Wednesday, May 12, 2010

...rindu kamu....

OMG! sungguh2 saya rindukan kamu...biar hari2 bertemu saya tetap rindu pada kamu..saya mahu peluk kemas dan kejap supaya kamu tak mampu pergi dari saya...saya mahu cium pipi kamu supaya tidur saya lena dibuai mimpi...sungguh saya rindu pada kamu...biar org cakap saya gila..biar org cakap saya tolol...biar org cakap saya bongok...biar semua itu...sebab saya tahu gila saya, bongok saya dan tolol saya adalah kerana kamu...dan kamu pun tahu dan kenal saya sejelas yg mungkin yang saya kekasih kamu sampai mati..

noktah



maaf kerana tidak menjadi yg terbaik

saya bingung bila memikirkan apa masalah kita..rendah,tinggi,lebar,panjang,bujur,bulat dan bla bla tentang masalah kita yang tak pernah2 nak selesai...saya menangis bukan kerana saya sedih tapi saya takut saya tak mampu jadi yg terbaik ..saya senyap bukan bermaksud saya marah tetapi saya takut saya menyakiti hati kita...

maafkan saya kerana tidak menjadi yg terbaik untuk kisah kita buat masa sekarang...

noktah

Monday, May 10, 2010

...c.i.n.t.a....

saya mahu lupa tentang penat dan lelah cinta saya.kalau boleh saya hanya mahu duduk,senyap,sepi dan rebah di tilam empuk sambil mendengar lagu2 kegemaran saya...kalau saya punya waktu secukup itu sudah pasti saya akan ada waktu untuk tidak bercinta..saya kaget dan buntu bila saya merasa erti cinta.saya jadi takut pada rasa itu.cinta bagi saya adalah sang penipu yang mempergunakan manusia supaya gembira dan sedih.dan sekarang saya dipergunakan oleh cinta..saya mahu sepi dari cinta.saya mahu sakit tanpa cinta.saya mahu kosong dihati dan pemikiran saya dari cinta.saya hanya mahu sendiri dan tenggelam di dalam lautan tanpa cinta..tapi mampukah saya..saya tidak suka bercinta dan dicintai..cinta buat saya bukan seperti saya.cinta buat saya jadi lain..sebab itu saya mohon cinta itu digari dan dipenjara jauh dari rasa saya.

"cinta itu sungguh mempersonakan"

memang cinta itu begitu.saya boleh memegang apa yang saya mahu adalah kerana cinta..kerana cinta itu begitu indah dan mempersonakan..cinta itu buat saya resah tetapi tetap mempersonakan.cinta itu buat saya lemah dan tetap ia masih lagi mempersonakan..saya jadi letih kerana cinta..saya mahu jauh dari cinta...kalau boleh sejauh yang mungkin..sejauh bintang diangkasa ....tapi saya tak mampu..

kerana cinta itu telah sebati dan tepu dijiwa saya..sakit rasanya bila memikirkan semua ini...pedih bila hati merasa semua ini dan..

saya benci pada cinta ..




noktah


Thursday, May 6, 2010

diam dan senyap

saya mesti diam pada hari ini...

saya malas nak bercakap...

saya dah penat...

saya sakit hati @ hati yg sakit..

saya mahu layan dunia saya sendiri...

saya letih dgn sesiapa yg buat saya letih...

saya mahu termenung dari malam ke siang...

saya mahu senyap sebisu mungkin...

saya malas nak ketawa dan berlucu...

saya mahu sepi terbujur rebah di bumi....

saya mahu lelap memandang kedalam kegelapan....

saya mahu balut kedukaan dgn air mata....

saya benci diri saya yang tidak boleh senyap....

saya benci diri saya yang mahu diam tetapi tidak boleh diam...

saya benci diri saya yang anbil peduli tentang sesiapa tetapi tidak mampu...

tolong...

jangan ganggu kehidupan saya...kerna saya mahu diam dan senyap di waktu ini


noktah



Wednesday, May 5, 2010

...kosong....

ah..celaka...hidup ini terlalu banyak pilihan...

terlalu banyak godaan...

terlalu banyak celakanya...

terlalu banyak kesakitannya...

kalau boleh aku mahu jadi seorang yg sesat dijalanan...

supaya aku tidak banyak mengerti tentang dunia yg bungkam dek kerana kealpaan...


aku benci diriku...

yang terlalu lalai di dalam mengejar erti secebis dunia...

yang terlalu taksub meratah daging2 kemewahan...

sehingga lupa langit di atas dan tanah di bawah...

sehingga sanggup menjadi boneka yg dirantai ketat, disilang rapat...


aku mahu pergi...

dari dunia propa ini..

dari dunia kalut dan haru-biru ini..

dan

aku mahu sendiri..

jauh dari sesiapa yang aku sayang, yang aku benci, yang aku damba, yang aku kasih,yang aku sumpah

kerna aku kosong...tiada erti sebagai manusia, tiada erti sebagai perempuan...


noktah


Tuesday, May 4, 2010

jadi orang yg biasa

aku tak mintak untuk jadi pak menteri memimpin negara atau pendita untuk mentafsir mimpi...

aku tak mintak untuk menjadi adiwara penyelamat dunia atau doktor merawat derita..

aku hanya mahu menjadi orang biasa....orang yang duduk dikelompok biasa dan menjalani hidup yg biasa2...

aku hanya mahu kerja yg biasa2....

aku hanya mahu orang mengenali aku sebagai org yg biasa2....

bukan mahu digelar superstar atau peneroka awan di angkasa..

orang biasa akan buat aku tenang...

orang biasa akan buat aku bahagia...

orang biasa akan buat aku ketawa gembira...

dan

aku kalau boleh ingin jadi org biasa..

tidak perlu sakit pening, sakit hati dan letih seperti org tak biasa..

aku hanya mahu bertendang dan sepak terajang seperti org biasa..

aku hanya jadi org biasa yang dipeluk buku sampai mati..

aku hanya mahu jadi orang biasa yg direnung oleh kekasih sampai ke tua...

aku hanya nak jadi orang biasa..itu saje yg aku pinta....please.....


noktah



Saturday, May 1, 2010

puas hati dapat berwayang

sorry ya kawan2...saya nak bagitau yg saya dah tgk:

IP MAN 2 & IRON MAN 2...

pada hari yang sama tetapi di waktu yg berlainan...*thumb up*

komen dari pengkritik tetap:

kedua2nya best tak hingat...yay! *sambil lompat2 katak*

cadangan dari pengkritik tetap:

hang pi lah tgk..tak rugi...


noktah