Saturday, October 31, 2009

ku bersuara lagi untuk ke sekian kalinya

Arghh.kegelapan di dalam kesuraman.smpi bila..

Friday, July 17, 2009

satu perpisahan




Di sebabkan aku bosan, kije takde (wat2 takde)..hahaha..aku ingin bercerita tentang satu perpisahan yang berlaku di dalam keluarga aku..perpisahan yang amat menyedihkan dan terlalu pilu bila dikenangkan kembali..

Episod 1

Pada tarikh 3 September 2008, aku memerima satu sms dari mak aku.."Balik cepat, doktor kata wan dah takda harapan lagi"...pada mulanya aku tak endahkan sgt sms mak aku,sebabnya kebetulan pada hari tu aku ada training kalau tak silap aku..pada pukul 11.30 selepas habis training tergerak hati aku untuk melihat sekali lagi handphone aku..ada 5 miss called dari mak dan k.long..hati aku dilanda gelisah..tak sempat aku nak call semula k.long aku call .."wan dah tenat..Aku nak balik petang ni.."Aku pada masa tu terkejut..aku ingatkan sms mak aku tu tak serius..Disaksikan oleh belasan mata officemate aku, air mataku tertumpah tanpa aku sedari..Ya allah...Apa yang perlu aku buat?Aku terduduk kaku membisu...Pertanyaan bertalu-talu daripada kawan2 umpama hembusan angin..

Disepanjang perjalanan pulang ke kampung hanya air mata sahaja yang mengiringi perjalanan kami..Tiada gurauan,tiada gelak-tawa,tiada lagi senyuman terukir dibibir kami..Semua kelihatan resah tidak sabar untuk sampai di kampung.

Setibanya di hospital aku terus berlari ke wad dimana wan aku berada..Ya..Allah melihat keadaan ayah aku yang begitu menderita, membuatkan aku menangis untuk kesekian kalinya..
Aku usap rambutnya yang halus.Aku tatap matanya yang sayu.Aku melihat anak matanya yang seakan-akan mengenali diriku..Cuba untuk menyampaikan sesuatu...Seakan-akan menyambut kepulangan kami dengan penuh kesayuan..Aku kucup dahi wan..Tak tertahan rasanya pilu dihati ini..

Bersambung....


Episod 2

4 September (4 Ramadan) aku dikejutkan oleh suara adik aku yang mengatakan wan dalam perjalanan balik dari hospital dan aku tahu keputusan itu dibuat oleh mak aku..Aku masih ingat lagi pada waktu itu paje, en.mus dan abg zali mengangkat wan dengan penuh berhati-hati. Wan diletakkan di dalam bilik tetamu. Pilu hatiku melihat wan yang seolah-olah bagai patung yang tidak bernyawa. Kaku tidak bergerak umpama sudah tahu ajalnya akan tiba...Kurenung sayu ke dalam matanya..ada titisan air mata ditubir matanya..bibirnya terkumat-kamit umpama ingin mengatakan sesuatu..badannya kusentuh,rambutnya kubelai dan tangannya kuusap dgn lembut..tepat pukul 10.35 pagi, wan ku menghembuskan nafasnya yang terakhir..begitu tenang sekali pemergiannya..aku yang pada masa itu hanya berdiri kaku melihat pemergiannya..titisan air mata turun membasahi pipi...semua telah terjadi dan wan telah pergi meninggalkan kami..meninggalkan aku yang masih belum kenal apa itu erti sebuah pengorbanan seorang anak kepada ayahnya..tiada lagi suara wan memarahi aku diwaktu pagi kerana lambat bangun dari tidur..tiada lagi bau rokok tembakau wan yang akan dihisap dikerusi kegemarannya...tiada lagi gelak ketawa wan bila melihat anak-cucunya balik....tiada lagi segala-galanya tentang wan selepas ini..semuanya akan terkubur bersama jasad wan..sedar tidak sedar tiada bunyi tangisan dari adik-beradikku kerana sebaik sahaja wan menghembus nafasnya yang terakhir aku terus keluar dari bilik itu..tak sanggup aku melihat orang yang aku sayang terbujur kaku tidak bernyawa..

11.30 pagi bacaan surah yasin kedengaran diserata sudut rumah kami..orang ramai sudah memenuhi rumah kami untuk memberi penghormatan terakhir buat wan..bibir ini tidak putus2 membaca surah yasin..sebaik saja habis membaca aku akan mencium dahi wan..biarlah apa yang bermain difikiran orang lain kerana aku tahu itulah kali pertama dan kali terakhir ciuman dariku untuk wan...tidak akan ada lagi ciuman selepas ini..

5.00 petang akhirnya jenazah wan aku dibawa ke tapak perkuburan..ketika itu aku hairan kenapa tiada lagi air mata yg mengalir sedangkan itulah kali terakhir aku akan menatap wajah wan. mungkin hati aku sudah boleh menerima yang wan telah pergi meninggalkan aku atau aku masih keliru dgn pemergian wan.ini kerana aku menganggap wan hanya menutup matanya buat seketika..pada petang ramadan ini telah menjadi saksi buat pertama kalinya dlm hidup kami, berbuka puasa tanpa wan.tiada lagi bebelan wan ketika memarahi kami kerana melambat-lambatkan waktu berbuka..dan buat pertama kalinya pada ramadan kali ini semua adik-beradik berkumpul bersama untuk berbuka puasa dan inilah pertama kali aku lihat waktu berbuka yang sunyi tanpa dengar suara berbunyi kerana aku tahu masing-masing sedang cuba untuk menyembunyikan perasaan sedih yang sedang bermain dihati.

kedatangan ramadan pada kali ini umpama menduga aku sebagai seorang islam samada tabah menerima ketentuan dan takdir dari tuhan. hampir setiap malam aku menangis merindukan kehadiran wan..dan hampir setiap malam itu jugalah aku bermimpikan wan..datang seolah-olah mahu aku mengerti yang pemergiannya jgn ditangisi..seolah-olah datang untuk mengkhabarkan yang dia akan sentiasa berada di sisi aku.semenjak pemergian wan persepsi aku terhadap apa itu kematian turut berubah..semua yang kita ada pada hari ini adalah keinginan dunia semata2..tidak ada yang akan kekal..sejauh mana kita melangkah, seluas mana kita mengembara maut akan tetap sentiasa mengikuti rapat dibelakang kita...

kepada ahli keluargaku : mak, k.long, pendi, karim, ipin, paje, imin, ina, idah dan payid..
terima kasih kerana sentiasa bersama-sama menyokong diantara satu sama lain.

kepada en.mus: terima kasih kerana sudi menemaniku setiap malam demi menghilangkan kesedihan dihati ini.

kepada sahabat: hasniza, terima kasih kerana sudi menemani aku hidupku yang selalu mendambakan kasih-sayang seorang sahabat.

kepada rakan-rakan: terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi kata nasihat dan teguran kepada aku.

buat arwah wan yang tersayang: tunggulah kedatangan aku..hanya masa dan waktu yang akan menentukan segalanya..wan, maafkan aku kerana tidak bermaksud untuk melupakanmu tetapi hati ini terlalu sedih untuk mengingatimu. akanku kirimkan doa buatmu di sana agar terus dirahmati Allah s.w.t

petikan dari seorang sahabat

Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia
karena ia mengangkat jiwa
karena kudrat kemanusiaan dan fenomena alam
tidak mengubah ketentuannya
Kelembutan dan keramahtamahan bukanlah tanda-tanda kelemahan dan penyerahan tetapi justru wujud kekuatan dan keberhasilan
Kumiliki hanya bahasa manusia untuk menangkap arti mimpimu, keinginanmu, dan perintahmu Tetapi Tuhan melimpahkan kepada masing-masing kita sebuah jiwa yang memiliki sayap-sayap yang membawa terbang menuju ruang dambaan yang luas: Cinta dan Kebebasan

Betapa pun hampa hati yang pernah luka
Pedihnya mengisi perasaan
Sakitnya membakar jiwa
Luruh bersama kelopak cinta
Adakah peristiwa berulang
Hampa memanjat diri
Menjalar di sanubari
Adakah sakitnya bakal datang
Memamah hati Lalu,
betapapun payah
Lari dari dakapan cinta
Pembawa hampa
Takkan kau hindari
Manisnya di dalam duka

tiada siapa yang tahu

tadi ada sorang member lama call.."wei,mana anak sedara akunya?dah lama kawin pun takda anak lagi"...adoi sakit telinga aku dgr..tak sempat nk terangkan apa2 talian terputus..malas aku nak call semula..habiskan kredit aku yg memang dah tinggal nyawa2 ikan ni..hahaha..aku sebenarnya dah bosannnnn sgt2 dgn pertanyaan yang aku sendiri pun tak tahu dgn jawapannya..napela diaorg ni tak paham2?aku bukan tak nak tapi aku SAKIT...sakit apa?
terlalu panjang kisahnya..tiga hari 2 malam pun belum tentu habis kalau aku citer..cukuplah kalau aku katakan yang aku sakit..ada jugak yang tanya aku naper aku tak bagitau..aku bukan tak nak bagitau tapi aku benci org "simpati" dgn aku..benci + tak suka..sebab bila org simpati aku jadi sedih..jadi sensitif..tak tahu nape..sometime aku rasa seolah-olah org memandang aku umpama satu wabak..oh..tuhan ampunilah dosa2 aku...kekawan semua...maafkan aku kerana tidak dapat menjadi yang terbaik...anggaplah yg aku hanya sekadar menumpang dibumi ini buat sementara waktu...jgn singkirkan aku kerana kelemahanku..tapi bimbinglah aku ke arah satu sinar yang mampu membantu aku menempuhi hidup ini

semalam...

semalam disebabkan kebosanan menunggu en.mus datang amik dari kije, aku dgn selambanya menapak pi megamall..hanya satu je destinasi aku “MBS”..mesti korang tertanya2 apa itu “MBS”?tu nama kedai buku la..hahahah.
sampai je dekat MBS, bahagiaan novel menjadi sasaran aku..banyak betul novel terbaru..geram nak beli..tapi mengenangkan duit dalam beg hanya ada RM50 terpaksa aku membatalkan niat nak membeli novel..hampeh betul..takpelah kalau tak boleh beli pun baca sinopsis kat belakang buku tu pun jadila…sadis giler…sebenarnya aku dari dulu lagi minat baca novel..zaman muda remaja..zaman penuh keriangan..hahah..sekarang ni ntah nape boleh start balik baca novel..mungkin aku sekarang ni lebih banyak berfikir pasal kisah dulu2 kot..hhahahah..tak jugak aku rasa..ntahla aku pun tak pasti..tapi yg pastinya aku akan mulakan sesuatu yang baru..perubahan yang akan mendekatkan aku kepada imaginasi dan fantasi..jgn jadi tak betul sudahla..pepehal semalam sempat lagi aku singgah makan sup daging kedai Pok…sedap giler sup daging kedai Pok..sesape yang datang Kuantan aku cadangkan pi makan kat kedai Pok. Memang best tahap menjilat jari ar..tapi aku makan dgn sudu..hehehe.
semalam aku tetido pukul 10.30pm..terlalu penat untuk berfikir..sedar2 je dah pikul 2.35am..teringat baju tak gosok lagi terus bangun pi gosok baju..sambil gosok baju teringat pada seseorg yang jauh di sana..rindukah aku padanya? memang hati ini rindu..terlalu rindu..adakah dia juga begitu? tapi yg pastinya dia tidak akan mengingati aku seperti aku mengingatinya…apa yg aku melalut ni..hahahah..
kol 3.00am aku cuba tido semula tapi still tidak dapat melelapkan mata..bosan…pls mata tolong ar tido..esok aku kena kije..degil betulla mata ni..sedar tak sedar masa bila boleh terlelap pun aku tak tahu..hahaha..semalam aku bermimpi lagi..bermimpi tentang wan..tersenyum memandang aku dari jauh..oh..rindunya aku padanya..bilakah akan kita berjumpa lagi?aku pun tak pasti…k la sampai disini sajalah coretan aku pada pagi ini..aku nak mulakan kije yg tak habis2 ini..heheh..

bila hati berbicara

terpandang pada bintang, hati terus berbicara..
merungkai seribu kenangan indah diwaktu kita bersama dahulu..
mengolah suka-duka kehidupan dan melakar sejarah itu di sudut hati kita
oh bintang...sungguh aku rindu pada teman-teman seperjuangan
teman-teman yang mengajar aku erti sebuah penghidupan
namun mengapa mereka tidak pernah mengerti,
betapa aku sengsara disini menanti hari2 yang suram,
menanti hidup yang sama tanpa satu kepuasan,
menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba..

terpandang pada bintang,hati terus berbicara...
kenapa aku masih disini,
meratapi duka lama yang seakan-akan berdarah lagi,
tanpa penawar yang dapat merawat kedukaan ini,
tanpa insan yang sudi mengerti kesedihan yang membaluti hatiku,
kejam sangatkah aku ini,
sampai nasibku jadi begini,
terbiar terdampar keseorangan tanpa pergertian daripada insan tersayang

oh..tuhan,
seandainya diizinkan lagi untukku bernafas dimuka bumi ini,
kau tunjukkanlah aku satu jalan,
agar aku betah untuk terus menghadapi kekecewaan ini,
agar aku akur pada ketentuan mu,
agar aku kuat untuk melawan segala kekalutan ini,

namun,
seandainya diizinkan aku tidak berhak lagi untuk terus memandang bintang dilangit,
kau izinkanlah aku untuk bermunajat kepada mu,
melahirkan puji-pujian kepadamu,
meratapi segala kekhilafan diri ini,
merenung kembali dosa-dosa yang telah berlalu,
semoga bila nyawa terpisah dari jasad aku sudah bersedia untuk pulang kepada mu

Wednesday, July 15, 2009

kepenatan

Hari ni penat sgt otak aku.Penat memikirkan karenah-karenah org yang ntah apa2..tension

kehadiran disebalik kebahagiaan

Pertama kali aku menaip perkataan di dalam blog ini, membuatkan aku teruja untuk terus melakarkan kisah hidup aku yang tak seindah khabar tetapi cukup untuk aku meluahkan segala
suka-duka hidupku. Tidak perlu untuk orang lain tersentuh hati atau
untuk bersimpati kepada aku kerana aku benci pada perkataan "simpati".Perkataan itu adalah bagai racun kepada aku. Racun yang akan membuatkan hatiku sentiasa berduka menangisi kesilapan yang lalu.

Semoga dengan kehadiran bingkisan hati ini akan memberi inspirasi kepada mata yang menatap, hati yang menilai dan minda yang berfikir. Manfaatkanlah apa yang boleh difikirkan bagus dan buangkanlah apa yang buruk dari blog ini.