Saturday, December 31, 2011

saya sayang awak sampai mati

semalam memang ada citer hindustan..tu yang aku rasa...aku tak mampu nak tulis apa2 kat sini tentang citer tu sebab bila aku pikir nak tulis,air mata ni menitis tanpa di pinta..

cuma apa yang aku nak cakap...:

en musfani mohamad...saya sayang awak sampai mati....awak adalah yang terbaik buat saya....
oh ya..dan terima kasih untuk kasih sayang awak dan lobster besar dua ekor yang dimasak tiga rasa tu..

memang sedap...



i love you n miss you..

noktah

Thursday, December 29, 2011

malas

malas nak tulis blog...malas nak tulis blog....sama malas nak buat kije ....
sampai takde mood nak kije pastu malas nak pikir lebih2..

ok..esok nak amik cuti lagi..sebab malas nak pi kije...

bukan semangat dah down tapi malas nak berfikir..letih...


noktah

Sunday, December 11, 2011

pashimina oh pashimina...

secara jujur aku sekarang tgh obses dengan pashimina..kira punya kira, aku dah ada lebih daripada 25 helai pashimina..giler.....ada yang orang bagi, ada yang beli sendiri dan ada yang cik mus belikan...

so, sesape yang di luar sana rasa nak belikan pashimina untuk aku silakan...silakan...hehehhe


(tengah cari tips colour blocking)

noktah

Thursday, December 8, 2011

mahu bahagia...

bila kehidupan akan kembali normal?..hidup ini sangat penat..perlukan keruangan di dalam hidup walau kesempitan terlalu memaksa sehingga perasaan bersalah sentiasa menguasai hati..

kadang2 aku mahu bahagia ini berterusan..tapi makin aku pikir hati jadi makin sakit...sakit sehingga aku benci pada keadaan sekarang...


sigh...


noktah

Friday, November 25, 2011

janji

"awak dengar sini, saya sayangkan awak..so, please, jangan fikir yang bukan2..saya tetap sayangkan awak"

sigh...






macam mimpikan?


noktah

Monday, November 21, 2011

bukan mudah

aku bukannya bagus sgt...kalau aku kata tolong jangan buat perangai nanti orang kata aku ni pandai2 pulak..
by da way aku kena faham,manusia macam2 ragam..bukan semua boleh adapt dengan enviroment..tapi kalau boleh cuba untuk memahami keadaan sebelum nak melihat sesuatu benda tu ke arah yang negatif..

sometime aku rasa kasihan pada org di sekeliling..come la..jgn tunjuk sgt diri kita ni lemah...jangan tunjuk sgt diri kita ni ada keburukan..nanti senang padangan yang tak berapa nak cantik dtg menempel..

satu lagi ada org bertanya mcm mana nak menjaga hal rumah tangga..adoyai..aku bukan pakar motivasi..sebab akukan "jahat"..tapi apa yang boleh aku katakan:

jangan suka membebel...lelaki tak suka perempuan membebel..

jangan tunjuk muka masam depan org lelaki...

jangan cakap meninggikan suara...

dan

jangan menyumpah seranah (ni yang paling penting)...gilo apa sumpah seranah kat laki sendiri..

samada korang nak terima atau tak apa yang aku tulis ni, terpulang...aku tak paksa...



noktah

Friday, November 11, 2011

arms



my soul

rahsia

let say,hari ni terbongkar satu rahsia..serius aku rasa tertipu selama ini..

atau aku memang selalu tertipu..idiot wani..

by da way thanks to technology..melalui technologi aku tahu aku sudah tertipu hidup2 selama ini..

pereka cerita itu terlalu bodoh untuk menipu aku..

nasib baik aku dah ambil langkah awal..


stop it..aku memang dah letih..

kesian pada org disekeliling dia..tertipu sampai mati...


damn you...


noktah

Tuesday, November 1, 2011

buat kamu di luar sana yang baca blog aku..

oklah pertama kali aku nak terangkan apa yg aku tulis kat blog ni takde kaitan dgn org lain..selalunya aku menulis berdasarkan pengalaman aku dan kawan2 yang bercerita dan aku akan garapkan dalam blog ni...kadang2 aku tulis berdasarkan keadaan sekeliling..dan tolong jgn perasan aku menulis tentang org yang aku rasa tak berbaloi untuk aku tulis...

kedua..kalau aku bercerita pasal kerja,tolong jgn perasan untuk kali kedua yang aku bercerita pasal hal peribadi..aku bercerita tentang keadaan tempat kerja aku...kat tempat kerja bukan ada seorang tapi ramai..diterangkan sekali lagi "ramai"..sigh..

ketiga samada aku bahagia atau tidak tu terpulang pada aku..siapa org diluar sana yang nak kata hidup aku bahagia atau tidak..aku dah tak mahu ingat perkara yang lepas..aku tak mahu kenang perkara2 yang aku wat salah sebab aku dah insaf..dan tolong jgn duk cakap "aku kesian kat kau"..sebab tolong kesian dekat diri sendiri dahulu...tgk diri sendiri sebelum nak menuduh pada org lain...hebat sgt ke diri-sendiri sampai org yang rapat buat sesuatu yang tak sepatutnya...cuba duduk bertenang dan fikir dalam2..iya aku mungkin jahil agama..tapi aku tak jahil dalam menghargai org lain..dan tolong hargai apa yang ada di depan mata...TGK dan NILAI...plus hargai..aku bukan nak mengajar sebab aku jahil..org jahil tak layak nak mengajar..aku cuma nak memberitahu..

enough is enough..tahap kesabaran aku ada batasnya...seperti yang aku kata sebelum ini aku dah tak nak amik tahu dan tak mahu tahu sebesar bijik sawi pun pasal kamu dan kamu...aku dah buang jauh2 sebab aku sudah naik letih dgn drama2 yang tak tahu mana satu betul...

dan jangan risau aku dah buang semua itu..seperti yg aku janji sebelum ini...dan terpulang pada kamu sekarang untuk menentukan setakat mana sakit kamu kerana kamu memang takkan pernah mengerti sampai mati apa itu kesalahan diri-sendiri.sejarah dulu patut mengajar kamu jadi lebih matang bukan hanya untuk menunding pada jari pada org lain.kamu patut tahu yang satu itu...maafkan aku..aku bukan cuba untuk menegakkan benang yang basah tetapi aku letih bila aku dah kata aku tak mahu amik tahu tapi org masih sibuk nak amik tahu...sebab aku tahu kesalahan aku sampai mati pun takkan terpadam..



noktah..

Tuesday, October 18, 2011

untuk kamu tahu

aku berat hati sebab aku sayang..

bukan sebab aku benci...

aku mahu pergi sebab aku mahu kamu bahagia

bukan mahu menyisih..

noktah

Wednesday, October 12, 2011

aku butuh waktu

sebenarnya aku cuba untuk bertahan..

bertahan selagi mampu aku bertahan..

aku bukan ego tapi aku terpaksa...

putaran tu aku tak pasti dah berapa kali berputar..

alih2 tetap ditempat yang sama...

aku memang tidak pernah berharap..

apatah lagi positif untuk ke arah itu..

aku hanya mahu hidup gembira..itu sahaja yg aku mahu..

tuhan...

aku mohon pada kamu...tolong jadikan aku seperti manusia normal

yang mahu hidup hanya untuk dia ...

hanya untuk dia,dia,dan dia...


tuhan....


aku mohon dengan ikhlas tuhan...

tolong aku keluar dari kesakitan ini...



noktah

Friday, September 30, 2011

gloomy

bagaimana dan caranya...?

itu je sekarang ini yg bermain di fikiran..

noktah

Saturday, September 24, 2011

mekasih incik toilet

cirit-birit semalam buat aku rasa sekeping macam kertas...

tu la makan tak ingat org belakang,depan,tepi dan atas..

ok toilet terima kasih sebab anda wujud dalam dunia ini..


noktah

Thursday, September 22, 2011

peluang kedua

kadang2 aku rasa sgt penat dgn kehidupan ini..

aku dulu suka bangun pi kerja,pastu sampai kat ofis boleh duk gelak2

sambil kutuk sesape yg aku suka..

tapi sekarang aku rasa hambar..

kumpulan itu sudah tiada bagusnya lagi..

tiada yang manisnya lagi..

semua mcm kusam..

kadang2 aku bangun pagi , mood nak pi kerja dah takde..

tapi aku sayang tempat kerja aku...

bukan senang kita nak dpt kerja dgn suasana yang sebegitu..

tidak terkonkong dgn protokol2 hidup yg mengarut..

janji kerja siap..

tapi kenapa sejak dua menjak ni aku rasa mood itu sudah tiada..

ya tuhan...

aku perlu pada perubahan supaya aku masih lagi mahu berada di situ..

aku tidak pentingkan duit..

bagi aku duit adalah nafsu..

tapi kegembiraan itu adalah kunci kehidupan..

wani jgn putus asa...buat yg terbaik..

sudah ada peluang kedua harus hargai sampai mati..


noktah

Wednesday, September 14, 2011

bie-chan,arigato...

hari aku lebih lega...

lega kerana ada bie-chan yg menasihati aku supaya aku tidak rasa rugi apa2

terima kasih bie-chan...

kamu memang penasihat yg bagus..


noktah

Tuesday, September 13, 2011

aku mahu kamu tahu yg ia sgt2 sakit..

sebelum ini aku rasa sgt2 sakit tapi pada siapa perlu aku bercerita..
kerana sakit ini aku sendiri yang cari dan aku sendiri yang kena tanggung...
aku tahu kamu tahu aku sakit..
aku rasalah...atau aku anggap kamu tahu
kamu memang baik...
kamu tak tahu yang aku tahu kamu menipu...
kamu berusaha melindungi aku...
kamu tetap takkan berubah kerana kamu tetap sama...
terima kasih kamu yang telah menyelamatkan aku..
demi allah aku berjanji...
aku cuba untuk melawan kesakitan ini...
tapi untuk melawan segala rasa yang ada,aku butuh waktu...

dan hari ini..sakit itu telah berkurangan..
kerana aku sudah boleh berpijak di dunia yg nyata..
aku lebih suka sekarang ini...
sekarang yang tak perlu aku ingat kepada kamu...
yang menyakiti aku..

dan kamu masih berhutang maaf dgnku...


noktah

Thursday, September 8, 2011

kamu memang bodoh

wani,

berenti buat sesuatu yg bodoh sampai melukakan hati org lain...

noktah

Sunday, August 21, 2011

buat pa yang tersayang

pa,

tolong kuat...kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat pa...tolong lawan kesakitan itu ...tolong kuatkan semangat demi ma..

pa,

kami tahu hidup mati semua tu ditangan tuhan...dan kami tahu pa masih mahu lagi bersama kami..dan kami tahu pa masih mahu terus bernafas dan mahu tersenyum pada kami...dan kami tahu pa tak mintak semua ini berlaku...

pa,

percayalah setiap pada ketentuan tuhan ada hikmahnya...


buat pa (bapak mentuaku) yang sekarang ni berada di wad ICU Kuala Terengganu semoga tabah menghadapi kesakitan itu...

tuhan,

lindungilah pa yang tersayang...

noktah

Wednesday, August 10, 2011

2 org ngok ngek

ada dua org ngok ngek hari ni..

pertama:
bila dah jadi exempt staff dia budget boleh marah2 org sesuka hati dia je...
dah lah org tolong dia..ucap terima kasih pun tidak...memang ngok ngek

kedua:
org yang berlagak sebab dia terlebih senior, kemudian boleh merendah-rendahkan kemampuan org lain sedangkan org tu memang layak untuk mendapat apa yg dia patut dapat...ni sorang lagi ngok ngek tak habis2..

noktah

Friday, August 5, 2011

kurus vs sakit?

57...57?apa ada dgn 57...sebenarnya 57 adalah angka timbangan pada alat penimbang di rumah...57 kg..senang cerita..giler baru lima hari puasa dah turun 1 kg..ok jgn panik..permulaan kita puasa, benda yang akan hilang dahulu ialah air..jadi kalau kita pi exercise pun sama jugak..air di dalam badan kita akan berkurangan dahulu..mungkin 1,2 @ 3 kg akan turun..dan bukan lemak..diingatkan sekali lagi..bukan lemak.sebab tu jgn mudah terpengaruh dengan iklan2 dan testimoni yang mengatakan boleh kurus beberapa kg dalam beberapa minggu..semua tu disebabkan oleh kekurangan air dlm badan..tapi tak boleh nak kata jugak sebab ada sorang kat tempat kerja aku dia maik herbalife..walawei...memang kurus badan dia..aku kagum dgn semangat dia yg berusaha untuk kurus..dan dia adalah lelaki..lelaki!bukan perempuan...syabas...

ramadhan yang kelima..sigh...ramai org cakap aku macam org sakit..terlalu kurus..kena makan banyak sikit..tolong tambah berat badan..tangan kau dah macam tengkorak hidup..blah..blah..
ok..thanks untuk nasihat itu semua..terima kasih...arigato...
sebenarnya org tak tahu aku punya la nak maintain kurus macam ni...org tak tahu dulu (mungkin ada yg tahu) berat badan aku 75 kg..dijelaskan sekali lagi 75 kg! sgt2 sakit bila badan kita berisi...baju kena beli baru..seluar kena beli baru...sometime org tanya "wah..berisinya..mengandung ke?" bab berisi tu tak kisah sgt tapi bab mengandung tu...kan bagus kalau pregnant betul...(masa tu memang dah start leleh..bahu en.mus jugak yg jadi tempat pinjam untuk kesat hingus hijau ni)..

tapi sekarang alhamdullilah bila dah kurus just maintain jela..tapi sekarang bila kena homeroid hari tu, semua makanan faveret kena pantang...sigh..baru terasa nikmat tuhan ditarik sikit demi sedikit...dulu lepas operation dah banyak benda pantang....pi yoga ada dua tiga benda kena pantang...bila kena homeroid makin bertambah benda kena pantang...sedih?sekarang ni dah ok...dulu ya sedih...kadang2 bila kena banyak pantang, buat kita rasa "aku hidup di dunia ni macam patung je rasa..ni tak boleh makan..tu tak boleh makan..."
tapi demi kebaikan kena ikut juga..

tips yg berguna untuk kesihatan (amalan yang diamalkan sekarang ini):
-kalau boleh elakkan minum air tebu,air kelapa dan ais..(untuk mengelakkan sakit urat dan sendi)
-elakkan minum air selepas makan.minum selepas 1/2 jam atau sejam lepas makan..(mengelak dari perut buncit,rasa sebu,rasa kenyang dan awet muda)
-makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang...(amalan nabi)
-makan kerap tapi dengan kuantiti sedikit..jgn skip breakfast,lunch dan dinner(makan sebelum 8 malam)
-kalau rajin@ada duit lebih guna beras herbaponni yang faiza punya tu..beras ni bagus untuk org yg cuba untuk turunkan berat badan..sebab beras ni kurang kanji...tapi kalau org yg dah biasa makan beras siam terutamanya mesti rasa beras ni macam hampeh..
-nak lagi bagus exercise setiap hari..amik 30 minit atau sejam..buat kardio lagi bagus..cycling dan berlari..

semua ni perlu disiplin yg kuat..bukan senang untuk kurus..
kalau dikira2 dari 75 kg nak turun 65 kg (firs stage: control makan dan banyakkan berjalan dgn begitu gigih) ambil masa setengah tahun..
dari 65 nak turun 58kg (sebelum puasa):control makan dan exercise tak berhenti2..
juga amik masa setengah tahun..
setakat ni takde lagilah aku amik pil kurus,pil diet dan seangkatan dengannya..bukan tak percaya tapi arahan dari suami perlu di ikuti...
"awak nak kurus control makan dan exercise..jgn makan ubat kurus"

ok..fine ..saya ikut..dan hasilnya adalah seperti sekarang...kurus tetapi org kata aku sakit...
terima kasih pada en.mus kerana anda adalah pembakar semangat sy yg no satu..tiap2 hari awak pi gym buat saya cemburu dgn gaya persembahan anda di depan cermin setiap kali balik dari gym..kedua terima kasih pada k.long kerana selalu amik saya untuk pi yoga waktu jg penanam anggur yg terhormat dulu...


begitulah sedikit sebanyak tips dari aku...cubalah yg terbaik dan insyaallah ada kesannya...

nota kaki:en.mus sekarang ni tgh bengang sebab berat badan dia dah menurun..hahahaha...yg sorang ni pelik sikit..org nak kurus da nak naikkan lagi..


noktah

Monday, August 1, 2011

ramadhan

ramadhan paling sedih tiga tahun lepas..wan pergi buat selama-lamanya..

ramadhan kali ini harus diteruskan walau hati masih terguris pilu..

selamat menyambut ramadhan al-mubarak

noktah

Friday, July 29, 2011

aku bosan 2

sigh...orang lelaki memang pelik...iya ke?

sambungan dari aku bosan....

noktah
awak,

terima kasih di atas sokongan dan nasihat awak..air mata saya yang bergenang di tubir mata tadi
hanya awak je yang menjadi saksi...betul kata awak..hidup hanya sekali...berfikirlah secara positif
walaupun awak tahu hati saya berfikir secara negatif...mekasih awak..esok lusa tolong nasihat saya lagi..
saya mohon semoga awak akan sentiasa di sisi untuk mendengar dan memberi nasihat...


noktah

Wednesday, July 27, 2011

aku bosan

satu...aku malas nak amik tahu

dua...lantak engkaulah

tiga...jgn tanya apa2

empat...baiklah..kamu semua boleh blah

akhir....anggap aku tak wujud


noktah

Friday, July 22, 2011

arigato gozaimas..

Ucapan arigato gozaimas ini ditujukan buat penyumbang utama Musfani-san Binti Mohamad-san dan Wan-san Faridahana-san binti Wan-san Husin-san diatas kebaikan anda berdua kerana dengan paksa rela memenuhi kehendak isteri tercantik (OMG!tolonglah aku tak boleh blah dgn budak sorang ni) dan kakak tercinta (uwek) melalui pembelian Sony Walkman.Dengan pembelian ini saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja2 di ofis disamping menghindarkan diri dari mendengar ayat2,sumpah-seranah,lawak bodoh dan seangkatan dengannya semasa diwaktu kerja...

kahkahkahkah...dengan ini saya dapat memfokuskan diri sambil menyumbangkan suara untuk pendengaran pekerja2 lain sambil termuntah2 kerana mendengar ke"hebakkan" suara jantan saya...

sekali lagi arigato gozaimas..

(cerita sebenar:dalam hati punyalah aku nak Ipod shuffle tapi melihat mulut en.mus macam nak cakap "kita beli lain kali jela" membuatkan aku meyepak kaki bed bed sebagai isyarat..cis...bed2 tidak ada inisiatif untuk membantu..~aku ugut bed2 "kalu mung taknak sokong aku,jgn harap aku nak belanja makan steamboat"..ugutan ini telah berjaya membuat bed2 menyokong aku tetapi melihat pada dompet en.mus yang menipis membuatkan aku menukar rancangan mengambil Sony Walkman..nasib baik bed bed jadi tukang top-up...takpelah incik Ipod shuffle..ada rezeki kita jumpa lagi ya..sob sob)

noktah

Sunday, July 17, 2011

awak yang sibuk kerja 24jam

awak,

tolong balik cepat sikit..sebab saya rindu kat awak..


noktah

Saturday, July 16, 2011

reconcile

bila nak abis reconcile ni..aku dah pening + sakit mata...

Thursday, July 14, 2011

bye adik yid

selama ni aku tak perasan sgt2..tapi semenjak arwah wan takde baru aku tahu aku seorang yg suka menangis terutamanya melibatkan hal2 keluarga dan org yang aku syg..

pertama,kalau kena marah dgn mak aku mesti menangis...suara sebak dan airmata mula menitis...
kedua, kalau aku bertikam lidah dgn adik-beradik,aku mesti menangis..(diaorang bukan tau)
ketiga, kalau aku terasa hati dgn adik-beradik mesti aku menangis..(yang ni diaorang tak tau jugak)
keempat, kalau en.mus naikkan suara sedikit,aku mesti menangis..(padahal kadang2 aku tak dengar kalau dia bercakap..dia cakap kuat...so aku budget dia marah aku)
kelima, kalau kena marah dgn boss,yg ni pun aku menangis jugak...


tadi aku menangis lagi...adik yid dah tak stay kat kuantan...dia mai hantar barang yg dia packing untuk aku bawak pulang time raya nanti...dia cium tangan aku pastu kata "see u next time"
masa tu aku rasa macam nak bagi penyepak je kat muka adik yid..aku dah mood sedih..dia boleh wat lawak mcm tu...sebenarnya boleh je jumpa bila balik kampung nanti..tapi dah memang jenis jiwa kacau + sensitif macam aku ni,kerjaannya asyik nak menangis je..kalau ikutkan aku nak je peluk adik yid tadi...tapi kan dikatakan gila pulak aku ni..last2 aku tgk adik yid sampai bayang kereta tu hilang daripada mata aku...
masa nilah aku perlukan someone untuk aku pinjam bahu sambil mulut muncung2 mengomel yang aku ni kakak tak guna..tak boleh nak tolong adik sendiri...tapi nak pinjam bahu sape?bahu en.mus dah terang2 memang dia pi gym..kol 10 baru balik..takkan aku nak ketuk pintu rumah jiran sebelah pastu sambil berkata
"k.tini,saya nak pinjam bahu k.tini jap..saya nak menangis.."gila ke apa...last2 aku guna bahu sendiri jugak..

buat adik yid...cubalah yang terbaik..aku tahu aku tak berada ditempat mung..jadi aku tak boleh nak baca apa yang mung rasa..tapi yang pasti aku akan tetap sokong apa saja keputusan mung selagi ia relevan..
semoga adik yid tabah menghadapi dugaan hidup..sayang adik yid..

noktah

Sunday, July 10, 2011

hidup

mulakan hidup baru pada esok hari sebelum waktu senja menjemput pulang..
fajar yang menyising lebih indah akan menanti dengan penuh kebahagiaan..
bukakan matamu memandang pada pepayung langit sebelum menutup mata
nafas takkan terhenti walau hanya untuk rindu..

tabahkan hati teguhkan jiwa untuk menjadi seorang musafir..
bukan mudah untuk melangkah tetapi bukan susah untuk berhenti..
teruskan hidup tanpa erti putus asa..


noktah

Thursday, July 7, 2011

sakit

hidup ini perlu sakit..kalau tak sakit bukan namanya hidup..
paling best bila hati disakiti..sakitnya meresap ke dalam jiwa..

ya betul...sekarang ni aku sakit hati..sakit hati dgn diri sendiri
yang tak sedar2 lagi yg cinta itu sakit..


noktah

Tuesday, July 5, 2011

kamu..

kamu yang disitu,
aku mahu hidup tanpa harapan palsu,
tapi aku akur yang aku sentiasa mengharapkanmu,
makin jauh aku berlari makin dekat bayanganmu datang mengejar..
makin dalam aku menyelam makin terang cahaya cinta..

aku hanya mahu sedikit pedoman,
untuk meniti hari supaya aku sedar kebahagiaan itu hanya sementara..
bukan sekadar suatu kisah kenangan manis untuk tatapan dihari muka...
bukan sekadar suatu persinggahan untuk melepas duka..

kamu yang disitu,
tahu bukan obsesi aku semakin hebat..
semakin menggila sehingga aku rasa penat seakan mahu tergolek rebah menyembah bumi
seperti putus nafasku tanpa oksigen dari dedaun hijau
dan buat seketika aku akur pada kehendak takdir yang aku seakan2 tewas,
terbujur kaku mati tergeletak dihujung kaki langit..

kamu yang disitu,
aku mohon maaf seandainya dipengakhiran ini aku hanya mampu melihat
tetapi tidak mampu berkata2..kerana aku sekarang hanya mahu duduk termenung
memandang sepi kearah wajah indahmu...



noktah

Monday, July 4, 2011

temani aku

peluk daku seumur hidupmu,
selami hatiku diwaktu resahku,
damaikan aku dari linangan airmata senduku,
kupohon kamu sentiasa di sisi,
menemani aku disegenap helaian nafasku,
kerana ku mahu percaya yang sememangnya
kamu tercipta buatku..


7 kali yang indah dan 7 kali yang teristimewa..


noktah

Sunday, July 3, 2011

miss u a lot

sangat2 sakit bila kita berada didalam kurungan perkataan "rindu"..
bukan senang untuk kita buang perasaan rindu...bukan mudah untuk kita liquid dengan papermate perkataan "rindu" didalam hati dan fikiran kita..

kadang2 kan bagus kita boleh lupa ingatan tentang orang yang kita rindu..amik duster white board n then erase semua ingatan tentang orang tu dengan sekelip mata..walah!dah hilang rasa rindu..

sigh...tolonglah jauhkan rasa rindu ni...sakit sampai ke tulang belikat rasanya..



noktah

Saturday, July 2, 2011

stupid questions?

bila kita jumpa orang yang kita buat kita rasa

"wah..comelnya gelagat dia"

kita rasa happy...nak2 orang tu memang hampir2 perfect...

kelakar,ada rupa,penyayang,suka tersenyum pastu nakal..

adusss...rasa macam

"wah bestnya kalau dapat jadi macam dia"

tapi ada ke orang nak jadi macam kita?

orang yang jalan macam lelaki (aku la tu)

orang yang tak tahu berfesyen (aku la tu)

orang yang takde bakat -suara macam guruh (aku la tu)

orang yang rasa "ok dia memang lagii bagus pada aku...aku?" (aku la tu)


sebenarnya sesiapa pun diri kita, bentuk macam mana pun kita, hodoh ke kita, cantik ke kita,

kita takkan mampu diubah untuk menjadi orang lain..

dulu2 aku selalu bertanya pada mak

"nape orang tinggi?tak best ar tinggi..kena beratur mesti duk belakang"

padahal sekarang ni,bila pikir2 balik

"alhamdullilah aku tinggi sebab tak payah nak beli high heel (macam aku reti pakai) sebab dah tinggi"

macam tu juga kalau kita rendah...

rendah melambatkan "pandangan" orang dari mengatakan kita nampak tua..(aku rasa la)


so, wani jadi seorang yang bersyukur..jangan asyik bertanya soalan2 bodoh seperti:

"nape aku masih tak matang2 lagi?"

"nape aku masih suka komik?"

"nape aku jalan macam tu?"

"nape aku tak serupa perempuan lain?"

stop...!jangan tanya soalan2 macam tu yang boleh buat anda rasa anda tak sempurna sebagai seorang manusia..

bukan senang untuk menjadi seorang manusia sebenarnya..

kita semua istimewa dan unik...setiap yang berbeza itu adalah suatu kelebihan..

tak kiralah comel ke, tak comel ke,cantik ke, tak cantik ke, yang penting kita happy..dan nikmati hidup ini
sebaik mungkin..



noktah

rehat

hanya perlu untuk berehat...

dari segala keresahan ...


noktah

Thursday, June 30, 2011

esok P.I

tak boleh nak imagine esok P.I..kerjanya check barang,kira barang,kehulu-kehilir,kesana-kemari dgn adanya hemoroid kat bawah..

rasa macam nak amik walkie-talkie baling pada bos kecik sebab buat P.I..(ok sebenarnya bos kecik takde kaitan dgn hemoroid aku)...aku saja nak lepas geram pada bos kecik yang boleh awal2 lagi gelak2 kat aku..

jaga la kamu..aku pedajal kamu masa P.I esok..

nasib baik buat P.I dengan kilat...at least aku boleh rest seminit dua..

sabtu kena pi kerja..buat O.T..harap2 ahad tak payah datang...


noktah

Wednesday, June 29, 2011

aku terduga

sakarang aku dah faham perasaan en.nohara, ayah shin chan bila homeroid dia dtg menyerang..memang sakit...sgt2 sakit sampai nak menangis..
asyik terbaring je buat aku jadi lesu..aku benci sakit walaupun sakit tu penghapus dosa..
tuhan...mintak sgt2 tolong jauhkan sakit itu dari aku..
aku betul2 terduga kali ini..
doktor cakap
"awak ni muda2 dah kena homeroid"
aku hanya mampu tersenyum..aku pun bukan mintak semua ni...
dah nak jadi..nak buat macam mana..
masalah betul ar usus aku ni..

aku tak boleh kalah dan stress..aku kena kuat..
sigh....

sesape pernah kena homeroid mesti faham perasaan aku..


noktah

Sunday, June 26, 2011

sepatutnya masa ni semua kerja dah beres...

gosok uniform unutk seminggu...(6 pasang)
gosok tudung untuk 5 hari...(5 helai)
stokin letak kat atas sofa siap2 (10 pasang)
dah siap2 kemas rumah
dah siap pakai benda tepek2 kat muka
dah boleh bergolek2 atas katil sambil peluk2 bantal
dah boleh tutup mata tenangkan minda dan fikiran


tapi...
semenjak en.mus pi kenyir aku jadi malas..

sebab aku rindu pada dia..
aku jadi tak guna semenjak ketiadaan dia..
tolong awak balik cepat...
nak manja2,
nak ketawa kuat2
sambil berdansa lagu zoobi

sigh.....cepatlah isnin petang...


noktah

bahasa cinta

kononnya manusia di atas muka bumi ini adalah pencinta paling setia..
melafaz janji seumpama dia itu seagung shakespear...

sedangkan hidup hanya berlandaskan janji2 yang kabur
dusta itu bukan sesuatu untuk cinta tetapi untuk pendusta seperti kamu..

bodoh semua disana yg buta menilai harga sebuah cinta...



noktah

Wednesday, June 22, 2011

khabar

sorry...sorry...sorry...dah lama tahap dewa tak menulis blog...actually kemudahan teknologi ditarik buat sementara waktu..thanks god, everything going back to normal..
terlalu banyak blog tak dibaca...terlalu banyak berita yg tak diterokai..dan terlalu banyak video yang tak dapat dilihat...kalau boleh nak amik cuti esok hari nak menghadap internet 24 hours...on..indahnya dunia...ketika internet dapat digunakan..

k sekarang doakan semoga aku mampu untuk menahan ketar di tangan dan getaran di otak untuk membaca info2 yang terkini..

wani..ganbate...


noktah

Thursday, May 26, 2011

aku yg wujud sebagai org gila

dan serius 26 may 2011 aku dah buat perkara paling gila...biar aku je yg tahu..memang org akan kata aku gile...biarlah tapi kegilaan aku buat aku bahagia..kamu pula rasa bagaimana?


noktah

Monday, May 23, 2011

cara di hujung minggu...

perkara best di waktu hujung minggu ialah:

singgah kat juice station - order avacado untuk si dia dan rock melon untuk saya
pi beli xxl ayam crispy dekat ecm
pastu lepak tepi laut sambil gelak2 terguling banting , makan minum sampai kenyang sambil meniru suara helang
kemudian menyanyi dengan suara sumbang kuat2 tanpa menghiraukan jelingan mereka2 yg tersenyum sinis..

hidup sungguh seronok...



noktah

Sunday, May 22, 2011

semua itu adalah petunjuk

sometimes bila orang datang kat kita and then luahkan segala masalah diaorang, kita akan jadi seorang pendengar yang baik...sokongan moral, kata2 semangat dan segala yang kita terpikir akan kita kongsikan dengan harapan kita dapat membantu...

tetapi bagaimana pula bila kita hadapi masalah, org yang selama ni kita bantu boleh memandang serong pada masalah kita..menganggap apa yang kita hadapi hanyalah mainan hidup yang tidak perlu difikir separuh mati..

tapi kerana ini kita juga tahu pada siapa kita boleh berharap...bukan pada dia,bukan pada kamu,bukan pada mereka tetapi pada diri-sendiri..at least kita tahu di masa kita senang ramai yg berdamping dan di kala kita susah ramai yang menyisih..

terima kasih tuhan untuk petunjuk yang paling indah ini..

noktah

Saturday, May 21, 2011

leceh

sekali aku tak suka jangan paksa aku suka untuk kali kedua...
menyampah aku tgk muka kau yg bajet cantik n then buat2 mcm kau tu lawa..
eh..hello...aku tak heran dgn kau la...
tuhan ampunilah perempuan yang perasan dia aje yg betul dan org lain semua salah...

memang leceh perempuan ni..

Wednesday, May 18, 2011

pengajaran hari ini..

bersyukur tidak dilahirkan sebagai seorang lelaki...terpaksa melayan karenah perempuan yang leceh...


noktah

Tuesday, May 17, 2011

hari ini hari cuti

sungguh bagus hari cuti lepak dgn org yang kita sayang...

Sunday, May 15, 2011

bahagia itu bukan sekejap cuma

bila teringat orang pernah sakitkan hati kita kerana siapa diri kita, memang akan buat kita sedih..
bukan mudah untuk kita menjadi orang yang lain...menjadi seperti acuan orang lain..menjadi hipokrit
untuk menjadi orang lain..kadang-kadang orang lain suka mengatur hidup kita..
"jadi macam ni...jadi macam tu"tapi adakah kita bahagia dengan aturan orang lain...

manusia diluar sana,
dengar sini baik2..biarkan kami hidup dengan cara kami..
kami bahagia dengan cara kami yang sebegini..
biar kami miskin..
biar kami tak berharta ...
biar kami bodoh..
biar kami hina...
biar kami hanya berdua..
tetapi kami gembira dilahirkan begini..

tak perlu untuk manusia2 diluar sana melihat kami menjadi seperti mereka...
tergila2 mengejar harta dunia...
tergila2 melawan nafsu untuk menjadi yang terbaik..

kami hanya mahu bahagia..
kami hanya mahu menjadi normal...
senormal orang2 yang miskin lain..
sebiasa orang2 yang mahu hidup bahagia seperti yang kami mahukan..

manusia diluar sana,
kami masih lagi manusia bukan binatang
kami masih lagi waras bukan orang yang kurang siuman...
dan
kami masih lagi mahu bernafas diudara bersama2 orang seperti kami...

dan tolong jangan ingat kami buta dalam menilai erti sebenar apa itu bahagia..
kerana kami bahagia dengan seadanya apa yang kami diberi oleh pencipta


noktah

Friday, May 6, 2011

tak pernah ada masa

sekarang dah pandai buat OT..dah pandai buat balik kerja ofis kat umah dan dah pandai tidur lewat jadi burung hantu n then jadi panda yang tersenguk2 lawan mengantuk..
8 jam bekerja takkan pernah ada masa...baru kerja sebulan..kalau setahun,dua tahun,tiga tahun macam mana?


noktah

Wednesday, April 20, 2011

aku engkau sayang

kadang2 kita rasa sedih org yang rapat, org yang baik dan org yang menjadi penawar hati kita tiba2 menjauhkan diri dari kita...sedangkan dia tidak tahu yang kita sentiasa mengalah dan menahan segala perasaan..kadang2 kita akan jadi penat dgn semua karenah ini sampai dalam hati berkata2:

"lantak engkau lah ...aku malas nak pikir"

"napelah engkau macam ni?"

"tension aku"

sedangkan perkara2 begini boleh buat kita tawar hati dan malas nak bercakap..lebih baik berdiam diri dan senyap..senyap..senyap dan senyap lagi...kadang2 kehidupan kita lebih terarah untuk menilai diri org lain dan tidak akan menilai diri kita sendiri...sebab tu di dalam konteks ini saya lebih suka berdiam daripada menilai...
berdiam daripada menilai apa itu erti sebenar sebuah hubungan...hanya dgn sedikit kata2 sudah mampu buat hati terguris sedangkan kita tidak bermaksud begitu....

tapi kenyataannya saya sudah penat...sangat2 penat sampai dalam hati berbisik:

"aku ni sape?bukan org yang engkau sayang ke?bukan orang yg engkau percaya ke?"

ok...fine...saya mengalah...mengalah lagi sekali dengan mengambil sikap : aku diam bukan bererti aku tak kisah tapi aku diam sebab aku dah penat nak pikir apa yang buat engkau jadi macam ni"


noktah

Tuesday, April 19, 2011

jadual sekarang

pagi2 dah bangun...pi kije..balik kije pi yoga..n then masak n kol 10.30mlm dah tido..

dasyat2...letih punya pasal semalam pakai masker sampai satu jam...tertido sampai tak sedar..sepatutnya

pakai 20 minit je..ai..nasibla labu...


noktah

Sunday, April 17, 2011

hari ini

tolong jauhkan aku dari segala kebahagiaan sementara ini...

itu saja yg aku mohon...


noktah

Saturday, April 16, 2011

kamu yang mencuri hati

kalau aku mampu untuk hidup tak bersandarkan cinta tentu aku tidak akan merasa sesunyi ini..
hati rasa sangat2 sakit sampai rasa ingin dipalu biar ia mati terletak dikaki langit..
aku rasa aku bodoh untuk jatuh cinta pada kamu yang aku rasa sangat ego untuk melihat aku..
aku rasa benci pada rasa rindu yang semakin membelit kemas pada tangkai jantungku..

aku mahu menangis pada sang rembulan yang setia melihat air mataku..
aku mahu petik bintang2 di angkasa untuk aku jadikan hadiah buat peneman malammu..
tapi aku tak mampu...
kerana aku bukan siapa2 dimata hati kamu..
kerana aku bukan dicipta untuk terus melihat senyuman kamu...

dan lagi jelas tiada aku dan kamu didalam kamus hidup cinta di dunia ini...



noktah

Friday, April 15, 2011

untuk awak

ya...saya cinta dan rindu awak...dan tolong jgn buat saya menangis..



noktah

Wednesday, April 13, 2011

hidup baru

minggu ni hidup baru bermula..bangun pagi2 dah mandi..gila..selama ni setahun buat2 tak mandi waktu pagi...i mean pukul 8 pagi baru mandi...(ayat cover)...kenapa?hahahaha...dah kije semula beb...mananya tak mandi awal...serius cakap kije kat warehouse memang best..hari2 wat senaman muka...thanks to zainal dan meso...lawak2 anda memang menjadi..sgt2 menjadi..thanks to my boss..sudi kutip balik selepas berenti kije...sgt2 terima kasih...target sekarang kerja untuk happy...bukan untuk duit...memang sgt2 memberi ketenangan...n buat seseorang thanks kerana selalu tersenyum...buat pok mus yang kusayang...hari2 kita boleh jumpa kan?


noktah

Friday, April 8, 2011

tak larat

demam masih tak ok2 lagi..ni first time demam sampai seminggu lebih...pi check doktor keadaan masih ok..
yang tak tahan ni batuk sampai rasa nak pecah dada..ubat batuk dah habis dua botol...rasa diri macam tua sgt2...tolong tuhan tolong sembuhkan hambamu ini...


noktah

Wednesday, April 6, 2011

demam

bila nak baik demam ni.?..sebenarnya saya tak perlu mengeluh..sakit adalah penghapus dosa...tapi kalau dah demam nak wat kije pun takde mood..


syuh..syuh...blah ko demam...


noktah

Monday, April 4, 2011

perihal itu...

perihal itu belum jelas bertambah lagi dengan perihal yang lain...

otak kurang berfungsi dan hampir buntu...pada siapa perlu aku cerita...?

aku sudah kekurangan telinga untuk mendengar segala bisikan hati...

aku kaget sebenarnya..takut untuk menilai dan percaya...

mungkin aku perlu tunggu dan lihat .....

ya...

aku perlu tunggu..

bersabarlah hati selagi mampu..kalau sudah tidak mampu, kita menangis bersama-sama ya...


noktah

Saturday, April 2, 2011

salah aku?

kadang2 baik aku diam daripada berkata-kata..bila aku bercakap org akan kata:

"kau tak tahu apa2"

bila aku senyap org cakap

"kau tak pernah nak amik tahu"

salah aku ke semua ni...

aku hadir sekadar untuk mengisi ruang..bukan untuk menambah ruang yang sememangnya sudah sempit..

aku rasa sakit pada kenyataan

"kau tak pernah nak amik tahu"

sedangkan aku dari dulu bersabar bila mana kau jelas dan terang-terangan sembunyi rapat segala perihal..

salah aku ke semua ini?



noktah

Friday, April 1, 2011

demam

bila dah lama tak demam sekali demam bagus jugak...telan panadol,berbungkus dalam selimut kemudian sedar tengah malam badan berpeluh pastu minum air masak and then sambung tido semula..pagi aku rasa sihat..sangat2 sihat walaupun kepala masih ting-tong nampak bintang2.

harap2 esok lusa dah tak demam...sebab aku penat tiap2 malam berpeluh je kejenya...ai~


noktah

Tuesday, March 29, 2011

kalau aku tak sakit

serius aku cakap..aku dah penat dengan statement2 yang buat aku rasa nak muntah...tak habis2 lagi org duk bertanya bila aku nak kerja...ok..aku cakap terus-terang..aku tengah cari cure untuk SAKIT yang pernah aku lalui sekarang ni...puas hati..aku tak boleh stress.so aku kena cari kije yang tak stress dan sambil tu aku pergi buat treatment..bila aku sakit aku jadi emo..emo sampai aku rasa hidup aku tak berguna dan sangat2 rasa macam semua orang anggap aku wabak...sakit aku tak de ubat kecuali pregnant..berbuih dah aku cakap sampai aku rasa sakit kepala,sakit badan dan sakit hati...orang takkan paham kalau aku citer sehingga 100 helai muka surat pun..orang takkan paham apa sakit aku...sakit aku buat aku sendiri rasa jelik dengan apa yang aku cuba buat...dulu aku sakit sebab aku stress masa aku amik MBA...*mula rasa menyesal sambung belajar*kadang2 orang nampak aku tertawa,senyum dan happy tapi dalam hati tuhan je tahu...sebab tu sekarang ni aku tak pikir lebih2 apa yang org kata kat aku...(pemalas nak kerja, makan duit suami je pandai, duk umah goyang kaki)..ok..kata jelah nak kata apa pun..yang sakit aku..yang menangis aku...yang menderita aku....yang teruk2 semua aku...ingat aku suka ke sakit2 ni...ingat aku suka ke menyusahkan en.mus...aku satu sen tak pernah mintak duit dari en.mus kecuali untuk beli buku tak pun en.mus yang bagi...umah aku takde tv dah masuk 3 tahun aku masih tak kisah atau komplen sebab aku malas nak menyusahkan en.mus pi beli tv pastu bill letrik naik melambung2...sebab semua tu perlu duit..sepanjang aku tak kije aku cuba meletakkan diri aku "beli barang bila perlu"....itu pun org masih chop aku perabihkan duit en.mus...

dan orang tak tahu betapa aku menghadkan apa aku makan,ubah cara aku makan,telan ubat sana,telan ubat sini,pergi fitness class semata2 nak bagi aku sihat..orang tak tahu...semenjak aku sakit separuh nikmat makan aku sekat...takut...sangat2 takut...sampai orang cakap "orang duk umah makin berisi, ko duk umah makin kurus"..sebab orang tak tahu..aku terpaksa kontrol makan,jaga badan jangan bagi naik,hari2 telan ubat...mana pernah orang tahu...sebab orang suka menuduh daripada nak memahami dan amik tahu...kadang2 aku berharap aku tak wujud sebab aku sakit melihat orang yang aku sayang turut sama2 sakit tengok aku menderita...dulu2 6 bulan aku amik doktrin..tiap2 bulan pi cucuk tang punggung taknak bagi period datang..supaya penyakit tak berulang...6 bulan aku tahan menderita kepanasan kerana kesan ubat..6 bulan air mata aku menitis sebab tidur tak berselimut kena gigit nyamuk gara2 panas...6 bulan aku hidup pukul 12 malam mandi,pukul 3 pagi mandi, pukul 5 pagi mandi....panas hanya tuhan je tahu...*ni baru panas di dunia bukan di neraka lagi..ai~*

sebab tu setiap kali orang tanya "pi la kerja, ada MBA buat perkasam je" nak je aku hentak muka aku kat dinding pastu kasi berdarah dan kemudian tanya pada orang bercakap "ko rasa sakit tak kepala aku sekarang ni sampai berdarah?..kalau ko rasa sakit macam tula sakitnya hati aku sebab dah 1000 kali aku duk citer benda yang sama tapi ko taknak paham2*ok aku tipu la sampai 1000 kali..mungkin dalam 10 kali*"


sebab tu kalau aku tak sakit aku memang nak sangat makan semua benda yang aku takble nak makan...sangat2 mahu..sebab motto hidup aku ialah "hidup untuk makan"..kepada orang2 di luar sana,cubalah fahami orang yang sakit macam saya...sampai en.mus cakap kalau orang tanya pasal sakit awak apa kata kita buat sidang akhbar panggil dr.sue*yang rawat aku dulu* kita buat sesi soal jawab...masa dia cakap gitu aku amik bantal sembam muka kat bantal sambil rasa masinnya air mata yang membasahi bantal...


noktah

Friday, March 25, 2011

talking to the moon

serius memang dah jatuh cinta dgn suara bruno mars....





noktah

Wednesday, March 23, 2011

matang?

ok..kalau kamu bijak sangat...mari sini..amik kerusi amik meja amik pen dan amik kertas..

dan

tolong ajar aku macam mana nak jadi matang....

aku memang tak matang...dah nak masuk 28 tahun pun masih tak matang2...

tolong aku...


(khas buat adik bed yang kata aku tak matang..sob..sob...)

dah lah tiket bruno mars sold out...lagi nak menambah sakit hati



noktah

Tuesday, March 22, 2011

kata2 hari ini

"manusia hikporit dan pentingkan diri-sendiri sepatutnya kena lempang laju-laju pastu kasi tendang masuk tong sampah..."


noktah

Tuesday, March 15, 2011

ok...

ok...esok lepas maghrib, campak beg dalam kereta, start enjin, dengan jayanya saya nak balik kampung....

membanting tulang untuk sepupu yang kawin...

rindu kat mak...

rindu nak guling2 dalam rumah kat kampung...

rindu nak makan kopok kak lah dan pok mat...

rindu nak tgk cik long ketawa sampai terenjut2 bahu...

rindu nak makan2 sambil gelak2 dgn sepupu...

rindu nak cium pipi carmine...


ok...nak kemas2 ....maklumlah nak balik kampung...


noktah

Tuesday, March 8, 2011

chris medina - what are words






(chris medina peserta america idol yang telah terkeluar semasa pemilihan top 24...cerita chris medina boleh dilihat di laman web youtube...)


bila tengok video clip chris medina memang buat saya menangis...

kesetiaan dan kasih sayang bukan sesuatu yang boleh di nilai dengan duit...

bukan senang untuk menjaga dan melihat orang yang kita sayang sakit

lemah seluruh semangat melihat air mata orang yang kita sayang

teringat semasa april 2007 saya admitted dekat KMC...

seminggu di hospital menahan sakit selepas laparoscopic surgery memang menyeksakan...

terima kasih buat en.mus yang tak pernah bersungut untuk menjaga saya...

siang dan malam sentiasa di sisi saya...menemani saya ketika saya menangis...memeluk saya ketika menahan kesakitan...tuhan sahaja yang tahu...

menjaga saya tanpa ada satu pun perkataan:

"saya penat"

"bosan saya awak asyik menangis je"

"bangun la pi toilet sendiri"

semua di buat dengan penuh sabar....

saya sayang awak en.mus...

sungguh saya cakap...

maaf sebab menyusahkan awak...

maaf sebab tidak menelan walau sedikit pun makanan yang awak masak semata-mata untuk saya...

maaf kerana menyebabkan awak tidak tidur malam menemani saya

maaf menyusahkan awak di waktu siang dengan melihat saya menangis...

maaf menyusahkan awak....

maaf menyusahkan awak.....



noktah

Friday, March 4, 2011

dia lebih tahu

"dia" lebih tahu apa yang tersirat di hati yang plastik ini...

samada otak sudah terputus fius atau tergolek rebah ke bumi pun "dia" yang lebih tahu...

mungkin "dia" hanya tega untuk melihat daripada berbicara omongan kosong...

aku harap "dia" memberi sedikit harapan walaupun harapan itu mungkin jauh untuk dipeluk rapat...



noktah

Thursday, March 3, 2011

happy mood

biarlah org nak cakap apa pun..yang penting nak cakap jugak..

dah turun 1 kilo...yippi....punya lama nak turun...dua bulan duk maintain 62kg je...sekali turun 1 kilo rasa macam nak nangis...nampaknya kena kerap lagi pi fitness kelas ni...yap...pagi petang siang malam...

target 58 kg...kena usaha lebih ni.....



berusaha...



noktah

Monday, February 28, 2011

sayang sampai mati..

rasa dah lama tahap dewa tak menangis..rasa-rasanya lah...sebak tu memang selalu datang...dalam sehari adalah dua tiga kali..cengeng?memang pun...sebak baca blog orang lain..sebak bila teringat kat kawan2 yang dah lama tak jumpa..sebak teringat kat arwah wan...sebak bila baca novel sedih2..sebak bila teringat kat kampung....

tapi pagi ni memang cengeng...menitis air mata...sangat-sangat sakit dada bila nangis yang ditahan2...sungguh rasa ni datang tanpa boleh disekat...terima kasih mak sebab bertanya khabar anak derhaka ni mak...terima kasih kerana sentiasa bercerita tentang diri mak..kadang2 anak derhaka ni memang lupa pada mak...tapi dalam hati sentiasa rindu pada mak..kekhilafan ini memang bukan sengaja mak..tetapi anak mu yang derhaka ini leka dengan kehidupan yang lara..kejikan anak mak ni?..bodohkan anak mak ni?...tak tahu menilai penat-lelah mak masa dulu dan sekarang..mak,kamu adalah yang terbaik pernah tercipta buat saya,mak...anugerah yang datang takkan ada kali keduanya...anugerah yang boleh tuhan tarik dengan sekelip mata...maafkan saya mak kerana jadi anak dungu yang cetek akalnya....


mak...terima kasih kerana adanya kamu saya lahir didunia yang indah ini...

sayang mak sampai mati...


noktah

Saturday, February 26, 2011

bila ada daisi dalam hati

kadang2 suka juga bila rasa berdebar dalam hati...

suka bila daisi2 mula tumbuh di taman dalam hati...

suka bila rasa berdebar dan muka jadi panas kemudian bertukar merah lebih merah dari biji saga...

suka bila melihat senyuman kita secara semula jadi dah sampai ke telinga....

harap2 daisi hari ni akan kembang sampai esok...

erm...ok..mungkin sampai lusa...

atau tulat...

ok...sampai bila2 lah lagi senang...

selalunya bila jatuh cinta je macam tu...

aku jatuh cinta ke?...gulp....



noktah

Thursday, February 24, 2011

addicted

lima tahun dulu sehari sebelum saya nak kawin, si kurin (abang) dengan mata sepet sambil tersenyum2 kambing berbisik di telinga saya " bakal suami mung ni pop yeh yeh la"..hampeh..nah ambik ko...aku sepak2 dan tendang2 kat perut si kurin...sepak lagi..dan lagi...ok.. tipu..saya jek je kat keting dia je.tu pun sempat lagi dia duk nari2 tara kuca ca depan saya..jaga ko..anak ko kawin nanti aku kutuk habis-habisan...pop yeh yeh la sangat..tapi selepas 6 bulan kawin, mimpi ngeri bermula..ya..betul..memang en.mus pop yeh yeh...tidakkkkkk!

hari2 telinga saya ni duk dgr lagu2 lama dari klasik.fm...hari-hari...cuba bayangkan......HARI-HARI....boleh gila macam ni...

tapi lama2 bila dah HARI-HARI mendengarnya secara tidak langsung, jiwa yang berkocak menjadi tenang..addicted..iya..itulah perkataan yang paling tepat..memang..memang sekarang saya addicted dengan lagu2 lama..ha ha ha ha...tidak (sambil geleng2 kepala tampar2 pipi)..aku suka faizal tahir...aku suka siti nurhaliza...aku suka aizat...tapi nape telinga aku nak dengar lagu2 nona asiah?...lagu2 a r azmi?...lagu tuk nenek dulu....sekali lagi tidakkkkkk!

awak en.mus..sebab awaklah saya jadi begini...sebab awaklah...(menangis sambil gigil2)...kembalikan zaman remaja saya...zaman muda2 saya...huwaaaaa.....



ok...nah amik..dengar lagu ni yang hari2 duk lullaby sebelum saya nak tidur..sambil suara2 sumbang en.mus menyanyi sambil menepuk2 saya...


noktah

Monday, February 21, 2011

bahagia bukan sementara

xyz: ko bahagia sekarang?

aku: soalan apa ko tanya aku ni?pass...soalan lain..

xyz: aku tanya ko betul2 ni...ko bahagia?

aku: ko nampak aku macam mana?

xyz: mana aku tahu..aku bukan duk umah ko jadi agen CIA,24 jam mengedap ko laki bini bahagia ke tak?

aku: (sambil tersenyum) aku bahagia..kenapa?

xyz: baguslah..kalau dulu ko asyik nangis je...

aku: iya ke? mana ada aku nangis?

xyz: eleh..berlagak ko ni...dulu masa ada sorang mamat tu putus dgn ko sebab dia ada problem kat tempat belajar, siang malam asyik duk meratap je...bukan ke menangis ke tu?

aku: alah..tu dulu...sekarang lain...hehehehe...(sambil meneguk teh tarik)

xyz: aku happy bila ko dah tak nangis2 lagi macam dulu...

aku: thanks..

xyz: aku tgk ko dgn mus tak macam dah kawin..macam kawan adalah...

aku: aku dah lali dan kalih dah dgr ayat penyata macam ko cakap tu...ntah dah berapa ratus kali aku dgr..

xyz: nampak happy dan bahagia...apa petua ko?kongsilah sikit..

aku: aku mana ada petua...aku paham dia..dia paham aku..cukup lah tu..

xyz: siyes la beb!aku tanya ni..

aku: betul lah tu..dah apa lagi aku nak cakap...bahagia ni bukan dari luar je..dari dalam pun kena bahagia..i mean hati kita pun kena bahagia..dia paham hati aku..aku paham hati dia..

xyz: camne ko buat?

aku: prinsip hidup aku senang je..hargai dia umpama hari ini hari terakhir dia bersama kita..hari2 aku wat camtu..so secara tak langsung kita rasa setiap detik yang berlalu tu begitu beharga...sebab tu aku bahagia dgn dia...bukan senang untuk bahagia kalau kita tak berusaha...kadang2 bila kita tgk org bahagia kita tanya pada diri kita..nape aku tak bahagia macam dia?sedangkan kita tak tahu, kita dah bahagia...satu sebab nape kita tak rasa bahagia sebab kita tak bersyukur dan mengenali diri kita sendiri..tak tahu nak ukur kebahagian kita setakat mana...

xyz: panjang lebar penerangan ko?hehehehehe

aku: dah ko tanya aku jawab ar...ish..ko ni pun

xyz: ko bahagia walaupun takde anak..?

aku: yup!aku bahagia..

xyz: pelik..

aku: ko jangan salah paham...anak tu pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.sape taknak anak beb..tapi takkanlah sebab tak ada anak aku nak sedih pulak..tak boleh nak bahagia..

xyz:betul2..

aku : dah ko bila lagi?menyolo je kijenya...

xyz: aku memang macam ni...lone ranger...

aku: ha..baguslah lah tu...lone ranger kepala otak ko....si abc tu nak buang kat mana..?tong sampah?

xyz: hehehehe..aku nak maintain macam ni je...hidup solo lagi senang..(xyz mengeyit mata ke arah aku)

aku: dah tu ko bahagia macam ni?

xyz: ntahlah...ko rasa?

aku: hello!..aku bukan duk serumah dgn ko sampai aku tahu ko bahagia ke tak...

xyz: ko perli aku ke bongek...?

aku : mana ada...aku just pulangkan semula ayat ko bagi kat aku tadi..nah ambillah ayat ko tu..wat pekasam..kah kah kah

xyz: ko memang....


bersambung.....



noktah

Friday, February 18, 2011

seorang perempuan itulah aku..

aku kepingin hidup sebagai seorang perempuan seadanya...
dilayan seperti seorang perempuan selayaknya...
tidak ingin hanya tersenyum memandang pada kegelapan sedangkan cahaya sentiasa memandangku...

hatiku, jiwaku adalah hati dan jiwa seorang perempuan...
hidupku dan matiku adalah sentiasa dijasad seorang perempuan..
mana mungkin untukku menukar jasad menjadi seorang yang berlainan..
kerana aku tetap seorang perempuan..

aku bahagia disisi lelaki itu..
lelaki yang telah banyak menghabiskan setiap hembusan nafasnya demi aku yang seorang perempuan..
lelaki yang tak pernah jemu tersenyum ketika hidupku sebagai seorang perempuan..
jauh disudut kamar hati seorang lelaki itu aku tahu cintanya adalah untuk
seorang perempuan dan perempuan itulah aku..


noktah

Thursday, February 17, 2011

masih...

aku suka bila kau gembira...
terima kasih untuk pelukan semalam...
masih hangat terasa..
menusuk terus ke dalam jiwa...
meresap jauh ke dasar hati...

aku mohon pada tuhan..
jauhkanlah rasa duka buatmu..
jauhkanlah cinta sepi darimu..
kerna aku resah bila kau terasa...
kerna aku rapuh bila kau sedih...

sayang..
aku tak bisa sendiri...
masih sentiasa mengharap kata2 cinta itu..
masih butuh garapan kata2 rindu dari helaian nafas indahmu...
masih perlu didampingi diwaktu celik dan tutupnya mataku...

dan semalam kau buktikan yang cinta kamu masih tegar untuk aku...

dan

terima kasih seadanya...



noktah

Wednesday, February 16, 2011

hidup tidak perlu sempurna

ok...selepas berhempas-pulas melawan kesakitan...saya sedar hidup tidak perlu sempurna ..cukuplah dengan ada dia dan ada kamu yang boleh membahagiakan saya..

ok...sakit datang balik..

ok..bye


noktah

Tuesday, February 15, 2011

diri-sendiri

kadang-kadang saya rasa saya kuat semangatnya...
walaupun kadang-kadang saya rasa saya selalu menangis...

kadang-kadang saya rasa hidup saya gembira
walaupun kadang-kadang saya selalu bersedih....

kadang-kadang saya selalu ketawa tersenyum bergurau bergembira...
walaupun kadang-kadang saya cemburut masam mukanya...

kadang-kadang saya buat2 tabah...
walaupun kadang- kadang dalam hati luka retak seribu...

kadang-kadang saya rasa saya tidak sensitif..
walaupun kadang-kadang hati selalu sebak...


banyak benda saya rasa saya meandaikan semuanya tidak perlu difikir sampai rapat ke otak..
biar ia berlalu pergi...biar ia beku di situ..
tapi bila tersentuh saya rasa saya sangat lemah...
lemah sampai saya rasa hanya mahu menangis...
banyak benda lagi apa yang saya perlu untuk kuatkan semangat yang hanya setebal benang senipis berlian..

saya masih kepingin anak..
saya masih takut untuk ke gym (nanti saya teringat kat arwah)
saya masih takut untuk makan ubat tradisional..(jamu)
saya masih gentar untuk memandu..(katakan bodoh pada diri-sendiri)
saya masih malas mencari kerja..(manala kerja yg aku suka tak dtg2 lagi ni)

sampai bila saya perlu takut pada kenyataan ini semua...?



noktah

Friday, February 11, 2011

lapor keh ni...



sekarang selalu rasa lapar..menci....semua itu petanda2 yang buat aku pening...

noktah

Tuesday, February 8, 2011

buat e.g...

bersedih bukan jalan yang terbaik...bersabar dan tersenyum adalah pedoman yang hakiki...
kadang2 kita jatuh bukan bermakna kita kalah...
kadang2 kita bangun bukan bererti kita menang...
dunia tidak kejam...
apatah lagi Allah s.w.t...
diberi dugaan kerana Dia tahu kita mampu untuk menghadapi..
tuhan itu maha adil..
dugaan hanya bersifat sementara..
kembali kepada-Nya adalah yang abadi..

buat e.g..
sorry tak bermaksud nak baca tapi bila sudah ter"klik"
terbaca juga...
sedih dapat tahu pasal cafe..
bersabar dan terus bersabar..
e.g seorang yang kuat..


noktah

arghh....

mood: takde mood...

aku benci dan menyampah dengan seseorang ni yang tak tahu menjaga tatasusila bila menulis...tak tahu orang ni situasi dia macam mana...tak berfikir ke sebelum tulis...


ai...apa lah jenis manusia ni...


noktah

Friday, February 4, 2011

bini psiko


bed2 kata aku bini psiko..obsess terhadap suami sendiri..aku fikir aku biasa2 je..psiko ke bila selalunya en.mus balik dari gym kol 10 malam , kol 10 .01 malam aku dah tertanya-tanya nape en.mus tak balik2 lagi..psiko ke aku bila tiap2 malam selama 5 tahun berkahwin ini aku akan selimutkan en.mus bila tidur.pastu dodoi macam baby..psiko ke aku bila setiap kali makan mesti aku letak semua lauk-pauk dalam pinggan en.mus..(maksudnya aku yang tolong ambilkan setiap kali lauk habis padahal lauk hanya sejengkal jari dari tangan en.mus)...banyak lagi perkara2 yang bed2 kata aku psiko..
psiko ke aku?atau bed2 yang psiko...?


noktah

Tuesday, February 1, 2011

black swan

i love him...


black swan menari ditepi padang




noktah

Sunday, January 30, 2011

khurafat?

khurafat...ko tunggu aku...tunggu..jangan nak lari...


p/s:nab2 nak belanja..yay




noktah

Saturday, January 29, 2011

tonyoh

tengah gigih menonyoh SK-11 kat muka...


noktah

Friday, January 28, 2011

iras bruno mars

ok..saya tengok muka bruno mars teringat pada seseorang....muka dia ada iras2 bruno mars...seseorang yang pernah cakap saya kolot sewaktu date (eewwww..date?) zaman muda2 dulu...pastu mamat tu pi jaja satu kolej kata saya kolot..diri-sendiri yang kolot pastu tuduh2 kat orang pulak..tapi kalau ingat2 semula sememangnya saya memang kolot pada zaman itu...hehehehe...di atas desakan kawan2 saya "date" dengan mamat yang perasan bagus tu...kalau ikutkan hati memang malas..asyik puji diri-sendiri je..aishhh....

tetapi bruno mars unik...suara best...mamat tu apa ada?teheee







noktah

cerita duit kutu

ok...main kutu dengan geng2 k.long..dapat rm600..yay!.tak merancang nak beli apa lagi..

sambil duk fikir nak beli apa tiba2 terpandang muka kat cermin..

"cermin2, siapa paling cantik dalam rumah ini?"

cermin senyap kaku membisu

tanya lagi pada cermin

"cermin2, siapa paling cantik dalam rumah ini?"
cermin masih senyap..

penipu punya cerita snow white..mana ada cermin bercakap..

tilik2 muka depan cermin..wah..jeragat semakin bertambah...

ting!...dalam cermin nampak mentol lampu atas kepala ..

iya ..duit kutu rm600 aku nak sambar SK-11..

so....misi petang ni pi beli SK-11..(doakan semoga saya berjaya melaksanakan misi tersebut..)





noktah

Thursday, January 27, 2011

sakit betul

ok..dapat e-mail dari somebody..dia cakap

"apa kejadah blog ko ni?tak best langsung...tulih ntah hape2..."

ok..fine...aku tak kisah dia tulis macam tu..

tapi yang aku tak tahannya

"ko tolong fllow blog aku boleh tak..nampak ramai sikit yg follow"

ok..what?lepas kutuk blog aku lepas tu suruh follow blog dia plak...


tomei pun terkejut

tolonglah..kalau dah menyampah dgn blog aku jangan dibaca..


noktah


idiot

aku paling tak suka lelaki tinggi suara dgn org perempuan..
terutama si suami yang tak pernah nak bersyukur ada isteri yg baik dan melahirkan anak2 untuk beliau..
menengking isteri depan org ramai ..
gamaknya lelaki ni ada masalah mental..





serius aku benci....



noktah

Wednesday, January 26, 2011

vegetarian gak sekali...

masak..masak..

masak..masak..

masak..masak

ok...hari ni memang masak...

masak..masak...

masak...masak..


peria masak taucu + brokoli goreng

vegetarian tahap gaban



noktah

Tuesday, January 25, 2011

awak yang satu....

awak yang satu,

kami akan kenang awak sebagai kawan yang baik...
kami sayang awak sebagai seorang kawan yang setia...
maafkan segala kesilapan kami...
al-fatihah buat awak di sana...


noktah

Monday, January 24, 2011

untuk pok mus anak pok mat

tahniahla kat oak naik pangkat keh dengornya...dah naik pangkat janganla lupe belanja keh makan iya..


noktah..

Thursday, January 20, 2011

seluar jeans

ni lagi giler..bongkar2 dalam almari, terjumpa seluar jeans tiga helai zaman belajar dulu2..seluar 8 tahun lepas..pegang2 seluar,belek2 seluar buat keputusan nak try pakai...last sekali dulu try, memang hancur...tak boleh nak zip...

bila try..giler..tiga2 helai dah boleh zip dan dibutangkan...yay!suka sampai terloncat2..baru dua bulan pi fitness class..kalau pi setahun..confirm tyra bank pun tabik kat gua...hahahaha




noktah...

Wednesday, January 19, 2011

cerita k.l

pi k.l sambar seluar yoga dan baju yoga...pastu balik dengan berat berkati2...giler...


noktah

Saturday, January 15, 2011

aku yang sekarang

aku yang sekarang dah banyak berubah..
aku yang sekarang kadang2 lebih suka bersendirian ...
aku yang sekarang lebih banyak positifnya..
aku yang sekarang lebih banyak menilai

cuma kadang2 aku yang sekarang lebih suka hidup terkurung..
cuma melihat dan mendengar
tidak lagi mengomel dan menceceh
tidak lagi berfikir terlalu dalam
tidak lagi banyak kemahuannya

orang akan fikir aku ini hanya insan yang tiada apa2...
hidup melahu menghabiskan masa dan wang ringgit..
dan aku cabar orang itu..
tunjukkan bukti kesemua tuduhan
kerana aku tahu aku siapa..
aku tahu apa kehendak aku..
aku tahu apa yang aku mahu..

aku yang sekarang lebih mahu hidup bahagia..
aku yang sekarang hanya mahu hidup gembira..
aku yang sekarang hanya mahu lebih ketenangan..



noktah

kuala lumpur tunggu aku

esok mahu pi k.l...
mahu hirup udara segar kl..
mahu menerjah ke tempat yang tak pernah terjah
kuala lumpur tunggu aku ya
jangan lari..



noktah

Friday, January 14, 2011

nangis bukan kehendak aku



aku memang tak suka nangis...
dari fynn jamal ini buat aku nangis..



noktah

makcik asiah

siapa makcik asiah?

memang takde sesiapa pun tahu pasal makcik asiah..kecuali yang kenal dan tahu siapa sebenarnya makcik asiah..
makcik asiah bukanlah menteri wanita atau pelakon veteran yang tersohor dekat malaysia..
bukan juga lawyer atau doktor mahupun cikgu...makcik asiah ialah seorang yang biasa2 sahaja..tiada informasi2 yang menarik pun pasal makcik asiah...tetapi siapakah makcik asiah..?

mari saya bercerita....

sewaktu saya mula2 datang ke tempat kerja pada zaman muda2 dulu, first time jumpa makcik asiah pada pandangan saya dia ialah seorang yang sgt2 baik..lemah-lembut dan suka tersenyum..

bila sudah 6 bulan di situ saya makin mengenali makcik asiah..rupan2nya makcik asiah ni seorang yang tabah..tabah kerana hampir setiap hari dekat2 pukul 12 semasa waktu rehat makcik asiah saya selalu "pau" makanan tengahari makcik asiah...sian makcik asiah...dah le keje penat2..makanan yang dibawa bekal kena pau pulak..serius..lauk2 yang makcik asiah bawak memang best..ikan kukus goreng lawan dengan budu, sup urat keting,sambal petai tu belum lagi ikan singgang cicah sambal belacan..pergh..memang sedap beb...pendek kata semua dibaham oleh saya..tapi makcik asiah baik..selalu berkongsi makanan...terima kasih makcik asiah...tetapi itu cerita dulu..cerita diwaktu muda2...

semalam bila berjumpa kembali makcik asiah, saya rasa nak menangis..makcik asiah yang saya tinggalkan setahun yang lepas telah lain...sedikit berisi dan garis2 kedut muka jelas kelihatan...nafas yang turun naik begitu susah sekali untuk ditafsir...redup mata makcik asiah begitu tua dan lesu...keluhan dan rintihan yang keluar dari bibirnya begitu berat dan resah sekali...saya memandang pada kudrat makcik asiah...di dalam usia sebegitu sepatutnya makcik asiah sudah boleh berehat di rumah bergoyang pinggul...tetapi kudrat itu masih juga mahu di kerah...

buat makcik asiah yang tabah, yang baik, yang selalu tersenyum dan yang selalu banyak nasihatnya supaya dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki...saya sayang makcik asiah...


p/s: makcik asiah sudah berumur 56 tahun, masih gagah bekerja demi mencari sesuap rezeki dan merupakan tea lady ditempat saya bekerja dahulu..

melihat pada kesusahan makcik asiah saya bersyukur dikurniakan hidup yang sebegini...




noktah

Thursday, January 13, 2011

setakat mana positifnya hidup ini....

saya baru balik dari ofis lama..honestly memang happy sgt2...baru je pijak lantai security guard pun saya dah rasa bahagia..i mean, bahagia dapat berjumpa dengan member2 lama..ofis lama saya bukanlah tempat yang bagus untuk mendapat gaji yang lebih..itu yang saya rasa... tetapi cukup istimewa dan betul2 buat kita bahagia bila berada di situ..pesekitaran yang bagus, tidak menyerabutkan kepala dan gembira seadanya..

semenjak berhenti dan bekerja dan berhenti lagi membuatkan saya hidup dalam keadaan berfikir..apa yang saya fikir?

a) Kerja 1 - Jawatan kerani, gaji tak banyak, kelulusan setaraf pensyarah tetapi hati gembira dan bahagia

b) Kerja 2- Jawatan pegawai, gaji banyak, kelulusan gempak tetapi kepala berserabut dan jiwa tak tenang

mana yang anda pilih?

saya?teheee...sudah tentu saya pilih kerja 1...bukan saya tidak suka dengan cabaran hidup..memang suka tetapi bagi saya hidup ni tak bermakna jika berjawatan tinggi dan bergaji besar tetapi hati tak gembira...bila hati tak gembira mulalah bermacam2 penyakit yang datang..bukan sikit penyakitnya...bertambah2 adalah...dahlah penyakit yang sedia ada pun tak habis2 lagi..bertambah pula penyakitnya...

senang je resepinya...cubalah hidup secara positif..berfikiran positif...terima secara positif....buat kerja pun secara positif...

jika di kritik cubalah sebaik mungkin menerimanya secara positif dan dalam keadaan tersenyum...tak rugi rasanya jika hidup secara positif...jika ditimpa kesusahan cuba terima secara positif...kaji setiap langkah yang dipilih dan cuba pengaruhi minda ke arah yang lebih sihat...

semenjak saya berada di rumah, mengikuti fitness class dan pergi ke gym saya berjumpa dengan pelbagai ragam manusia...saya yang dulu penakut (itu yang saya rasa) sudah berani untuk bertegur sapa...saya murahkan senyuman dan yang paling penting berbaik sangka sesama insan...saya berterima kasih kepada kakak saya yang telah mengajak pergi ke fitness class kerana di sana saya telah berjumpa dengan sifu yang sentiasa memberi keyakinan bahawa setiap apa yang kita miliki adalah satu kebanggaan bagi kita..berbadan besar pun cantik,berbadan langsing pun cantik..yang penting hati perlu yakin dan positif...kesannya saya lebih banyak tersenyum kepada orang luar sekarang...terima kasih buat en.mus yang mengajak saya ke gym..walaupun baru2 ni je saya baru mula mengayuh tetapi bila melihat telatah orang2 di gym membuat saya tertawa...secara tak langsung kita menjadi seorang yang lebih positif untuk meneruskan kehidupan..

kepada rakan2 yang diluar sana...penamatan sebuah kebahagiaan bukan bermaksud "end of the world" seperti yang saya rasa ketika melihat result SPM saya dahulu...tuhan tidak pernah menjanjikan kesedihan buat hambanya jika hambanya berusaha untuk menjadi yang lebih baik...jika nasib masih tidak berubah itu bermakna tuhan sedang menguji kita...cubalah untuk berfikiran positif seadanya...insyaallah kebahagiaan tetap milik kita...

saya bahagia sekarang...bahagia bila orang masih mahu tersenyum kepada saya,bahagia bila orang masih mahu bercakap dengan saya dan menerima saya seperti dahulu-kala.sungguh saya rindu pada teman2 yang banyak menolong saya.kadang2 hidup ini tidak selalunya indah tetapi bila kita berlapang dada dan mensyukuri nikmat yang kita ada dan rasai, tentu kita yakin yang keindahan dunia itu hanya berada sejengkal sahaja dari kita apatah lagi nikmat di akhirat kelak yang sememangnya hanya menunggu untuk disentuh oleh kita...


cubalah berfikiran positif dan yakin pada diri-sendiri..


p/s: gembira bertemu dengan boss lama tadi...senyuman dia masih tetap menawan seperti dulu..oppsss



noktah

Sunday, January 9, 2011

madu itu pahit

berfikir kenapa aku bodoh untuk ambil tahu..kan lebih baik tidak tahu...aku benci kepada lelaki yang menyakiti hati seorang perempuan yang bernama isteri...buruk sangatkah isterinya ?jelik sangatkan isterinya?aku rasa isterinya tetap seorang perempuan..

aku jadi benci kepada perempuan yang merasakan dirinya hebat bila tersenyum malu2 bila berjalan dengan suami seorang perempuan yang bergelar isteri...banggakah tatkala berjaya melukakan hati seorang perempuan yang telah bersusah-payah mengharungi segala suka-duka,pahit-maung dan penat-jerih untuk mempertahankan sebuah rumah tangga...

terus-terang aku katakan aku bukan menolak poligami (tidak juga suka )tetapi benci kepada mengamal poligami yang sentiasa merasakan dirinya betul.jangan ketika nak berkahwin mengikut sunnah Rasulullah tetapi selepas kawin semua tertinggal dijalanan..

aku kesal sunnguh untuk tahu dan mengambil tahu...aku kasihan untuk melihat wajah seorang isteri....aku simpati pada anak2nya...

ya allah aku mohon pada tuhan..bukakanlah pintu lelaki itu untuk berpijak pada bumi yang nyata..jika perempuan yang dipilih elok budi pekertinya aku redha (macam aku pulak bininya)..tolonglah tabahkan sekeping hati isteri itu ya allah...


noktah...

Friday, January 7, 2011

monolog di dalam jiwa

hujan masih lagi turun..tiada lagi tanda2 untuk berhenti...bunyi kelentang-kelentung mula kedengaran di rumah jiran2 di belakang rumah..wangian tumisan bawang menusuk2 lembut ke dalam rongga2 hidung...bunyi tangisan kanak2 pula semakin galak..bergendang sudah perut untuk minta di isi..terkenang pula nasi beriani di semambu....selalunya di waktu ini mata mula terasa lesu minta didodoi...mata semakin berat..sepatutnya sudah lena di ketika ini diulit mimpi2 nan indah...tetapi tangan masih lagi galak untuk menulis dikamar sepi yang buku2nya tersusun tinggi ke atas...

dalam hati terdetik...hari jumaat terbayang2 suatu ketika dulu ketika masih lagi seorang pekerja yang bekerja, melihat pekerja lelaki berduyung-duyung keluar mencari ruang untuk menyembah yang maha esa dan bertafakur mendengar khutbah untuk menginsafkan diri.ketika keluar berduyung-duyung itu juga, mata meliar cuba mencari susuk tubuh yang kerdil di celah2 susuk yang sasa..mencari kelibat arjuna hati pengarang jantung.moga2 pergi dan baliknya dalam keadaan selamat...

deruman kereta diluar mula rancak kedengaran..nasib baik hujan menghalang bau asap2 kereta dari memasuki rumah dan mungkin juga kerana kamar ini terletak jauh kebelakang menyebabkan sukar asap2 itu sampai kesini...

rasa tubuh mengigil kesejukan..kaki mula terasa kebas..pundi kencing ditekan2 minta ditunaikan hajatnya..mata mula terasa pedih minta ditutup untuk sementara waktu..1.11 pm jam dilaptop..lambatnya masa berlalu..ingin segera waktu diputar dengan kadar maksima..bukan kerana ada yang tak kena..cuma ingin melihat cahaya matahari secepat mungkin..kulit sudah lama mengecut cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang sejuk ini..minta pada pelukis keindahan alam ini untuk menghentikan air mata awan buat seketika..kesian teringat pada sahabat yang rumahnya dimasuki air...

oh tuhan...

monolog ini harus dihentikan...

kerna mata sudah terlampau tua untuk terus melihat..biarkan ia berehat supaya boleh terus bermonolog sehingga ke akhir usia...


noktah..

menangis biarlah bersama-sama

apa perasaan anda tatkala tahu org yang anda sayang rupanya suatu ketika dulu turut sama menderita seperti kita sewaktu kecil tetapi tidak pernah cuba untuk berkongsi rasa dengan kita?

saya?

sudah tentu saya sedih..kalau boleh menderita sewaktu kecil biar kta je yang rasa, bukan orang2 kesayangan..

dunia tak selalunya indah..



noktah

Thursday, January 6, 2011

kalaulah tercipta untuk aku

senyumanmu terlalu indah,
renungan matamu terlalu taksub,
bicaramu membuai rindu...

terkadang aku terfikir bisakah aku menakluki hatimu?
kadang2 harapan cerah dan jelas seperti mentari yang terbit di ufuk timur,
kadang2 pudar,mendung diselaputi awan2 hujan yang berarak perlahan...

sungguh aku bingung...
mengharap pada satu pengharapan yang palsu,
mengharap pada keajaiban yang sememangnya terlalu ajaib,
kalaulah terciptanya kamu untuk ku...

merenung disudut kamar usang,
aku teringat pada bibit-bibit kemesraan,
gurauanmu penawar resah,
ketawamu penawar kasih,
kasihkah aku?cintakah aku?
atau sekadar nafsu semata2...

aku memohon pada yang maha pengasih...
jadikan aku seorang yang tabah
tabah untuk melihat pada kegembiraan dan kebahagiaanmu
tabah untuk tidak terus melihat pada semua keindahan pada dirimu
tabah untuk terus hidup tanpamu,
kalaulah kamu bukan tercipta untukku,
itu adalah lebih baik...
terlalu baik kerana aku benci pada kebodohan aku...
untuk terus memandangmu dari sudut hati kecilku..

kerana itu aku percaya...
kamu bukan untukku..


(khas buat seseorang)


noktah

Wednesday, January 5, 2011

selafaz kata disebalik seribu kesyukuran

bersyukur diatas semua rezeki yang telah kurniakan...

rezeki itu sangat abstrak..terlalu abstrak..sama juga dengan jodoh..kadang2 kita tak sangka dengan mudah2 je rezeki datang bergolek..saya tahu rezeki yang datang semuanya dari tangan allah s.w.t...bukan di tangan manusia..alhamdullillah..permulaan 2011 memberi rezeki yang berlimpah-ruah buat kami...

rezeki dari segi kasih-sayang

rezeki dari segi kesihatan

rezeki dari wang ringgit

rezeki cahaya mata (masih menunggu dan kami percaya sampai jua waktunya nanti)

rezeki masih lagi hidup sebagai seorang islam adalah rezeki yang paling nikmat diatas muka bumi...


selalunya orang akan mengganggap rezeki hanya berteraskan wang ringgit sahaja..tetapi sebenarnya kita tak sedar rezeki datang dengan pelbagai cara..bagi saya nikmat hidup ini semua datangnya daripada allah s.w.t...baik yang dirancang ataupun tidak..dugaan yang mendatang pun sama..

contohnya baru2 ni terjadi satu peristiwa yang telah menyedarkan kami betapa pentingnya peranan seorang kawan yang kami rasa dirinya seorang yang baik..rupa-rupanya jenis yang tidak berapa boleh di anggap kawan...sedih memang sedih...tetapi saya percaya apa yang berlaku adalah ketentuan tuhan dan adalah ujian buat kami..tapi sampai sekarang saya masih berfikir apa hikmah disebalik kejadian itu..

terima kasih buat seseorang kerana telah memberi peluang kedua kepada saya..walaupun kecil pertolongannya tetapi besar pengertiannya buat kami berdua...

terima kasih buat semua yang telah bersusah-payah melayan karenah kami yang kadang2 macam orang tua ni..hehehehe...

terima kasih buat pemberi rezeki yang hakiki yang maha kuasa dan maha agung ; allah s.w.t...


noktah..

Tuesday, January 4, 2011

doa buat kamu

tahun ini saya mendoakan:

supaya jodoh saya dipanjangkan sampai ke akhirat

en.mus sentiasa sihat dan sentiasa dirahmati allah

hidup dan mati kami di dalam iman

mak saya sentiasa bahagia

pa sentiasa sihat dan ma sentiasa tersenyum

nab2 cepat2 confirm

bed2 dan adik yid sentiasa cemerlang

kakak saya dapat menunaikan hajatnya

projek abg ipar saya berjaya

harith dapat A+ dlm spm

karim dapat gaji yang banyak

ipin dapat bergaya dgn kereta baru

pendi menjadi insan yg lebih berguna

paje sentiasa muda

matmin yang bertanggungjawab

kakak2 ipar yang bahagia selalu

adik ipar dapat posting dekat husna

ezat, iqbal, eby,wa'ei,din,faqehah,shahirah, mimi,farhana,cacah,ujai,aimuni,akif,carmine,ilham dan husna sentiasa sayang kat cik wani...ahaks

wani menemui kebahagiaan

e.g dan yana dapat menambah cahaya mata (aku entah bila)

rakan2 seuniversiti berjaya dunia akhirat

bekas rakan2 sekerja mencurah2 rezekinya

jiran tetangga yang baik hati dilimpahkan dgn kekayaan dunia dan akhirat

saya?

semoga tidak menyusahkan hidup org lain...

amin





noktah

tolong jangan cemas..

wak,

tolong jangan panik k...

semua masalah ada penyelesaiannya..

antara berani atau tidak je...

aja-aja fighting



noktah

Sunday, January 2, 2011

sampai subuh

jam dekat laptop dah menunjukkan 5.40 pagi...mata masih segar..memang serius tak mengantuk..sebenarnya en.mus kena call back..kalau macam ni selalunya saya tak tidur..tunggu en.mus balik..harap2 cepatlah en.mus balik..mata dah macam panda...

buat nab2...

jangan muntah banyak sgt...nanti orang ingat benda lain pulak..ahaks..



noktah

tak nak lupa

serius mimpi semalam memang best..hehehehe...kalau boleh taknak lupa sampai billa2...


(^ ^)


noktah

pikir punya pikir

pikir punya pikir tahun ni nak cari keje..wat beli mini cooper s kalau boleh..kalau tak triton putih pun jadi dah..giler ar punya perancangan..



noktah