Monday, July 12, 2010

.....kawanku,ketentuan-Nya adalah kebahagiaan kita.....

bila dilihat semula pada masa2 yang telah berlalu,saya menjadi kaku seketika...mengenang peristiwa2 yang manis di waktu lampau bukan satu kebenciaan buat saya...saya cintakan waktu saya mengenali setiap insan disekeliling saya...saya faham kenapa kita dipertemukan...bukan untuk dikhianati dan bukan pula untuk dijalangkan oleh kata2 nista....kita dipertemukan kerana kita memang ditakdirkan untuk bertemu..saya masih terkenangkan diwaktu saya mengenali rakan2 seperjuangan saya...melihat pada redup wajah2 mereka yang tersenyum membuatkan saya gembira...kami bercakap,kami ketawa,kami menangis,kami bermasam muka dan kami berpisah menjadikan saya manusia pada hari ini...

kelu untuk saya berbicara tatkala melihat kebahagiaan mereka..bukan kerana saya cemburu dan jelek tetapi kerana kedangkalan saya yang terlalu gembira dgn apa yang mereka lalui dan nikmati...saya selalu bercerita kepada arjuna saya yang saya amat merindui mereka2 yang pernah memimpin tangan dan memeluk saya diwaktu dahulu...memceritakan tentang keremajaan kami yang penuh dgn fantasi2 yang indah. mengkhabarkan yang kita dulu melalui musim2 yang membangkitkan pelbagai nostalgia disebalik sebuah tali persahabatan...

kawan,
saya bukan pelipur lara yang terhebat untuk mengenang kembali segala kisah dan cerita hidup kita...tetapi saya cuba untuk menjadi penghibur duka lara sewaktu kita melihat kembali kepada memori itu..setelah sekian lama baru saya sedar apa yang kita perolehi hari ini adalah satu anugerah dari-Nya...kerana ketentuan-Nya adalah kebahagiaan kita....

p/s: buat kawan,sahabat,rakan,teman dan taulan....saya rindukan semua kenangan kita...

noktah




No comments:

Post a Comment