Thursday, January 28, 2010

hadiah diwaktu malam

semalam en.mus balik lambat."hadiah untuk awak",kata en.mus..hadiah?apa benda en.mus buat lawak malam2 buta ni..

"Puan Wanie,Penghargaan terima kasih tak terhingga.Tiada apa yang dapat diberikan...Terimalah seikhlasnya" kad ucapan kecil itu ku baca.."siapa yg bagi?"tanya aku pada en.mus..pelik?aku pernah tolong orang ke?setahu aku takde.puas aku pikir siapakah tuan punya tulisan ini.tulisannya agak sedikit condong ke kiri dan mirip betul dengan tulisan kawan yang telah lama tidak aku jumpa, Zalilah.

"sape yg bagi...cakaplah",gesa aku pada en.mus.."A****L yg bagi".tanganku masih memegang kain baju kurung yang berwarna hijau itu..."iya ke?nape awak ambil.kan saya dah kata sy tolong dia ikhlas,"suaraku mendatar.."Dia ikhlas nak bagi.Terimalah dgn senyuman.Bukannya muncung yg boleh disangkut hanger",En.Mus melawak..Hahahaha..Iya la tu..Aku masih merenung kain baju kurung itu.Niatku menolong "kawan" tu hanya suka2.Tidak perlulah aku nyatakan apa pertolongan yg telah aku berikan.Cukuplah aku katakan pertolongan itu kerana kesukaan aku tehadap ilmu.Apa-apa pun terima kasih "kawan" di atas hadiah ini.Cantik dan bolehlah aku bergaya untu hari raya nanti(alamak.lupa lah raya lambat lagi..huhuhu).

No comments:

Post a Comment