Tuesday, April 10, 2012

kekuatan hati

tuhan bagi dugaan untuk kita tahu yang kita ni adalah hambanya...bukan sesiapa pun untuk mendabik dada..
itulah yang aku rasa sekarang ni...allah bagi aku pregnant dan dlm masa yang sama allah bagi aku dugaan...
dan aku perlu redha kerana itu saja yang perlu aku tahu...demi seorang anak di dalam kandungan aku rela untuk menahan dugaan ini...walaupun aku tidak kuat tapi aku akur,tuhan sudah ada plan untuk masa depan aku...cuma aku sahaja yang tidak tahu..

tolong doakan yg terbaik buat aku..aku kerdil..aku lemah tetapi aku tahu...aku tak boleh mengalah...demi org yg aku syg yang sentiasa ada disisi aku...yang sentiasa lakukan yang terbaik buat aku..

keputusan yang dibuat tak bermakna aku org yg lemah dan tak bermaksud untuk tunduk jatuh rebah menyembah bumi tanpa sebarang pengharapan...aku bukan seperti perempuan yang lain...yang dapat tgk dua line setiap tahun...punya rahim yang kuat untuk menampung....punya kekuatan untuk hidup melangkau batasan..

aku lemah..sgt2 lemah...tapi demi kandungan ini aku kena kuat...bukan mudah untuk menjadi aku..

kupanjatkan doa supaya apa yang ditakdirkan berlaku ini ada hikmahnya...aku mahu kuat...dugaan yang mendatang ni bukanlah satu ketidaksempurnaan tetapi adalah suatu kemanisan di dalam kehidupan ..itu yang aku kena sedar sebenarnya...

minggu depan permulaan untuk fasa kedua...fasa bertemu yang arif menentukan yang aku ni di tahap yg bagaimana...aku hanya mahu harta tak ternilai ini selamat...selamat dunia dan juga selamat diakhirat...amin...........


noktah

1 comment:

  1. salam, tq for visiting my blog. salam perkenalan

    ReplyDelete