Wednesday, June 6, 2012

naluri

semua org ckp..kalau pregnant pakai cantik2 mesti preggy anak perempuan..aku senyum..bagi aku takla cantik mana pun..tapi aku suka pergi ofis utk kelihatan ok dimata aku dan di mata org lain..

tapi naluri aku berkata aku preggy baby boy..at least tanda2 yang aku baca kat mr google banyak menjurus ke arah baby boy..tapi aku redha..sebab aku tak perlu nak demanding..tuhan dah bagi aku utk preggy pun aku dah bersyukur..

by da way alhamdullillah naluri aku tepat..memang aku preggy baby boy..mus?tersenyum sampai ke pipi..aku pun tak sangka sebenarnya..sebab aku tak suka makan seafood time pregnant...tak makan asam apatah lagi jeruk..kerana ni tanda2 menjurus ke arah baby girl..pepehal semua tu kehendak tuhan..aku hanya mampu lakukan yg terbaik utk baby aku..aku menjadi org pertama dlm family pi follow-up every week kat klinik..sampai misi kat situ boleh tanya "awk tak boring mai klinik tiap2 minggu?"..aku?sabar jela..


noktah

Saturday, May 12, 2012

noktah hidup

berbalik pada hukum alam yang sebenar memerlukan kekuatan yang nyata...
bukan senang untuk memberi kekuatan pada diri sendiri...
ya allah ya tuhanku..kau maha pengampun lagi maha pengasihani..
menemuikan aku pada paksi dan ke arah jalan yg benar..
biarlah pada manusia yg suka meramal tentang apa keadaan kita..
kebenarannya hanya kita saja yg tahu..

aku masih begini dan masih mencari..
menjadi seorang pencinta dan perindu yang sejati..
selama mana aku mampu bertahan aku serahkan kepada allah s.w.t untuk menentukannya..


manusia boleh berubah begitu juga aku..kerana aku juga adalah manusia..


noktah

Thursday, May 10, 2012

untuk kamu

aku mahu menangis tetapi kenapa air mata ini tidak mahu mengerti..
mungkin air mata ini tahu sekiranya aku menangis,aku tidak mampu untuk bertahan..
aku bukan keras hati...aku bukan pentingkan diri sendiri...aku buat semua ini demi cinta...
cinta aku cinta sejati..cinta yg tidak boleh ditukar ganti...cinta yang hanya aku dan tuhan saja yg tahu..
segala tuduhan aku telan dengan pedih...segala apa yang aku rasa biar saja diam sejuk membeku jauh di sudut hati..biarlah hanya aku saja yg tahu..
tidak perlu siapa2 pun tahu apa yg aku rasa..baik hidupku baik matiku...
kamu jadilah yang terbaik..kamu tuduhlah aku semahunya kamu..
kerana aku tetap saja begini...


noktah

Tuesday, May 8, 2012

lega

aku rasa lega..at least aku sudah terlepas daripada org yg suka menilik kesalahan org lain tanpa berfikir apa yg berlaku sebenarnya..kadang2 org suka menilai kesalahan kita yg lepas dan sedangkan kita kesali kesalahan kita seperti kita rasa tak mahu hidup.takkan kita nak heboh kat satu dunia "ok aku hari ni dah berdoa 10 kali supaya aku diampunkan tuhan"..tapi biasalah manusia..sekali kita buat buruk,kita akan nampak buruk selama-lamanya..sedangkan diri sendiri tak dinilai baik dan buruknya...
at least aku tak berlagak yg aku ni bagus..takde keluar modal untuk tunjuk aku baik...tak berlagak yg aku ni bagus sampai bagitau kat org sekeliling yg semua org suka aku..

noktah..

Sunday, April 22, 2012

bingkisan buat musfani

terima kasih hanya untuk kamu...
pendokong watak dan penglipur lara dikala aku masih jauh hanyut dibelai dosa..
kamu hadir memeluk daku sambil membisikkan kalimah2 Allah..

kamu yang paling mengerti baik dan jahatku..
kamu yang mahu terus memegang tanganku dikala rebahku..
aku hanya mahu cinta dan kasih sayang kamu..

kamulah suami,kekasih dan teman untuk hidup bersama mati berdua..


noktah

Friday, April 13, 2012

Jangan berputus asa pendosa.

Bukan hendak menyuruh jangan berputus asa dari melakukan dosa.


Tetapi janganlah berputus asa untuk meninggalkan dosa.
Kadangkala kita ini kelemahan banyak, kekurangan banyak, banyak melakukan kesilapan dan kesalahan, banyak tidak mengikut lunas-lunas Islam dan tidak mampu menjadi muslim/muslimah yang baik. Tetapi janganlah dosa-dosa itu membuatkan kita lemah dan ber...putus harap kepadaNya.

Ini bukanlah menandakan keredhaan kita terhadap dosa. Tidak. Jangan berdiam. Jangan tidak berbuat apa-apa. Jangan sesekali merasa redha dengan dosa yang kita sendiri lakukan. Marahlah diri, walau tak mampu meninggalkan. Sentiasalah berulang kali menyesal. Timbulkanlah rasa jijik apabila melakukan dosa, dan geramlah kepada diri apabila mengulanginya. Namun jangan sesekali menyatakan – “Inilah dia takdir aku, jahat, tak mampu jadi baik. Allah dah tak sayang aku.” Jangan.


Walau seluruh manusia mencaci kita bila melihat dosa kita, ketahuilah bahawa Allah SWT mengetahui betapa kerasnya kita berusaha meninggalkannya. Manusia tidak mampu menilai perkara itu. Tetapi Allah mampu. Manusia tidak mampu bersabar dengan itu, tetapi Allah mampu. Allah adalah yang keampunanNya, rahmatNya, melebihi segala sesuatu.

Maka janganlah berputus asa dengan Allah SWT.


Walau diri berpakaian seksi, walau diri tidak bertudung, walau diri merokok, walau diri melakukan maksiat yang besar seperti minum arak, ketagih dadah dan sebagainya, jangan sesekali berputus asa. Jangan tutup pintu antara kita dengan Allah SWT. Jangan. Percayalah kepada Dia, walau percaya kepada manusia itu telah tiada. Teruslah rasa menyesal, teruslah berkali-kali bertaubat. Biar kalau tidak sempat menjadi baik, menjadi muslim/muslimah yang soleh/solehah dalam kehidupan kita, maka biar kita mati dalam keadaan kita berusaha!
Dengarlah firman Allah SWT:
“Katakanlah, Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh,Dialah yang Maha Pengampung, Maha Penyayang.” Surah Az-Zumar ayat 53
Ini bukan lesen untuk terus berdosa.

Tetapi ini adalah larangan berputus asa kepada rahmatNya.

Teruslah mencari keampunan.
Berkali-kalilah bertaubat.
Berulang kali lah menyesal.
Jangan berhenti untuk rasa jijik dengan dosa, jangan sesekali redha dengannya.

Walau selepas itu kita ulang dan ulang dosa kita. Walau selepas itu kita masih tersungkur. Jangan sesekali berputus asa.

Tidakkah kita lihat, betapa luasnya keampunan Allah SWT kepada kita?
Sesungguhnya Dialah yang akan menghitung kita di akhirat, dan bukannya manusia.
Maka apakah pantas bagi kita, untuk berkata: “Aku memang ditakdirkan jahat begini. Allah tidak sayang aku.”


Jangan. Bergeraklah menjadi baik, walau jatuh banyak kali. bergeraklah menjadi hambaNya yang sejati, walau banyak kekurangan diri. Dia adalah yang luas pandanganNya. Dia akan mengira semuanya walau sekecil zarah!


Jangan berputus asa wahai Pendosa!


Mari Menjadi Hamba!


langitilahi
 
 
 
 
noktah

Tuesday, April 10, 2012

kekuatan hati

tuhan bagi dugaan untuk kita tahu yang kita ni adalah hambanya...bukan sesiapa pun untuk mendabik dada..
itulah yang aku rasa sekarang ni...allah bagi aku pregnant dan dlm masa yang sama allah bagi aku dugaan...
dan aku perlu redha kerana itu saja yang perlu aku tahu...demi seorang anak di dalam kandungan aku rela untuk menahan dugaan ini...walaupun aku tidak kuat tapi aku akur,tuhan sudah ada plan untuk masa depan aku...cuma aku sahaja yang tidak tahu..

tolong doakan yg terbaik buat aku..aku kerdil..aku lemah tetapi aku tahu...aku tak boleh mengalah...demi org yg aku syg yang sentiasa ada disisi aku...yang sentiasa lakukan yang terbaik buat aku..

keputusan yang dibuat tak bermakna aku org yg lemah dan tak bermaksud untuk tunduk jatuh rebah menyembah bumi tanpa sebarang pengharapan...aku bukan seperti perempuan yang lain...yang dapat tgk dua line setiap tahun...punya rahim yang kuat untuk menampung....punya kekuatan untuk hidup melangkau batasan..

aku lemah..sgt2 lemah...tapi demi kandungan ini aku kena kuat...bukan mudah untuk menjadi aku..

kupanjatkan doa supaya apa yang ditakdirkan berlaku ini ada hikmahnya...aku mahu kuat...dugaan yang mendatang ni bukanlah satu ketidaksempurnaan tetapi adalah suatu kemanisan di dalam kehidupan ..itu yang aku kena sedar sebenarnya...

minggu depan permulaan untuk fasa kedua...fasa bertemu yang arif menentukan yang aku ni di tahap yg bagaimana...aku hanya mahu harta tak ternilai ini selamat...selamat dunia dan juga selamat diakhirat...amin...........


noktah