Tuesday, February 2, 2010

kata seorang teman

seorang teman pernah berkata kepadaku:

teman:
kadang-kadang hidup ini hanya tipu muslihat.tiada yang benar2 gembira dan tiada yang benar2 sedih.hari ini kita gembira,hari esok belum tentu gembira lagi.hari ini bersedih,hari esok belum tentu sedih itu hilang.

aku:
apa yang engkau jangka dari dunia sekecil ini.keabadiaan terhadap kehidupan?

teman:
bukan begitu maksud aku.cuba kau renungkan hidup kita ini..bukankah hanya tipu belaka?

aku:
kawan,bukankah kita tahu dunia ini hanya pinjaman sahaja.bukannya selama-lamanya.jadi diwaktu yang sedikit ini aku rasa tak salah kalau kita ikut segala tipu muslihat itu.

teman:
aku tahu semua itu...tapi sampai bila?selagi kita bernafas selagi itulah perkara ini tetap berlaku.pernah tak engkau berfikir kenapa kita perlu gembira sedangkan kita akan bersedih...?kenapa kita perlu bersedih sedangkan kita akan bergembira?

aku:
hahahaha...engkau umpama penyajak kawan...umpama orang seni...terlalu memikirkan sesuatu yang abstrak.apa yang engkau mahu di dalam dunia ini?hidup yang hambar tanpa suka duka?hidup umpama hari esok kita sudah tahu apa takdirnya?kawan,kadang2 kita perlu sedar apa yang berlaku pada diri kita,pada sekeliling kita dan apa yang berlaku didepan mata kita adalah pentas kehidupan.aku rasa tak salah kalau kita berlakon untuk dapat satu erti kehidupan.tak kiralah gembira atau sedih sekali pun.

teman:
tapi sampai bila?

aku:
sampai penghujung nyawa kita..

teman:
aku rasa penat dengan semua ini.

aku:
kenapa?

teman:
kerana aku terpaksa menyandang pelakon terbaik di dunia...

kami merenung ke dalam fantasi kami sendiri.kadang-kadang apa yang berlaku mungkin sudah tersurat tapi bukankah kita mampu unutk mengubahnya?



2 comments:

  1. Hahaha...nak tergelak lah pulak! Macam tak payahlah basuh baju, sebab kita nak pakai semula. tak payah lah basuh pinggan sebab kita nak guna balik! Itulah hakikat kehidupan...lakukan yang terbaik kerana kita x ader peluang kedua!

    ReplyDelete
  2. betul3...buat yang terbaik...sokong k.nik

    ReplyDelete