Friday, February 5, 2010

10 perkara

10 perkara tentang saya:

1) Nama penuh

Nama penuh saya wan huswani w husin (gabungan dari nama wan dan mak saya)..nama ini diberi oleh k.long saya.

2) Pencinta makanan

Saya adalah seorang pencinta makanan yang tegar...hahahah..pantang dengar tempat makan yang best di Kuantan saya dan en.mus terus akan pergi menerjah....selalunya kalau kitaorang turun KL bukan pergi shopping tetapi pergi makan benda yang tidak pernah kami rasa...kepada sesiapa ada suggestion tempat makan yang bagus2 silalah memberitahu saya.

3) Bukan kaki shopping

Mesti ramai yang terkejut seorang perempuan tidak suka bershopping..tetapi itulah saya.saya seorang yang simple di dalam membeli barang2 keperluan dan barang2 bagi memenuhi kehendak saya..masuk pasar raya, ambil barang yang diperlukan kemudian blah..begitu contra dengan en.mus yang suka membelek barang2 sampai berjam-jam lamanya.selalunya jika ini terjadi,saya akan membeli buku dan mencari tempat duduk sambil menunggu en.mus shopping..(tunggu 4 -5 jam pun takpe).

4) Gila buku

Saya rasa ramai dah tahu pasal hobi saya ini.Saya boleh menghabiskan masa berjam2 lamanya membaca buku tanpa makan dan tidur.

5) Benci Matematik

I don't wanna talk about this...so bored.

6) Pengumpul magnet peti

Memang hobi saya selain membaca buku. Magnet peti yang paling mahal yang pernah saya terima berharga RM14 (kalau tak silap saya).Dihadiahkan oleh adik perempuan saya.I really love it.

7) Mempunyai 10 orang adik beradik

Dulu saya cukup menyampah dengan adik beradik saya..hahahaha..sebabnya setiap kali semua berkumpul saya terpaksa tidur diluar kerana tidak cukup bilik..Tetapi sekarang tidak lagi..Adik-beradik saya adalah anugerah yang terbaik saya terima(selain daripada en.mus).Suka berkumpul jika ada kenduri dan pada hari raya.Berkongsi apa2 sahaja terutamanya dengan dua adik perempuan saya (nab2 dan nanobed).

8) Takut tua

heheheh..kenyataan yang ikhlas daripada saya.sebab tu saya lebih rela berpakaian macam budak2 sekolah menengah daripada bergaya sakan kerana takut nampak tua...what a stupid behaviour...hahahaa

9) Tidak suka pada barang kemas

Ini satu lagi perangai yang bertentangan dengan sifat semulajadi seorang perempuan. Bagi saya barang kemas bukan keutamaan saya wujud dimuka bumi ini. Tapi ini tidak bermaksud jika seseorang menghadiahkan barang kemas,saya akan menolak.Cuma saya bukan tergolong didalam golongan pencinta barang kemas.maksudnya saya tidak akan cemburu pabila melihat rakan-rakan bergaya dengan barang kemas sampai ke lengan.(selamat duit en.mus..hahahah)

10) Saya bukan seorang yang sombong seperti yang selalu diwar-warkan

Pernyataan diatas ditujukan buat sesiapa yang mengatakan saya seorang yang sombong.Saya bukan seorang yang sombong tetapi sedikit berat mulut bila berkenalan dengan seseorang yang baru dikenali.

Nota kaki:
(Mulai hari ini penggunaan "aku" akan ditukarkan kepada "saya" memandangkan saya mendapat sms maut daripada 3 orang teman yang menyatakan blog saya terlalu serius dan nampak tua bila perkataan "aku" digunakan..hampeh punya kawan..hahahaha..)

2 comments:

  1. anda adalah anda..hehhehehe...habit mbaca xpenah padam.dulu taim blajar, nak mandi bole postpone2 kan, sbb pengan buku sinchan.wakkakakakakakak....

    ReplyDelete
  2. hehehe...it's me..never change..until now k.amy..hahaha

    ReplyDelete