Friday, March 19, 2010

cinta seorang teman

saya bukanlah seorang pakar nasihat dan pakar motivasi yang ulung di dalam menasihatkan seseorang terutamanya di dalam perhubungan cinta tetapi saya seorang pencinta menyebabkan saya suka terlibat didalam keadaan ini. saya mendapat email daripada seorang teman.cukuplah saya gelarkan dia sebagai Z seorang perempuan yang cantik,bijak,mudah tersenyum dan seorang yang setia pada pandangan mata saya.di bawah ialah sedikit sebanyak luahan hati Z kepada saya:

wani,

ko kena tolong aku wani.aku tengah keliru sekarang ni.aku dah jatuh cinta wani..pada seseorang.seorang lelaki.

(pada mulanya saya ingatkan dia main2 kerana dia sudah bersuami dan mempunyai seorang anak yang sungguh comel)

aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni.setiap kali aku melihat dia hati aku akan berdebar2.senyuman dia sungguh menawan hati aku.telatah dia begitu mempersonakan.kenapa dgn aku wani?adakah aku dah gila?aku sayang pada suami aku...aku sayang pada anak aku..ko kena tolong aku..(email Z berakhir disitu)

(OMG!kawan saya ini betul2 sudah jatuh hati kepada si mamat sorang ni.saya tahu percintaan Z dengan suaminya bukanlah suatu yang dirancang oleh keluarga.mereka bertemu lalu jatuh cinta.mereka bahagia dengan kehadiran anak lelakinya itu.nak kata suaminya seorang yang curang,pada firasat saya itu tidak mungkin terjadi.suami dia seorang yang berkerjaya,manis dan terlalu menyayangi Z)


kemudian saya membalasnya dengan bertanyakan adakah lelaki tersebut tahu yang Z sudah jatuh cinta padanya?siapa lelaki itu?

Z membalas:

dia tak tahu aku sudah jatuh cinta padanya.dia..dia..kawan suami aku..(masa ni saya rasa macam nak pengsan)..bodohnya aku wani.menyintai setelah mempunyai suami dan anak.kenapa ini semua terjadi pada aku?

saya membalas email kepada Z:

Z,

ko dengar sini..aku tahu bagaimana perasaan ko.kita akan lupa dimana kita berpijak setelah kita jatuh cinta.semuanya begitu asyik dan mempersonakan.tapi ko harus tahu semua itu mustahil untuk ko..ko kena nilai yang mana baik untuk ko.lagi satu belum tentu lelaki tu nak kat ko kan..?ko ada suami yang begitu penyayang.cubalah ko kenang kembali saat2 manis ko bersama suami ko.aku tahu semua ini susah untuk ko buat tetapi ko kena berusaha kawan..bukan senang nak menepis perasaan yang hadir dlm diri kita tetapi ko kena buat semua tu demi anak ko,demi sebuah dosa yang akan berlaku,demi satu hubungan dan demi ko seorang yang bergelar "isteri".

19hb march 2010

sampai kehari ini saya masih ternanti2 email dari Z.menunggu respon daripadanya.saya mahu dia tahu yang saya sentiasa sayang kepadanya.namun jawapan darinya belum lagi saya terima.begitu mudah untuk manusia jatuh cinta.begitu mudah untuk kita merindui pada orang yang belum tentu akan merindui kita.

buat Z,saya tahu awak mengikuti blog saya.bukan niat saya untuk mendedahkan hal ini.tetapi saya nak insan2 diluar sana mengerti yang kita ini hanya manusia biasa..dan kita tidak mampu untuk mengubah apa2 tetapi kita mampu untuk berusaha untuk kebaikan diri kita sendiri.

kadang2 kita akan terkeliru dan kadang2 kita akan tersasar jauh, tetapi semua itu boleh dijauhkan dgn mengingati dan memohan petunjuk dari-NYA selalu.

titik...

2 comments:

  1. Cinta itu sikit pun tak bersalah kerana dia anugerah Allah. Dan ia juga adalah ujian Allah. Masih bernasib baik kerana lelaki yg dia jatuh cinta tu x tahu aper2.Kalau di balas...itu yg paling haru biru blues! Cara nya, serah semula kepada Allah. Nasihat Kak Nik pada Z, buat solat 2 rakaat bila rasa keliru atau rasa nak gila tu dtg. You have no idea what I've been thru...hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. betul k.nik.cinta tidak salah..sebaik2nya kembali kepada allah..saya pun pernah mengalami perasaan keliru tetapi saya tetap waras dan masih kekal disini..hehehe

    ReplyDelete