Saturday, January 30, 2010

kisah di suatu hari

alamak nape aku dah 27 tahun...?aku rasa baru je semalam aku 17 tahun..setiap kali aku merungut begini en.mus mesti cakap "saya lagi la dah 36 tahun...tak kisah pun.."eee..benci ar en.mus ni...memang la dia dah 36 tahun tapi nape muka en.mus tak nampak macam 36 tahun..arghhh...tension aku.."awak ni saya serius ni tau tak.banyak benda lagi yang saya tak buat,"ujar aku.."hahahaha...awak dengar sini..semua tu tak penting.yang penting sekarang ni awak ada saya yang akan terus menyayangi dan menyintai awak.mengerti?"balas en.mus...."tapi umur saya tetap 27 tahun.macam mana ni?"soal aku lagi...sambil tersenyum en.mus bersuara"27 tak bererti tua tapi bererti sudah 27 tahun awak hidup dimuka bumi ni.27 tahun awak merasai nikmat sebagai seorang muslim.awak patut bersyukur berbanding org lain muda2 dah takde.ada paham makcik wani,"..dengan lantas aku menjawab"iya la...nanti bila saya 28 tahun awak ubah je ayat awak tu ;28 tak bererti tua tapi bererti sudah 28 tahun awak hidup dimuka bumi ni.28 tahun awak merasai nikmat sebagai seorang muslim.awak patut bersyukur berbanding org lain muda2 dah takde.ada paham nenek wani"...

reaksi en.mus:tergelak sampai tergolek...
reaksi aku:muncung panjang sedepa

Friday, January 29, 2010

mimpi itu

aku benci pada mimpi2 ngeri..ia buat aku terlupa seketika yang tuhan masih wujud..tuhan yang sentiasa menjanjikan seribu kerahmatan diwaktu tidur...arghhh...mimpi kehilangan sesuatu yang paling aku benci...entah mimpi ini dah kali yang ke berapa didalam hidup aku..oh tuhan..kupohon jangan diambil nyawanya selagi aku masih bernafas..dia nadiku,jantungku,nafasku,cintaku,rinduku dan tanpa dia aku umpama hidup di alam lain..

mimpi kehilangan en.mus!cukuplah sudah aku kehilangan wan jangan lagi kehilangan sesiapa.bukan menolak takdir dar-Mu namun aku tidak sanggup untuk meratapi ketiadaannya nanti..en.mus umpama sinar bagiku..yang mencorak aku menjadi begini..menjadi diri aku yang baru..menjadi hidup ini lebih dihargai..menjadikan aku insan yang lebih baik dan senpurna dari sebelumnya..ya allah kau tahu betapa terlalu mendalam cinta dan keabadiaanku ini kepadanya.

kebaikannya terlalu jelas sampaikan diwaktu pagi ketika bangun tidur aku terus melihat disebelah kerana takut untuk kehilangan renungan matanya..senyuman yang terukir dibibirnya umpama angin yang menyapu lembut kemukaku bagi menenangkan kegelisahan ini.

mungkin org akan cakap aku terlalu taksub terhadap suami sendiri..hahaha..apa aku peduli..apa aku kisah..nyawaku entah dimana penghujungnya..didalam kesempatan yang sempit ini aku tidak mahu mensia-siakan hidupku untuk tidak memikirkan tentang dirinya.setiap hari bersamanya akan aku pastikan dialah segala-galanya bagiku..(walaupun aku tinggalkan dia diwaktu tenggelamnya aku didalam keasyikkan membaca buku..maafkanlah isterimu ini).sedetik bersamanya umpama seribu tahun yang berlalu..kerana bagiku sedetik itu adalah masa yang terlalu berharga untuk di abaikan ketika bersamanya..

entah mengapa akhir-akhir ini aku dapat merasakan aku begitu teruja dengan segala perlakuan dia..adakah aku sudah hilang kewarasan diriku..?adakah aku terlau obses dengan perhubungan ini?rupa-rupanya aku belum sedar yang sebenarnya itu bukan ketidakwarasan dan obsesi tetapi kemuliaan hati seorang insan bergelar "suami" membuatkan aku jatuh cinta berkali-kali padanya.selama tiga tahun ini tidak pernah kurasa ingin pergi darinya..selama tiga tahun ini belum sekalipun terdetik dihati ini untuk tidak merindui dirinya..selama tiga tahun ini tidak pernah kumerasakan bahagia sebegini rupa..selama tiga tahun ini tidak pernah dia tinggalkan aku ketika aku diselubungi penderitaan..selama tiga tahun ini hatinya,jiwanya,jasadnya dan kebaikkannya aku semadikan bersama-sama nafasku..terima kasih buat suamiku yang selalu tersenyum diwaktu kelamku,yang berduka diwaktu kesakitanku,yang menghangatkan jiwaku diwaktu aku diabaikan dan terima kasih diatas anugerah ini tuhanku..anugerah yang paling indah buat diriku sebagai seorang isteri..

ya allah kekalkan hati ini bersama-sama cintanya..cerahkan dan terangilah hidupnya dengan matahari kebahagiaan..jauhkanlah dirinya dengan ketaksuban dunia..permudahkanlah hidupnya didalam mencari nur kasih-MU..tenangkanlah hatinya diwaktu ujian-Mu melanda..kuatkanlah imannya tatkala dunia ini mula bergoyang..tabahkanlah kekuatan jiwanya disaat aku pergi nanti dan damaikanlah hatinya diwaktu dia keseorangan kelak..

i love you more than everything..my life,my joy,my soul..only you my beloved husband..en.mus

(terbaca facebook kawanku lynn..menangis kerana mimpi..tidak pasti pula apa mimpi tersebut..aku pun pernah begitu..lynn..it's only a dream my dear..seandainya mimpi itu sama dgn mimpi aku..percayalah cory akan tetap disisi)

Thursday, January 28, 2010

kesyukuran dalam tangisan

hari ini aku menghabiskan sisa2 masaku dgn menonton dvd lord of the ring..macam biasa lepas tengok mesti nangis..hahaha..cengeng..terpikir untuk membaca nukilan k.amy diwaktu petang begini..berita gembira disampaikan pada blognya..k.amy pregnant anak kedua..ya allah syukur kerana telah mengurniakan satu lagi nyawa didalam perut insan yg bergelar hawa.kegembiraan boleh dirasakan walau hanya dgn membaca blog.tahniah k.amy..tetapi disebalik kesyukuran ini,ada berita sedih yang dapat aku baca dilampiran blog k.amy...awin keguguran..ya allah rahmatilah anak itu..aku mengerti betapa susahnya untuk mendapat anugerah yang satu itu...terlalu senang bagi yg senang dan terlalu susah bagi yg susah..bila terpikir aku pun sama..menanti dan terus menanti kehadiran yang "satu" walaupun aku belum pasti bila dia akan tersenyum kepadaku..menanti dgn penuh harapan pada mulanya sehingga dipengakhiran ini aku redha dgn ketentuan tuhan.memiliki suami yg memahami dan yang sentiasa tersenyum mendamaikan hati yang selalu keresahan.aku tahu aku tidak boleh beralah..aku kena kuat..demi "dia" yang belum hadir,demi suami yang menangis dan senyum bersama dan demi aku yang takkan lemah kerana ujian ini..aku tahu setiap perkara dan ujian ini ada hikmahnya..aku mengerti tuhan ingin terus aku tabah dan sabar dgn ketentuan dari-Nya..saat itu akan tiba walau setua mana untuk aku menunggu..walau sedikit waktu yang bersisa..buat k.amy tahniah..buat naza,atie dan yana;sabarlah menanti kehadiran "dia" dgn setulus jiwa..buat awin,bersabarlah untuk seketika..sinar itu pasti akan hadir..percayalah pada kuasa tuhan..kerna Dia tetap dipihak kita

hadiah diwaktu malam

semalam en.mus balik lambat."hadiah untuk awak",kata en.mus..hadiah?apa benda en.mus buat lawak malam2 buta ni..

"Puan Wanie,Penghargaan terima kasih tak terhingga.Tiada apa yang dapat diberikan...Terimalah seikhlasnya" kad ucapan kecil itu ku baca.."siapa yg bagi?"tanya aku pada en.mus..pelik?aku pernah tolong orang ke?setahu aku takde.puas aku pikir siapakah tuan punya tulisan ini.tulisannya agak sedikit condong ke kiri dan mirip betul dengan tulisan kawan yang telah lama tidak aku jumpa, Zalilah.

"sape yg bagi...cakaplah",gesa aku pada en.mus.."A****L yg bagi".tanganku masih memegang kain baju kurung yang berwarna hijau itu..."iya ke?nape awak ambil.kan saya dah kata sy tolong dia ikhlas,"suaraku mendatar.."Dia ikhlas nak bagi.Terimalah dgn senyuman.Bukannya muncung yg boleh disangkut hanger",En.Mus melawak..Hahahaha..Iya la tu..Aku masih merenung kain baju kurung itu.Niatku menolong "kawan" tu hanya suka2.Tidak perlulah aku nyatakan apa pertolongan yg telah aku berikan.Cukuplah aku katakan pertolongan itu kerana kesukaan aku tehadap ilmu.Apa-apa pun terima kasih "kawan" di atas hadiah ini.Cantik dan bolehlah aku bergaya untu hari raya nanti(alamak.lupa lah raya lambat lagi..huhuhu).

Tuesday, January 26, 2010

last day

hari last day aku di XXXXXX (tak perlu disebut).rasa happy sgt2 sebab aku dah bebas dlm erti kata sebenar. tetapi sedih untuk meninggalkan 3 kesayangan..i wish that we can work together again...bye2 semua..

Monday, January 25, 2010

tuhan maha adil

aku benci bila org cakap some thing bad kat en.mus..hei..what the h**l?bukan nak kata en.mus perfect tetapi jangan cakap sesuatu yang tak betul..kalau betul en.mus macam tu aku tak kisah.tapi tolong jangan cakap sesuatu yang en.mus tak buat..tolonglah tengok diri tu sikit.aku memang menyampah dgn org yang tak kenang budi macam ni.selama ni masa engkau org susah datang cari kitaorg bila dah senang kutuk kat belakang.ada kitaorg kisah ke selama ni pasal korang.korang nak tunggang terbalik ke, korang nak buat apa ke ada kitaorg masuk campur.

wahai manusia...tolonglah amik cermin tgk muka korang kat cermin dan pikirlah dgn teliti siapa anda sebenarnya.nampak alim tapi hati busuk..bila aku cakap kat en.mus dia tergelak."awak ni benda macam ni nak amik kisah.biarlah mulut diorg nak mengata.tuhan tu maha adil.saya percaya suatu hari nanti tuhan akan tunjuk mana yg betul atau mana yg salah",cakap en.mus..ai..ntahlah..betul jugak kata en.mus.erm..biarlah tuhan tu maha adil..tapi aku dah cakap awal2.."pepehal kalau diaorg mintak tolong lagi jgn cakap kat saya"..titik

hari minggu

Sabtu

Pagi

Semalam en.mus memberitahu aku yang dia nak berjoging ditempat biasa. Alamak malasnya nak ikut.Tapi bila difikir2 bagus jugak ni.Boleh aku luangkan masa menghabiskan novel "HORIZON CINTA" yang aku baca sekarang ni ditepi pantai. Sampai je kat pantai niat nak membaca novel terus cancel..why not aku join sekali joging..?cuaca yg mendung dan tidak panas..tapi masalahnya tak joging pun..just berjalan2 je..hampeh betul en.mus.."mula2 warm-up,kena jalan je.mana boleh berlari terus",kata en.mus sambil tersenyum..

Tengahari

Alamak tengahari nak makan apa?Adoi soalan yg paling benci aku nak fikir.Ikan dgn scallop ada lagi dlm peti..nak masak apa ni?pening2.yes..buat ikan celup tepung je la..so tengahari kami menjamu selera dengan ikan celup tepung + scallop celup tepung + nasi kosong..yummy..(iya ke?)

Petang

Keluar ke bandar.Konon-kononnya nak makan karipap panas dekat Taman Gelora, sekali kedai tutup da.

Malam

Kami solat maghrib di Terminal Makmur selepas membeli tiket untuk mak ke Johor pada 31.1.2010 nanti.."Nak pi mana lepas ni?", tanya aku."Kita pi Ocean ar", cakap en.mus. So dari terminal kami beralih pula ke Ocean (The Store).Macam biasalah kalau bershopping dgn en.mus, tak sah kalau dia tak pergi kebahagian dapur.Membeleknya bukan main, beli tak jugak."Eh...Tapis ni ok jugak",tiba2 en.mus bersuara.Aku tgk tapis ditangan en.mus."Erm,ok jugak.Baik awak beli", balas aku.
"Kalau saya beli lampu ni ok tak?", tanya aku sambil menunjukkan lampu yang boleh disangkut pada buku.Kalau ikutkan memang dah lama aku nak beli tetapi memandangkan harganya boleh tahan jugak nak dibandingkan dgn barangnya yang tak sebeberapa so aku membatalkan niat untuk membeli lampu tersebut.Tetapi malam ni aku bertanya sekali lagi kepada en.mus samada boleh atau tidak untuk aku beli lampu tersebut."Beli jelah senang sikit awak nak baca buku",cakap en.mus..yuhuuuuuu...selepas ni boleh ar aku baca buku kat dalam bilik memandangkan en.mus tak payah lagi terkenyit2 mata dia dek kerana sinaran lampu bilik yang menyala lantaran ketaksuban aku membaca buku sampai pukul 3pagi..huhuhu..

Seketika di The Store kami ambil keputusan menapak ke bangunan Parkson yang lama.Rupa-rupanya tiada apa-apa lagi perubahan pada bangunan tersebut.Kemudian kami beralih ke kedai buku MBS.Macam biasalah aku terus ke bahagiaan novel dan en.mus ke bahagian pen dan pensil.Alamak..Dah ada buku Twilight versi bahasa Melayu.Aku terus sambar je tanpa berpikir panjang.Wah..Malam ni boleh ar aku pulun baca buku ni malam ni..yes...

9.30pm

En.mus menuju ke kedai ekzos di jalan untuk mengambil spare part kereta(intercooler).Melayang RM350.00.

12.00pm

Good nite and sweet dream

Friday, January 22, 2010

penat....

penatnya hari ni..asyik tengok internet takde buat apa2 perkara yang berfaedah..boring...

terlambat

episod 1

aduh...hari masuk lambat kt tempat kerja..ni semua gara2 teksi yang tak nak berhenti ar ni..memang geram betul ar..tapi nak buat macam mana.benda dah nak jadi..*sigh*

hari ini aku menunggu teksi bersama-sama dengan budak2 sekolah..ai..bestnya kalau dapat putarkan semula masa dulu-dulu. jadi budak sekolah ni best.tak payah nak pikir pasal kerja,tanggungjawab,bayar hutang (ptptn) dan semua benda ar...pergi sekolah just study je..walaupun aku bukan pelajar cemerlang namun aku suka pada buku..teramat2lah suka..sampaikan kat rumah sekarang ni buku terpaksa dijual kerana tiada tempat untuk disimpan.hahaha...tapi aku tahu masa tu takkan kembali..walau menangis air mata darah sekali pun..

episod 2

semalam pi tengok wayang..."LEGION"..komen aku dgn en.mus ialah = hampeh. macam manalah cerita macam ni boleh terlepas kat wayang?...ai..tapi takpelah ..yg penting kami dapat luangkan masa bersama-sama..

episod 3

aku terlupa nak beli tiket bas untuk mak aku pergi johor..damn..macam mana boleh lupa ni?sorry mak..nanti anak mu ni pergi beli..insyaallah..

episod 4

...nothing to share...bye2

Thursday, January 21, 2010

terlalu lama

hahaha...lama betul tak memblog ni...kecemburuan waktu terhadap aku membuatkan aku ketiadaan masa untuk menulis...penat memikirkan perjalanan hidup yg tak pernah2 serik dari dugaan...bosan...itulah apa yg boleh aku luahkan...bangun pagi bersiap2 untuk pergi menunaikan tanggungjawab tanpa kerelaan hati...arghhhh...benci....kadang2 terpikir sampai bila harus begini...tapi aku percaya sinar itu akan tiba jua...bersabar selagi boleh bersabar..