Monday, February 22, 2010

terlalu lama

saya rasa dah terlalu lama tak update blog ini selepas entry nak balik kampung hari tu..bukannya tidak ingin update tetapi saya begitu sibuk dgn aktiviti2 yang best sgt2..hahahah..

13hb ~ 16hb :
 saya berada di kampung sempena kenduri menyambut menantu adik saya..meriah sampai tak cukup lauk.

17hb ~ 18hb :
melepak di rumah bersama nanobed (17hb) dan menonton wayang bersama nanobed (dua  cerita di dalam satu hari) pada (18hb)

Valetine's Day (memang best) dan Percy Kackson & The Lightning Thief (pun best)

19hb             :
Menonton wayang bersama en.mus selepas sembahyang jumaat

The Wolfman (macam hampah)

20hb ~ 21hb :
Berada di KL untuk majlis kenduri anak sepupu saya di Masjid Wilayah. Tetapi pada 20hb kitaorg mengadakan majlis bbq sempena hari jadi Aisyah,anak saudara saya...insyallah kalau ada kelapangan nanti saya akan masukkan gambar2 pada majlis hari jadi itu nanti..

Thursday, February 11, 2010

hanya RM20

kawan2,

marilah menjana pendapatan dgn hanya RM20...tidak ada rugi malah keuntungan walaupun sedikit.

just click and follow the direction.

http://www.rm20segera.com/?r=wanihusin

balik kampung dan twilight

episod 1:

wah..happynya esok atau lusa saya akan balik kampung bersama-sama 3 orang adik saya (termasuk en.mus):

a) nab2 (si penglipur lara)
b) nanobed (si kena buli)
c) adik yid (si gergasi)

hahahaha..saya sangat suka travel bersama mereka memandangkan mereka tidak segan dengan en.mus dan boleh mengutuk en.mus bersama-sama saya..

episod 2:

dibawah saya kepilkan gambar pelakon kegemaran saya di dalam cerita twilight ...

a) taylor lautner (jacob black)
b) kristen steward (bella swan)
c) robert pattison (erward cullen)

Wednesday, February 10, 2010

marah dan en.mus

hari ahad hari tu saya rasa teramat2 marah pada en.mus....sy tertinggi suara sedikit kepada en.mus lantaran kesilapan yang tidak disengajakan oleh en.mus.tetapi bagusnya en.mus hanya diam dan jika saya bertanya "awak marah kat saya ke?" dia mesti menjawab sambil tersenyum "tidaklah.kenapa nak marah?".kadang2 saya takut dgn jawapan en.mus kerana saya tidak dapat mentafsir disebalik senyuman en.mus.saya tahu kenapa en.mus berkata begitu.ini kerana dia tahu saya seorang yang cengeng kalau dia bermasam muka dgn saya.terima kasih kerana memahami isterimu yang cengeng ini..hahaha..saya selalu bertanya pada diri saya sendiri kenapa saya tidak boleh menjadi sebaik en.mus di dalam mengawal perasaan marah?i hate myself...kepada suamiku seribu keampunan kumohon maaf.

selalunya apabila saya tidak berpuas hati dgn perlakuan en.mus atau saya terasa hati dgn en.mus ayat saya mesti berbunyi:

"sebenarnya kita rasa nak marah dekat dia/saya rasa macam nak cubit awak hari ini"
suara ketika ini rendah sedikit dan saya mesti menjeling kepada en.mus disebalik rambut saya

dengan spontan en.mus akan menjawab sambil mencebik:
"nape marah kita ?...sian kat kita kena marah dengan dia"

hahahaha..melihat muka en.mus, hati saya yang panas terus menjadi sejuk..i love him from bottom of my heart.

Friday, February 5, 2010

10 perkara

10 perkara tentang saya:

1) Nama penuh

Nama penuh saya wan huswani w husin (gabungan dari nama wan dan mak saya)..nama ini diberi oleh k.long saya.

2) Pencinta makanan

Saya adalah seorang pencinta makanan yang tegar...hahahah..pantang dengar tempat makan yang best di Kuantan saya dan en.mus terus akan pergi menerjah....selalunya kalau kitaorang turun KL bukan pergi shopping tetapi pergi makan benda yang tidak pernah kami rasa...kepada sesiapa ada suggestion tempat makan yang bagus2 silalah memberitahu saya.

3) Bukan kaki shopping

Mesti ramai yang terkejut seorang perempuan tidak suka bershopping..tetapi itulah saya.saya seorang yang simple di dalam membeli barang2 keperluan dan barang2 bagi memenuhi kehendak saya..masuk pasar raya, ambil barang yang diperlukan kemudian blah..begitu contra dengan en.mus yang suka membelek barang2 sampai berjam-jam lamanya.selalunya jika ini terjadi,saya akan membeli buku dan mencari tempat duduk sambil menunggu en.mus shopping..(tunggu 4 -5 jam pun takpe).

4) Gila buku

Saya rasa ramai dah tahu pasal hobi saya ini.Saya boleh menghabiskan masa berjam2 lamanya membaca buku tanpa makan dan tidur.

5) Benci Matematik

I don't wanna talk about this...so bored.

6) Pengumpul magnet peti

Memang hobi saya selain membaca buku. Magnet peti yang paling mahal yang pernah saya terima berharga RM14 (kalau tak silap saya).Dihadiahkan oleh adik perempuan saya.I really love it.

7) Mempunyai 10 orang adik beradik

Dulu saya cukup menyampah dengan adik beradik saya..hahahaha..sebabnya setiap kali semua berkumpul saya terpaksa tidur diluar kerana tidak cukup bilik..Tetapi sekarang tidak lagi..Adik-beradik saya adalah anugerah yang terbaik saya terima(selain daripada en.mus).Suka berkumpul jika ada kenduri dan pada hari raya.Berkongsi apa2 sahaja terutamanya dengan dua adik perempuan saya (nab2 dan nanobed).

8) Takut tua

heheheh..kenyataan yang ikhlas daripada saya.sebab tu saya lebih rela berpakaian macam budak2 sekolah menengah daripada bergaya sakan kerana takut nampak tua...what a stupid behaviour...hahahaa

9) Tidak suka pada barang kemas

Ini satu lagi perangai yang bertentangan dengan sifat semulajadi seorang perempuan. Bagi saya barang kemas bukan keutamaan saya wujud dimuka bumi ini. Tapi ini tidak bermaksud jika seseorang menghadiahkan barang kemas,saya akan menolak.Cuma saya bukan tergolong didalam golongan pencinta barang kemas.maksudnya saya tidak akan cemburu pabila melihat rakan-rakan bergaya dengan barang kemas sampai ke lengan.(selamat duit en.mus..hahahah)

10) Saya bukan seorang yang sombong seperti yang selalu diwar-warkan

Pernyataan diatas ditujukan buat sesiapa yang mengatakan saya seorang yang sombong.Saya bukan seorang yang sombong tetapi sedikit berat mulut bila berkenalan dengan seseorang yang baru dikenali.

Nota kaki:
(Mulai hari ini penggunaan "aku" akan ditukarkan kepada "saya" memandangkan saya mendapat sms maut daripada 3 orang teman yang menyatakan blog saya terlalu serius dan nampak tua bila perkataan "aku" digunakan..hampeh punya kawan..hahahaha..)

Wednesday, February 3, 2010

rambut baruku...

yuhuu..happy sgt2 bila en.mus dah bagi green light boleh potong rambut..potong punya potong terus jadi macam gambar kat bawah ni..cuma yang bezanya rambut aku panjang sikit and then tak colour...




macam nila gaya terbaru rambut aku...daripada panjang jadi pendek macam ni..hahahaha..i love it


Tuesday, February 2, 2010

kata seorang teman

seorang teman pernah berkata kepadaku:

teman:
kadang-kadang hidup ini hanya tipu muslihat.tiada yang benar2 gembira dan tiada yang benar2 sedih.hari ini kita gembira,hari esok belum tentu gembira lagi.hari ini bersedih,hari esok belum tentu sedih itu hilang.

aku:
apa yang engkau jangka dari dunia sekecil ini.keabadiaan terhadap kehidupan?

teman:
bukan begitu maksud aku.cuba kau renungkan hidup kita ini..bukankah hanya tipu belaka?

aku:
kawan,bukankah kita tahu dunia ini hanya pinjaman sahaja.bukannya selama-lamanya.jadi diwaktu yang sedikit ini aku rasa tak salah kalau kita ikut segala tipu muslihat itu.

teman:
aku tahu semua itu...tapi sampai bila?selagi kita bernafas selagi itulah perkara ini tetap berlaku.pernah tak engkau berfikir kenapa kita perlu gembira sedangkan kita akan bersedih...?kenapa kita perlu bersedih sedangkan kita akan bergembira?

aku:
hahahaha...engkau umpama penyajak kawan...umpama orang seni...terlalu memikirkan sesuatu yang abstrak.apa yang engkau mahu di dalam dunia ini?hidup yang hambar tanpa suka duka?hidup umpama hari esok kita sudah tahu apa takdirnya?kawan,kadang2 kita perlu sedar apa yang berlaku pada diri kita,pada sekeliling kita dan apa yang berlaku didepan mata kita adalah pentas kehidupan.aku rasa tak salah kalau kita berlakon untuk dapat satu erti kehidupan.tak kiralah gembira atau sedih sekali pun.

teman:
tapi sampai bila?

aku:
sampai penghujung nyawa kita..

teman:
aku rasa penat dengan semua ini.

aku:
kenapa?

teman:
kerana aku terpaksa menyandang pelakon terbaik di dunia...

kami merenung ke dalam fantasi kami sendiri.kadang-kadang apa yang berlaku mungkin sudah tersurat tapi bukankah kita mampu unutk mengubahnya?



Monday, February 1, 2010

iklan

kepada blogger just klik dibawah untuk mendapat imbuhan ...klick jangan tak klik



obsesi diriku

hahahaha..gila memang gila...satu hari satu buku..memang obses...aku patut aku buat? apa patut aku pikir?mata dah jadi macam panda..tanda kesan lebam gara-gara baca buku sampai lewat pagi..pukul 4 pagi baru tdo...arghhh...please help me...sabtu eclipse oleh stephenie meyer habis dlm satu hari...ahad breaking dawn oleh penulis yang sama habis dalam satu hari...lepas ni ntah buku apa plak...?rasa nak pecah kepala jadi burung hantu yang tak bertauliah ni...tolong selamatkan diri ini dari dikejar oleh buku2 yang akan terus menyeksa hidup aku...