya...

demi cinta saya buat awak selama 4 tahun ini saya sentiasa membuat yang terbaik untuk hidup kita...
saya ingin menyatakan yang saya:
- begitu menyanjung awak

- sentiasa mengeluarkan kata-kata lembut untuk menjaga perasaan awak

- selalu memuji-muji awak

- tidak akan pernah mengeji awak

- tidak akan merendah-rendahkan awak

- selalu menghormati awak

- sentiasa menghargai awak walaupun awak tidak sempurna

- tidak akan pernah mencemuh segala kekurangan awak

- sangat berbangga atas kelebihan yang dimiliki oleh awak

- saya sentiasa sedar tanggungjawab dan melaksanakannya demi mencintai awak

- tidak gemar berbalah dengan awak

- saya yang sentiasa berusaha membuang sifat-sifat negatif dalam diri dan menjadi terbaik untuk awak

- tidak lupa mengucapkan terima kasih atas segala pemberian dan layanan


oleh itu saya dgn rasa syukur yang tak terhingga menyatakan awaklah suami terhebat



noktah