Wednesday, February 10, 2010

marah dan en.mus

hari ahad hari tu saya rasa teramat2 marah pada en.mus....sy tertinggi suara sedikit kepada en.mus lantaran kesilapan yang tidak disengajakan oleh en.mus.tetapi bagusnya en.mus hanya diam dan jika saya bertanya "awak marah kat saya ke?" dia mesti menjawab sambil tersenyum "tidaklah.kenapa nak marah?".kadang2 saya takut dgn jawapan en.mus kerana saya tidak dapat mentafsir disebalik senyuman en.mus.saya tahu kenapa en.mus berkata begitu.ini kerana dia tahu saya seorang yang cengeng kalau dia bermasam muka dgn saya.terima kasih kerana memahami isterimu yang cengeng ini..hahaha..saya selalu bertanya pada diri saya sendiri kenapa saya tidak boleh menjadi sebaik en.mus di dalam mengawal perasaan marah?i hate myself...kepada suamiku seribu keampunan kumohon maaf.

selalunya apabila saya tidak berpuas hati dgn perlakuan en.mus atau saya terasa hati dgn en.mus ayat saya mesti berbunyi:

"sebenarnya kita rasa nak marah dekat dia/saya rasa macam nak cubit awak hari ini"
suara ketika ini rendah sedikit dan saya mesti menjeling kepada en.mus disebalik rambut saya

dengan spontan en.mus akan menjawab sambil mencebik:
"nape marah kita ?...sian kat kita kena marah dengan dia"

hahahaha..melihat muka en.mus, hati saya yang panas terus menjadi sejuk..i love him from bottom of my heart.

1 comment:

  1. Memang kena menuntut ilmu dari En. Mus awak tu Wani...hehehe :)

    ReplyDelete