Monday, January 25, 2010

hari minggu

Sabtu

Pagi

Semalam en.mus memberitahu aku yang dia nak berjoging ditempat biasa. Alamak malasnya nak ikut.Tapi bila difikir2 bagus jugak ni.Boleh aku luangkan masa menghabiskan novel "HORIZON CINTA" yang aku baca sekarang ni ditepi pantai. Sampai je kat pantai niat nak membaca novel terus cancel..why not aku join sekali joging..?cuaca yg mendung dan tidak panas..tapi masalahnya tak joging pun..just berjalan2 je..hampeh betul en.mus.."mula2 warm-up,kena jalan je.mana boleh berlari terus",kata en.mus sambil tersenyum..

Tengahari

Alamak tengahari nak makan apa?Adoi soalan yg paling benci aku nak fikir.Ikan dgn scallop ada lagi dlm peti..nak masak apa ni?pening2.yes..buat ikan celup tepung je la..so tengahari kami menjamu selera dengan ikan celup tepung + scallop celup tepung + nasi kosong..yummy..(iya ke?)

Petang

Keluar ke bandar.Konon-kononnya nak makan karipap panas dekat Taman Gelora, sekali kedai tutup da.

Malam

Kami solat maghrib di Terminal Makmur selepas membeli tiket untuk mak ke Johor pada 31.1.2010 nanti.."Nak pi mana lepas ni?", tanya aku."Kita pi Ocean ar", cakap en.mus. So dari terminal kami beralih pula ke Ocean (The Store).Macam biasalah kalau bershopping dgn en.mus, tak sah kalau dia tak pergi kebahagian dapur.Membeleknya bukan main, beli tak jugak."Eh...Tapis ni ok jugak",tiba2 en.mus bersuara.Aku tgk tapis ditangan en.mus."Erm,ok jugak.Baik awak beli", balas aku.
"Kalau saya beli lampu ni ok tak?", tanya aku sambil menunjukkan lampu yang boleh disangkut pada buku.Kalau ikutkan memang dah lama aku nak beli tetapi memandangkan harganya boleh tahan jugak nak dibandingkan dgn barangnya yang tak sebeberapa so aku membatalkan niat untuk membeli lampu tersebut.Tetapi malam ni aku bertanya sekali lagi kepada en.mus samada boleh atau tidak untuk aku beli lampu tersebut."Beli jelah senang sikit awak nak baca buku",cakap en.mus..yuhuuuuuu...selepas ni boleh ar aku baca buku kat dalam bilik memandangkan en.mus tak payah lagi terkenyit2 mata dia dek kerana sinaran lampu bilik yang menyala lantaran ketaksuban aku membaca buku sampai pukul 3pagi..huhuhu..

Seketika di The Store kami ambil keputusan menapak ke bangunan Parkson yang lama.Rupa-rupanya tiada apa-apa lagi perubahan pada bangunan tersebut.Kemudian kami beralih ke kedai buku MBS.Macam biasalah aku terus ke bahagiaan novel dan en.mus ke bahagian pen dan pensil.Alamak..Dah ada buku Twilight versi bahasa Melayu.Aku terus sambar je tanpa berpikir panjang.Wah..Malam ni boleh ar aku pulun baca buku ni malam ni..yes...

9.30pm

En.mus menuju ke kedai ekzos di jalan untuk mengambil spare part kereta(intercooler).Melayang RM350.00.

12.00pm

Good nite and sweet dream

2 comments:

  1. habit membaca dr dulu xpenah luntur....dh tau dh pesyen awk...hehehheh...syabas....

    **jadikan membaca amalan mulia.

    ReplyDelete
  2. hahaha..tu la k.amy..sampai mus pun dah tak boleh nak cakap apa dah...saya rasa gaji saya separuh habis kat buku..huhuhu

    ReplyDelete