Friday, July 17, 2009

satu perpisahan




Di sebabkan aku bosan, kije takde (wat2 takde)..hahaha..aku ingin bercerita tentang satu perpisahan yang berlaku di dalam keluarga aku..perpisahan yang amat menyedihkan dan terlalu pilu bila dikenangkan kembali..

Episod 1

Pada tarikh 3 September 2008, aku memerima satu sms dari mak aku.."Balik cepat, doktor kata wan dah takda harapan lagi"...pada mulanya aku tak endahkan sgt sms mak aku,sebabnya kebetulan pada hari tu aku ada training kalau tak silap aku..pada pukul 11.30 selepas habis training tergerak hati aku untuk melihat sekali lagi handphone aku..ada 5 miss called dari mak dan k.long..hati aku dilanda gelisah..tak sempat aku nak call semula k.long aku call .."wan dah tenat..Aku nak balik petang ni.."Aku pada masa tu terkejut..aku ingatkan sms mak aku tu tak serius..Disaksikan oleh belasan mata officemate aku, air mataku tertumpah tanpa aku sedari..Ya allah...Apa yang perlu aku buat?Aku terduduk kaku membisu...Pertanyaan bertalu-talu daripada kawan2 umpama hembusan angin..

Disepanjang perjalanan pulang ke kampung hanya air mata sahaja yang mengiringi perjalanan kami..Tiada gurauan,tiada gelak-tawa,tiada lagi senyuman terukir dibibir kami..Semua kelihatan resah tidak sabar untuk sampai di kampung.

Setibanya di hospital aku terus berlari ke wad dimana wan aku berada..Ya..Allah melihat keadaan ayah aku yang begitu menderita, membuatkan aku menangis untuk kesekian kalinya..
Aku usap rambutnya yang halus.Aku tatap matanya yang sayu.Aku melihat anak matanya yang seakan-akan mengenali diriku..Cuba untuk menyampaikan sesuatu...Seakan-akan menyambut kepulangan kami dengan penuh kesayuan..Aku kucup dahi wan..Tak tertahan rasanya pilu dihati ini..

Bersambung....


Episod 2

4 September (4 Ramadan) aku dikejutkan oleh suara adik aku yang mengatakan wan dalam perjalanan balik dari hospital dan aku tahu keputusan itu dibuat oleh mak aku..Aku masih ingat lagi pada waktu itu paje, en.mus dan abg zali mengangkat wan dengan penuh berhati-hati. Wan diletakkan di dalam bilik tetamu. Pilu hatiku melihat wan yang seolah-olah bagai patung yang tidak bernyawa. Kaku tidak bergerak umpama sudah tahu ajalnya akan tiba...Kurenung sayu ke dalam matanya..ada titisan air mata ditubir matanya..bibirnya terkumat-kamit umpama ingin mengatakan sesuatu..badannya kusentuh,rambutnya kubelai dan tangannya kuusap dgn lembut..tepat pukul 10.35 pagi, wan ku menghembuskan nafasnya yang terakhir..begitu tenang sekali pemergiannya..aku yang pada masa itu hanya berdiri kaku melihat pemergiannya..titisan air mata turun membasahi pipi...semua telah terjadi dan wan telah pergi meninggalkan kami..meninggalkan aku yang masih belum kenal apa itu erti sebuah pengorbanan seorang anak kepada ayahnya..tiada lagi suara wan memarahi aku diwaktu pagi kerana lambat bangun dari tidur..tiada lagi bau rokok tembakau wan yang akan dihisap dikerusi kegemarannya...tiada lagi gelak ketawa wan bila melihat anak-cucunya balik....tiada lagi segala-galanya tentang wan selepas ini..semuanya akan terkubur bersama jasad wan..sedar tidak sedar tiada bunyi tangisan dari adik-beradikku kerana sebaik sahaja wan menghembus nafasnya yang terakhir aku terus keluar dari bilik itu..tak sanggup aku melihat orang yang aku sayang terbujur kaku tidak bernyawa..

11.30 pagi bacaan surah yasin kedengaran diserata sudut rumah kami..orang ramai sudah memenuhi rumah kami untuk memberi penghormatan terakhir buat wan..bibir ini tidak putus2 membaca surah yasin..sebaik saja habis membaca aku akan mencium dahi wan..biarlah apa yang bermain difikiran orang lain kerana aku tahu itulah kali pertama dan kali terakhir ciuman dariku untuk wan...tidak akan ada lagi ciuman selepas ini..

5.00 petang akhirnya jenazah wan aku dibawa ke tapak perkuburan..ketika itu aku hairan kenapa tiada lagi air mata yg mengalir sedangkan itulah kali terakhir aku akan menatap wajah wan. mungkin hati aku sudah boleh menerima yang wan telah pergi meninggalkan aku atau aku masih keliru dgn pemergian wan.ini kerana aku menganggap wan hanya menutup matanya buat seketika..pada petang ramadan ini telah menjadi saksi buat pertama kalinya dlm hidup kami, berbuka puasa tanpa wan.tiada lagi bebelan wan ketika memarahi kami kerana melambat-lambatkan waktu berbuka..dan buat pertama kalinya pada ramadan kali ini semua adik-beradik berkumpul bersama untuk berbuka puasa dan inilah pertama kali aku lihat waktu berbuka yang sunyi tanpa dengar suara berbunyi kerana aku tahu masing-masing sedang cuba untuk menyembunyikan perasaan sedih yang sedang bermain dihati.

kedatangan ramadan pada kali ini umpama menduga aku sebagai seorang islam samada tabah menerima ketentuan dan takdir dari tuhan. hampir setiap malam aku menangis merindukan kehadiran wan..dan hampir setiap malam itu jugalah aku bermimpikan wan..datang seolah-olah mahu aku mengerti yang pemergiannya jgn ditangisi..seolah-olah datang untuk mengkhabarkan yang dia akan sentiasa berada di sisi aku.semenjak pemergian wan persepsi aku terhadap apa itu kematian turut berubah..semua yang kita ada pada hari ini adalah keinginan dunia semata2..tidak ada yang akan kekal..sejauh mana kita melangkah, seluas mana kita mengembara maut akan tetap sentiasa mengikuti rapat dibelakang kita...

kepada ahli keluargaku : mak, k.long, pendi, karim, ipin, paje, imin, ina, idah dan payid..
terima kasih kerana sentiasa bersama-sama menyokong diantara satu sama lain.

kepada en.mus: terima kasih kerana sudi menemaniku setiap malam demi menghilangkan kesedihan dihati ini.

kepada sahabat: hasniza, terima kasih kerana sudi menemani aku hidupku yang selalu mendambakan kasih-sayang seorang sahabat.

kepada rakan-rakan: terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi kata nasihat dan teguran kepada aku.

buat arwah wan yang tersayang: tunggulah kedatangan aku..hanya masa dan waktu yang akan menentukan segalanya..wan, maafkan aku kerana tidak bermaksud untuk melupakanmu tetapi hati ini terlalu sedih untuk mengingatimu. akanku kirimkan doa buatmu di sana agar terus dirahmati Allah s.w.t

1 comment:

  1. al fatihah..
    kau kehilangan wan..
    aku kehilangan kawan..
    semoga mereka di kalangan orang2 yg beriman..

    selamat datang ke dunia blog..

    ReplyDelete